Eulogi Kepada GB


Mengejutkan.

Sedang saya niatkan bacaan yasin tadi kepada Allahyarham bapak saya, Tok Wan Paq, Tok Intan, Tok ‘Jar..dan kemudian saya teringatkan Allahyarham Cikgu Sahat, bekas guru besar saya dahulu yang baru-baru ini meninggal. Air mata bergenang.

Saya teruskan pembacaan yasin dengan tenang, kemudian lama-kelamaan semakin sebak mengingatkan beliau. Terlalu sebak sehingga saya berhenti sekejap.

Mengejutkan.

Kerana dia bukan sahabat baik saya.Kami telah berhenti bertanya khabar secara profesional sejak saya pindah.

Kenapa saya sebak sebegini? Saya imbas kembali kenangan bersama beliau tatkala saya duduk berfikir.

Sewaktu saya ditempatkan di sekolah itu di Limbang, beliau merupakan antara orang pertama yang menyambut kehadiran saya dengan penuh besar hati. Dikenalkan saya dengan semua guru, ditunjukkan di sekeliling sekolah. Dan yang paling saya ingat sekali, sewaktu perhimpunan pagi, satu ayat yang sentiasa terngiang di minda saya..

“..kita haruslah bersyukur mendapat seorang guru dari semenanjung yang sanggup datang mengajar di sini..”

Wah! Saya yang ilmu yang sungguh ciput sewaktu itu terasa sungguh dialu-alukan, walaupun guru baru tetapi terasa seperti Tokoh Guru pula.

Beliau bersifat terbuka kepada cadangan dan aktiviti baru kepada sekolah, mungkin kerana pada usia yang agak lanjut beliau (sewaktu itu) sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Tahun kedua saya di sana, terus dijadikan Guru Sains Tahun 6.

What? Saya tak percaya dengan kebolehan saya. Tetapi mungkin dia nampak potensi. Wallahuaqlam. Beliau sangat menyokong sebarang usaha untuk meningkatkan prestasi tahun 6.

Saya masih ingat lagi suara beliau. ” Chegu..”. A slow drawl; dalam bahasa inggeris. Kalau bahasa melayu mungkin suara perlahan tapi jelas (?).

Hari itu hujan. Saya dan seorang lagi guru tahun 6 sedang menunggu sampan untuk ke seberang sungai untuk kelas Tahun 6 pada hari Sabtu. Saya memegang penuh tangan plastik buku aktiviti yang difotostep. Sedang derupan hujan di atap Tamu Limbang, sedang saya fikirkan bagaimana hendak melintas sungai sebegini, terdengar suara itu;

” Chegu Lisa…”

” Yes, GB?” . Saya sengih tengok beliau memakai baju hujan berhud, kaki seluar senteng dan berselipar.

” Mau ka Gadong ka?”

“Auk, GB. Kelas Tahun 6 ku sama Madam.”

Dia angguk perlahan, sambil mata kuyunya berfikir. He then cracked a joke, in his signature way and laughed. Kami ketawa, tak ingat kerana sebab lucu, atau meringankan bebanan situasi semasa.

“Ba, chegu. Hati-hati kita menyeberang. Aku ada hal ba di bandar..”

“Ba, ba GB. Berdudun tah kita..”

His ability to be cool,unnerving sometimes contrast the way the other times he cracks jokes. All in all, although all humans have their own failings, he was among the people I respected most in the profession.

Hampir kesemua aktiviti sekolah, dia mesti hadir. Pagi, petang..mesti nampak kelibat beliau di sekolah. Mesti ada topi sukan itu di atas kepala.

Image

Our best moment together. Hari Raya peringkat Zon A 2010. Arwah GB 4 dari kiri baris belakang.

Saat manis tatkala tahun-tahun terakhir saya di sana. 2009, setelah kejayaan murid-murid Tahun 6 mencapai antara keputusan terbaik, beliau, saya dan Madam J telah menerima Anugerah Prestasi Cemerlang pada majlis yang sama. Tahun hadapannya beliau sempat menghadiri majlis konvo sendiri bersama keluarga tercinta beliau.

Kenapa saya menangis?

Kerana apabila saya naik pick-up buat kali terakhir untuk meninggalkan sekolah lama saya, saya pusing untuk melihat beliau menitiskan air mata. Pertukaran saya sampai berita hanya pada hari terakhir persekolahan.

” GB, jangan nangis GB..” Saya cuba melucukan suasana.

” Nda ba. Indak ku pikir kau dapat (tukar) ba.”

” Terkejut ka GB?”

” Auk. Adoi, sedih jua ba.”

