“It’s The Little Things That Makes You Happy..”


:: Biru Diraja::

:: Biru Diraja::

Sudah sampai!

Cenderahati-cenderahati saya dari Eropah!

Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang empunya diri; kiriman ini, seperti dalam blog saya terdahulu, Europe Je’taime.

::Aura Eropah di Bumi Selangor::

::Aura Eropah di Bumi Selangor::

::  Hearts::

:: Sungguh…..::

Pinggan Komemoratif Perkahwinan Will & Kate, magnet peti ais kasut kayu Holland serta pemandangan sungai/gandola Venice.

Saya kekurangan satu item Eiffel Tower yang belum kunjung tiba. Hint * Hint *.

Saya terkenang satu cerita tatkala saya sedang mencari stokin sukan keliling rumah untuk pergi joging. Tiba-tiba saya terjumpa sepasang yang saya selitkan di tepi beg komputer riba saya :

“Alhamdulillah! Nasib baik Lisa berpandangan jauh!” saya kata kepada diri sendiri. Secara ironi jugak.

Mama yang sedang menonton TV tersengih, sambil melihat saya dan berkata dengan tawa;

“It’s the little things that makes you happy, huh?”

Saya jengilkan mata sambil tersengih sebab Mama sungguh menyelami.

It doen’t take much to make me happy.

Contohnya tengok pembelian saya yang baru:

::Sungguh kecik. Tapi sangat banyak perkataaan!"

::Sungguh kecik. Tapi sangat banyak perkataaan!”

wordsearch

::Mari mencari maksud cara oldskool::

Gaya studi SPM konon.

Mari menimba ilmu menggunakan kamus (kerana saya tiada telefon “pintar” untuk Google maksud).

I’m a geek and I’m proud of it.

Ngeeeee.

*Berdoa supaya hujung minggu ini lebih baik dari yang lepas, dan yang seterusnya lebih baik dari minggu ini, serta diberi rezeki dan ketabahan atas apa yang bakal di masa hadapan. Amin Ya Rabbal Alamin.

2012 dalam kenangan ;)


The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

600 people reached the top of Mt. Everest in 2012. This blog got about 3,100 views in 2012. If every person who reached the top of Mt. Everest viewed this blog, it would have taken 5 years to get that many views.

Click here to see the complete report.

#11 – Layar Lara


Satu insiden lucu baru-baru ini.

Tatkala saya dan adik berada di bilik hotel yang berkembar dengan bilik abang, kedengaran lagu King Of Anything dimainkan dari tv sebelah sana.

Saya dengan tergesa menjerit ; ” Wei, filem Made of Honor ada dalam tv ka?”

Adik saya naik keningnya; ” Wei, macamana hang tau?”

Sengih kambing. Abang saya ; ” Beik-beik, satgi dia mula buat reference kat filem Ghost Protocol plak hahaha..”.

Jadi, sejakduamenjak saya asyik ‘jumpa’ perkaitan antara filem-filem lain dengan filem Mission Impossible: Ghost Protocol..

Pause. ” Wei, memang heroin filem Made of Honor ada dalam Ghost Protocol..kan dia bini Ethan Hunt yang dalam persembunyian…”

Gelak besar kami bertiga.

Secara jujurnya, dalam minda saya ada satu folder FILEM yang berpautan kepada folder SOUNDTRACK FILEM, yang juga ada pautan kepada folder pelakon-pelakon Hollywood.

Boleh dikatakan selepas menulis dan berlaman sosial muka buku, keminatan saya adalah kepada filem. Namun bukanlah genre seram.

Image

::Baru selesai review Breaking Dawn (2) dalam Moleskine Passion::

:: Website yang sering dikunjungi untuk info filem..::

Kenangan pertama saya menonton wayang adalah ketika kecil dahulu, tatkala Bapak saya membawa kami sekeluarga menonton filem Universal Soldier di Cathay Alor Star. Itulah kali pertama saya tengok filem Jean Claude Van Damme berlakon. Saya tak ingat sangat jalan cerita filem itu, tetapi saya terasa seperti satu permulaan kepada hubungan yang cantik. A beginning of a beautiful friendship. Satu quote dari filem..Casablanca?

I learnt my so-so English; apart from reading and singing, is from watching these movies.

Saya lihat/ dengar, saya sebut dan saya tulis..masa kecik dahulu, saya juga ada pernah menyimpan buku skrap filem dengan guntingan-guntingan poster filem wayang, bersama dengan quotes. Ya, saya nerd dari kecik lagi.