Dalam kata-kata terakhir beliau semasa serah tugas, beliau berkata beliau redha dengan perpindahan saya kerana mungkin saya akan lebih belajar secara profesional di tempat yang lain, berbanding dengan sekolah kecil itu. Dia doakan saya berjaya di mana saja saya berada.

Kemudian saya sibuk di sini dan tidak berhubung, sekadar ucapan selamat untuk hasir-hari kebesaran. Sempat saya ucapkan ” Get well soon, GB” sewaktu mendengar dia masuk hospital dan dia balas dengan cara positifnya, sentiasa bergurau.

Innalillahiwainnalillahirojiun.

Terima kasih atas segalanya. Cikgu Sahat, kerana memberi peluang untuk saya belajar menjadi pengajar.

Ayat terakhir Surah Yasin saya akhiri eulogi ini:

Amin.

Advertisements

“It’s The Little Things That Makes You Happy..”


:: Biru Diraja::

:: Biru Diraja::

Sudah sampai!

Cenderahati-cenderahati saya dari Eropah!

Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang empunya diri; kiriman ini, seperti dalam blog saya terdahulu, Europe Je’taime.

::Aura Eropah di Bumi Selangor::

::Aura Eropah di Bumi Selangor::

::  Hearts::

:: Sungguh…..::

Pinggan Komemoratif Perkahwinan Will & Kate, magnet peti ais kasut kayu Holland serta pemandangan sungai/gandola Venice.

Saya kekurangan satu item Eiffel Tower yang belum kunjung tiba. Hint * Hint *.

Saya terkenang satu cerita tatkala saya sedang mencari stokin sukan keliling rumah untuk pergi joging. Tiba-tiba saya terjumpa sepasang yang saya selitkan di tepi beg komputer riba saya :

“Alhamdulillah! Nasib baik Lisa berpandangan jauh!” saya kata kepada diri sendiri. Secara ironi jugak.

Mama yang sedang menonton TV tersengih, sambil melihat saya dan berkata dengan tawa;

“It’s the little things that makes you happy, huh?”

Saya jengilkan mata sambil tersengih sebab Mama sungguh menyelami.

It doen’t take much to make me happy.

Contohnya tengok pembelian saya yang baru:

::Sungguh kecik. Tapi sangat banyak perkataaan!"

::Sungguh kecik. Tapi sangat banyak perkataaan!”

wordsearch

::Mari mencari maksud cara oldskool::

Gaya studi SPM konon.

Mari menimba ilmu menggunakan kamus (kerana saya tiada telefon “pintar” untuk Google maksud).

I’m a geek and I’m proud of it.

Ngeeeee.

*Berdoa supaya hujung minggu ini lebih baik dari yang lepas, dan yang seterusnya lebih baik dari minggu ini, serta diberi rezeki dan ketabahan atas apa yang bakal di masa hadapan. Amin Ya Rabbal Alamin.

2012 dalam kenangan ;)


The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

600 people reached the top of Mt. Everest in 2012. This blog got about 3,100 views in 2012. If every person who reached the top of Mt. Everest viewed this blog, it would have taken 5 years to get that many views.

Click here to see the complete report.

Guerrilla Deco


:: Belajar melukis waktu kemahiran hidup dulu. Tulisan masih sama macam sekolah::

:: Belajar melukis waktu kemahiran hidup dulu. Lukisan comot masih sama macam  waktu PMR::

Fuh.

Penat bukan apa. Tadi saya baru balik dari memulakan Fasa Kedua “menaiktaraf” kelas yang baru saya dapat.

Kelas sudah siap dicat, Alhamdulillah, cuma keadaan masih cang-kelewang (semak) sebab sekolah saya sedang  dalam proses menaiktaraf tahap mega.

Bertungkus-lumus tadi untuk membuat menyiapkan perkara asas untuk papan kenyataan pun ambil masa berjam.

::Lama sudah rasanya hendak mencuba krof dengan ribbons. This year taking tips from Sifu Martha Stewart on making ribbon garlands::

::Lama sudah rasanya hendak mencuba krof dengan ribbons. This year taking tips from Sifu Martha Stewart on making ribbon garlands::

Memang saya akui saya sangat-sangat amatur dalam seni menghiaskan dalam/ interior decor.

Tapi saya minat. Rasanya itu yang penting.

Perasaan sekarang bercampur-baur; mungkin kerana tahun ini saya tak dapat menetapkan satu tajuk yang…satu?

Tahun lepas, saya telah ‘menaiktaraf” kelas saya dengan satu tema (boleh baca di sini). Tapi tahun ini tak dapat untuk kohesif (ayat besar untuk hari ini..uuuu).