Sekarang saya ada Moleskine Passion: Film Journal saya dan masih berbuat perkara yang sama. Minat, bukan apa.

:: Passion..::

Rasanya macam tahun depan nak beli Moleskine P. : Book Journal pulak.

Ehem kepada seorang sahabat yang baru membeli Travel Journal. Anda tahu anda siapa. (Welcome to the club!)

🙂

Passion


Jadi mungkin anda sedar saya dah kembali memakai kacamata sejak 3-series ini. Sebenarnya bukanlah berniat hendak berubah imej.

Mata telah kemenjadian alergik kepada kanta lekap.Maka daku kembali ke imej 10 tahun kebelakang. Bila lagi nak berubah kan?

Cinta baru hadir pada harijadi. Hadiah harijadi sebenarnya. (Jadi semua ini dah berlalu hampir 3 bulan lepas; biarlah saya mengomel)

Kad harijadi membesar berkadar terus dengan angka umur…

Saya sayang famili saya!

Mungkin agak keliru bahagian mana yang cinta tersebut , maka saya pautkan cherita chenta di bawa:

Seperti buku bertemu ruas (pardon the pun). Saya merupakan ‘movie buff’ yang suka menulis dalam ertikata menulis yang sebenar.

Dan rasanya hampir setahun saya mengomel di lamanmukabuku, dan jugak pusing Borders The Curve; setiap kali pegang dan letak balik; bila rasanya hendak memiliki sebuah kitab Moleskine ini.

Cinta jarak jauh. Bermimpi. Berangan. Dan kini kau hadir dalam hidupku..( enter scene memeluk Moleskine Passion and..cut).

mememememe..macam..tetetete..tak..pepepe..percaya!

setiap mukasurat terbahagi mengikut topik yang hendak diluahkan,tersusun secara alfabetikal DAN ADA STICKER WEI UNTUK LEKAT SAJA HIAS SANA SINI NAK APA LAGI????

OK OK SABAR SABAR LISA. OK.

Untuk menyahut seruan cuti sekolah yang akan datang, dan juga kelapangan sempena kehabisan kerja perkeranian SPPBS dan SAPS, Insyallah saya akan memaparkan beberapa ” movie review”dari Moleskine Passion saya di kameyrahitamkechil.wordpress.com

(Eksaitednya).

Akan datang ke lamanmukabuku terdekat dengan anda pada bulan Oktober 2012 ini.

Love,always.

*Moleskine Passion terdapat juga Wellness; Music; Recipe; Wine ; Travel; Book ; Cat dan lain-lain boleh dijengah dilaman web mereka. Juga dijual di rangkaian Borders seluruh Malaysia.

#12 – Pukul berapa Datuk Harimau…


” Bullet your whole day.”

setiap pagi saya fikir apa kisah hari ini..

** Bangun pagi – mimpi pelik betul.

** Mamai-mamai gosok gigi basuh muka.

** Sarapan pagi dengan teh hijau, pisang dan apel..kemudian tup-tup Mama kata ada nasi lemak ..diet kemana apa ke mana. Habis jugak satu bungkus huhu.

** Sambung spring-cleaning bilik tidur. 2nd day; kemas meja solek dan vakum bilik. Notice terlalu banyak buku  cerita zaman-zaman remaja dan terasa nak buat carbootsale jual semua. Tapi sayang…dilema pagi hari.

**Kenduri jiran harus dihadiri. Bersiap dan memandu kereta ke arah majlis yang 1 minit jalan kaki kerana lepas tu nak pi tempat lain. Jumpa kawan sekolah dan juga jiran lama di sana.

** Misi menghantar baju untuk ditempah ke tukang jahit di Pekan Rabu. Sembang lama jugak dengan dia sebab dari dulu hantar kat dia , macam geng dah. Berbual pasal gerhana bulan semalam. “Berbual lama takpa, asai ada ilmu dapat..”. Hear, hear, che’det. Tetapi ukuran dari Che Det agak mematahkan semangat. Cisss.

** Tesco Stargate dekat exit Lebuhraya Alor Star Selatan tak pergi lagi. Jadi adalah “kewajipan” saya dan mak saya menjengah ke sana. Kami pulang dengan keberatan lebih dan keringanan poket. Hehe.

** Balik “makan cara orang miskin” enquote Mama. Ratah buah laici dan epal, saya makan krim cendawan dengan roti wholegrain. Tambah meatballs untuk the ommph factor.

** Melepak di ruang tamu sama ada tengok tv, online atau blogging.  Menyunting blog untuk kelihatan “segar” dan terkini. ( Managing a blog appearence is not as easy as it looks). Tambah dua badge baru..yay! Berfikir sempatkah dan laratkah nak blog pasal pengalaman gerhana bulan semalam.

** (Mungkinkah dapat bertahan untuk menonton Cave of The Golden Rose? Wallahuaqlam)

**Sleep.

<Check out my ” I was there!” Lunar Eclipse Badge on the right hand bar.:) Coming soon, but not sooner, okay.>

#6 & # 7- Its all about me, Singa Muda :)


Write 30 interesting facts about yourself

Pinned Image

0. .i sebenarnya speakie , kei..

1. My full name (minus my dad’s) has no repeated letters.

2. I have two birthdays in a year. Really i do.

3.Though credits to a great high school, and my English teachers. i learn English mostly from memorizing movie lines and songs. (This is the truth, besides reading Mills & Boons of course.)

4. Have met Dr Sheikh Muszaphar Shah, Dr. Fadhillah Kamsah, Dato Mahathir Lokman, Dato Puad Zarkasyhi (Timbalan Menteri Pelajaran) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. (at formal occasions).

30. I feel narcissist really to tell all about myself so this is just it. (hence the crazy numbering)

**********************************************************

“Your zodiac sign and if you think it fits your personality”

(For the record, i dont believe in horoscope, it’s syirik, that is to believe other than ALLAH has the power to control/dictate your fate. So this is just an intelluctual discussion.)

meow.

"i pakai contact lens biru, okay.."

Excerps from  Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Leo_(astrology)

The people under this sign are considered by most modern astrologers as natural leaders–> ( half the time i just want to be a follower)

. They are also considered as outgoing–> ( lately feels ingoing) , proud(well..) , warm-hearted ( i cry in emotional moment) , and from their wish to excel in all they do( yes, i really want to be the best in all i do, )

. Leo personalities are known to love those they are close with and they wish to protect and defend all those that need it.—> (so true!!!)

They are people that enjoy flattery and attention from others but when not loved or when they are not reciprocated they become depressed, self-pitying and self-destructive.–> ( truthfully who doesnt? be honest? if not kenapa upload gambar-gambar kat FB and ada tab LIKE ? self destructive, no)

Individuals in this sign need love and recognition from others to boost their ego and they demand it like something for granted.–> (ey? do i demand it??)

People born under this sign are also invariably materialistic they set a great value to material boons and strive to financial success.–> (apa maksud variably? haha..ya saya mmg strive to financial success, tho not in a hurry)

They are known to have plenty of worshipers but also many hidden enemies and they are normally recognized by their self-absorbed personality and their big ego–>.(sapa worshipers? who doesnt have enemies?…….apa maksud ego? haha)

Edisi “Remaja”: Mengisi Masa Cuti 30 Hari+


selamat 'memerah' otak kepada diri sendiri

I know what you’re thinking.

“Sah-sah dah tak ada idea langsung lah ni..”

Ya. Writer’s block sebenarnya. Dan ya, adikku, kakak ciplak idea kamu, tapi senarai yang berlainan. Bear with me because your “the creative one”.

(Ingatlah perbualan kita dimana hang tanya ” if aku pakai topi (magician) ni keluag jalan-jalan, hang mengaku keluarga dak or sumtin like that”and aku jawab “hang adik aku dunia akhirat, hang pakai apa pun aku terima ladida..”or sumtin like that. Tissue please)

Tidak, bukan untuk bersaing. Tidak, bukan untuk tujuan narsisis..adala sikit-sikit jugak unsurnya.

Payah sebenarnya, dari dilihat senarai tu ada yang mungkin entri yang katik saja.

Cuti panjang sampai 2012, jadi inilah edisi kirakebelakang menuju 2012.

Entri hari 1 akan bermula selepas Zuhur, Insyaallah.

(Kenapa rasa seram sejuk dan genterrrrrrrr.)

Wish me luck. Huhu.

Cara Menulis Blog Gaya M-POP ;P


::penulis yang raja pada hatinya sendiri::

Dalam hidup mungkin kita kenali atau temui sahabat/kenalan yang hidupnya secara am kita rasa menarik, dan saya sebagai blogger selalu berkata dalam hati ” ish, kalaula dia ni ada blog cerita adventure dia, sure aku jadi follower lah..”. Yang saya selalu klik LIKE pada gambar-gambar adventurnya itulah. I won’t name names.

Seorang sahabat dulu dari unibersiti baru memulakan blog. “Minta tunjur ajar..” ujarnya jauh dari negara nun di sana, setelah sekian lama bermukim bersama isteri dan anak. “Its high time you should have one..” saya perli lucu.

Em. There are no fast or hard rules in writing. Tak ada cara/ format sebenar dalam menulis. Saya sendiri bukanlah se-M-POP Hanis Zalikha atau berjejari-runcing seperti seorang bekas tunang atlet negara atau sebiyutiful abang nara.Tapi ingin membantu juge:

ABCDE kemenjadian sesebuah blog sejakduamenjak:

A – Ada apa dengan nama blogpost?

Rasanya elemen paling payah adalah memberi tajuk kepada blogpost. Cuba tengok tajuk ni. Rasa ini pilihan yang ke lima atau enam. Pilihan lain:

1.Raja Menulis! 2. Tanya sama pokok 3. Tanya sama pokok, apa sebab tulis..4. mim nun lam ya sin.       (payah btulla)

Selalunya ada dua cara menulis, sama ada kita terus ada idea dari tajuknya, atau tulis sampai habisss……….baru bagi tajuk. Dengan cara ini, kita boleh petik tajuk dari the dalam kata-kata blog sendiri.

**Tajuk blog yang baik akan menarik perhatian pembaca. Percubaan kreatif perlu tinggi.

B – Berangan bersama gambar (atau video)

Elemen terpenting dalam setiap blogpost saya adalah (jika anda notis) gambar utama. Terdapat pelbagai kecerdasan, dan semua kita ada jenis kecerdasan sendiri. Cara saya adalah visual-spatial.

Ini bermaksud saya gunakan sesuatu gambar sebagai batu loncatan saya untuk menghubungkait kepada isi cerita. Ini juga membantu pembaca mendapat idea utama apa yang anda ingin sampaikan.

Jumlah gambar bergantung kepada (kerajinan) penulis. Jika anda hayati pemblogger yang glemeres, banyak gambar dimuatpapar. Saya pemalas sebenarnya.

* Visual yang besar dan jelas amatlah menarik perhatian.

C – Cer citer..cer citer..

Saya selalu guna quote. Enquote. Ini maksudnya saya ulang balik cerita perbualan dari seseorang. Contoh: seperti kata-kata Meet Uncle Hussain , “tanya sama pokok, apa sebab goyang?

Banyak idea tercetus dari kata-kata orang sekeliling. Elemen perbualan juga sesuatu yang menarik perhatian. Jika anda banyak tatapi novel, gaya quote-enquote ini juga banyak.

*Jika anda quote dari sumber tertentu, mintak kebenaran utk tulis nama sebenar. If not, letak A (bukan nama sebenar) atau anda ulas balik quote itu tanpa menyatakan sumber. Plagiarisme will come and bit you without warning okay.

D – Dunia (blog) ini anda yang punya

    Tulis untuk diri sendiri, demi kepuasan diri.Ingat bahawa kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita tulis. Gambar yang kita muatnaik. Video yang kita pertontonkan.

* Exercise caution. Jangan memperincikan kisah hidup seperti no telefon atau nombor rumah atau jawapan-jawapan kepada soalan sekuriti perbankan anda. Prevention is better than cure.

E – Ewah, berperibahasa pulak dia!

Okay, senjata rahsia saya. Saya suka olah kiasan, peribahasa, etc supaya ada rencah sikit dalam blogpost. Baru ada macam feel “oh M-Pop juge yer”. Hence nama blog sejakduamenjak.

“tahunan jagung “ -setahun jagung. “ “sebelum matahari naik dhuha” -sebelum pukul 9. “kepandaian tupai” – sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. you get the gist.

****Di penghujung hari, pengkritik terhebat bukanlah orang lain. Diri sendiri. Dengar kata-katanya.

Jika anda ambil masa lama nak publish blogpost anda, anda sunting sinisana, bold sini italics sana, saya rasa anda dah ada jiwanya.

Jiwa seorang blogger. Good luck!!***

The Importance of Being Ms. Hyde


::the notebook::

“At times i detest to talk about myself here. Feels so narcisisst. Untuk memuatnaik gambar-gambar diri berposing mosing pun dah rasa indakumau.”

Seperti Beyonce yang ada Sasha Fierce, seperti Dr. Jekyll ada Mr Hyde. Saya ada Ms Speckie. Alter ego peribadi saya.Itulah dia bercakap di perenggan pertama.

Minggu lepas dah start mood-y. Pakai kanta lekap, merah terus mata kanan. Jadi saya rasa apa salahnya saya rehatkan mata dan  benarkan Ms Speckie ambilalih buat sementara waktu kan?

Ini kisahnya pada satu hari.

Ms. Speckie telah hadir dalam Bengkel Native Speaker di The Gardens, Midvalley anjuran MHR Group yang dihadiri TPM, Dato Muhyiddin Yassin. Dari awal lagi dia rasa bagaikan ikan di luar air di tempat seglemeres itu.

Ms Speckie tak berbual sangat dengan orang yang baru kenal, duduk diam-diam. Bawa beg merah besar (yang satu-satunya indikasi bahawa alter ego terpendam). Mujurlah kursus ni memang keminatan, jadi dah bersiap sedia dengan G11 dan buku nota di atas untuk proses pendokumentasian, video atau gambar kerana pelaksanaan P&P akan berlaku tahun depan. Memang beriya ambil gambar dan video, siap tulis dalam gelap.

Ms Speckie dah biasa dengan sindiran dan perlian dari kaum sebangsa akibat ‘pulun’. Sewaktu rehat, dia keluarkan majalah yang baru dibeli tadi di MPH dan seorang rakan sekursus berkata ” Majalah pun bawak ker (selain dari kamera, air, buku nota etc dalam beg besar tu) ?”. Obviously, membaca masih belum mendapat perhatian di kalangan bangsaku.

Ms. Speckie tidak ada skill sosial seperti alter egonya, atau ketika hendak bercakap, lidah tersimpul. Simpan lama dalam otak, to and fro fikir nak cakap tak, akhirnya tak. Jadi dia hanya dengar, lihat dan senyum.

Walaubagaimanapun, dia gembira dapat bergambar dengan Mahathir Lokman dan berjumpa TPM.

Jika anda pernah berjumpa dengannya, maafkan dia kerana dia memang tak cakap sangat dengan orang tak kenal, malah nerves dan gugup. Tapi kawan-kawan terdekat dengannya kenal dengan diri saya yang sebenar, di dalamnya bagaimana.

Harini hari last Ms Speckie selama seminggu kerana saya benarkannya menyambut Aidiladha.

Jumpa lagi, okay beb?

**Raikanlah setiap mood anda dan perakuikannya. Because you are special in your own each way.**

(Harap anda tak ingat saya bipolar yer. Ini sekadar nukilan pseudo-fantasi.)

Cinta MukaBuku


geek@heart

“…u’ve totally change my perception towards budak2 kelas amal n bakti. Used to think tht u gurls r total geeks/ulat buku yg keja study n tak hirau menda lain...hehehe. My bad 🙂 “… 

Saya quote seorang sahabat sesekolah saya yang kini juga sepupu jauh, mengomen mengenai status FB saya mengenai secret admirer zaman remaja.

Okay, saya memang dari dulu makan buku tidur buku kaki buku muka buku. Itu tak boleh dinafikan.

Sedang saya menulis ini pun, separuh diri saya seperti sudah berada di atas katil sambil membaca buku yang dibeli semalam di Big Bad Wolf Biggest Sale in the World.

saya di sarang Serigala Yang Sangat Jahat...

m

oh lalalalalala..sorga sorga 

FYI, troli biru tu saya beli khas untuk Sale-sale Buku seperti ini. Percayalah, ia akan membantu, banyak.

Adik saya yang pada mulanya kelihatan ralat dan skeptikal dengan pengusungan troli itu, akhirnya kalah dengan godaan buku-buku sekaligus membeli hampir 10 buku. Tariklah kami keliling dewan MAEPS itu di kerumuni orang yang berbondong- bondong merangkul kotak yang beratnya berbuku-buku.

Tidak lupa, kudos kepada trem yang disediakan nak usung kami semua dari parking ke dewan utama. Rasa macam kat taman tema pula. La la la la.

Ini Pesta Buku kedua saya setelah yang pertama di PWTC awal tahun ini, di mana merupakan ‘training ground’ bagi saya freshie di dunia ‘pemborongan’ buku ini. ” Bawak troli ni senang, Lisa, tak payah nak pegang-pegang..” kata kakak itu.

Walaupun trip itu sebenarnya untuk pembelian buku-buku Perpustakaan sekolah, tapi saya ambil ilmu dan manafaatnya.

Okay, okay saya sudah dengar panggilan godaan hebat buku-buku tersebut untuk dibaca.

(Sekejap chenta, daku datang….)

Jangan lupa hadiri dan habiskan duit di Big Bad Wolf Biggest Book Sale In The World di MAEPS Serdang sehingga 16 Oktober.

(Yer, yer, saya datang ni.)

Ta.

Create a free website or blog at WordPress.com.