Apa pengajaran yang saya dapat dari projek kali ini?

:: The best place to splurge on a budget on cloth around this area is at Nagoya Rawang (lama). Clockwise: White cloth with silver sparkly RM5/m, curtain skirting with yellow flowery details RM2.50/m, blue cotton gingham RM 2.80/m. ( murah gils)::

:: The best place to splurge on a budget on cloth around this area is at Nagoya Rawang (lama). Clockwise: White cloth with silver sparkly RM5/m, curtain skirting with yellow flowery details RM2.50/m, blue cotton gingham RM 2.80/m. 2 jam rasanya pusing pilih kain sebab banyak. ( dan murah gils)::

Just go with the flow.

Ya, pada awalnya saya ada satu tema yang padu, nak kaler macamni macamni macamni sahaja dan tak mau tengok yang lain.

Kemudian apabila keluar mencari sumber, melihat menaakul dan membayangkan suasana kepraktikallannya secara am, pelan tinggal pelan.

Kemudian melihat sesi ‘meet and greet’ bersama bahan dan lokasi, terasa mula meragui kebolehan diri untuk setia pada asalnya.

Merasakan mungkin tidak dapat menandingi yang sebelumnya.

Maka, guerrilla deco bermula.

Terjah masuk dengan apa yang ada, dan buat keputusan apabila perlu buat keputusan. Ubah mengikut suasana.

I don’t have a set theme this year, because I’m going guerrilla deco.

Please pray that everything will turn out right. And don’t put high hopes.

Saya hanya seorang yang sangat sangat amat amatur, tapi sangat sangat minat.

Ok, nak sambung buat kraf bersama Kak Martha.

#10 – An Offer I Couldn’t Refuse


Daily Prompt : Here’s the title of your post: “An Offer I Couldn’t Refuse.”

Set a timer for ten minutes, and write it. Go!

My handphone rang.

It is a rare occurance. I’m much of a message-type of girl, not the tied-up-by-the-chatting kind of person. As time goes by, most people who kept in touch with me, just called because it’s really important or urgent. What you give is what you get, I guess.

Of course, a landline number. Another mystery before I answer the call. The hustle and bustle of the school’s student outside the room, as if, suddenly became distant as I answered the phone.

It was an office number; a good friend is calling from her office. As she was asking about the usual pleasantries, my head wondered the actual reason of the call.

We were great friends back then, as events and life came between us, we rarely met up. The SMS and call get less frequent and came to a standstill. But when we meet up, we cannot stop talking.

” Wei, I miss youla… well, I have something to ask of you? Since we hadn’t seen each other for a long time..”

” Depends on what you’re asking..” Nervous laughter. I’m always on guard when people asks me that question.

” Well, I have a seminar I have to attend in Malacca..but the thing is there’s nobody to accompany me..I don’t like being alone in hotel rooms..and it’s boring because I had been there many times”

(Malacca?..)

” The lodgings is at A Famosa Resort, inside The Theme Park..the seminar is 3 days and two nights..”

” Very interesting…”. I was drooling.

“Plus..you can borrow the company’s car while I attend the seminar to go around Malacca..”

“Wow!”. 

She works for one of the biggest Japanese carmakers in the world.  I can already imagine myself speeding, within the limits of course, my way to the World Heritage Site.

I had been wanting to go to Malacca really badly at that time. The last time I was there, was with my family together when my father was still alive. I checked out the offer at Groupon, but somehow I didn’t bought it.

Now I know why I hesitated. ALLAH gave me a better offer to go there.

” Alhamdulillah, wei, I’ve been wanting to go there, like crazy!”

” Great! We can go sightseeing when I’m free. And plus, we can catch up on old time..thank you by the way for doing this..I owe you one!”

” No, thank you! We are going to have a great time! Woohooooo!!”

By the time the conversation’s done, everyone in the teacher’s room probably heard my woohoo-ing.

So, Alhamdulillah, we went to Malacca together and had a great time. I saw almost everything I wanted to see.

Image

:: Hangin out with Fadz in front of A Famosa::

During my ‘safari’ trip at A Famosa Resort theme park, the truck I was on that was passing through the tiger’s cage suddenly got a flat tyre. In between 3 tigers watching, we had to change trucks by jumping to another truck. Adrenaline rush.

Guess what? The next year, my family and I went again there. Had more fun still.

Image

:: Malacca River Cruise with family. Great time::

I know it’s not Paris, or Switzerland or any other place, but at that moment it was an offer I couldn’t refuse.

I am open to any other travelling offers.

Depends on what you are asking, of course.

#7 – Anatomi Sebuah Kemarahan


Ada orang parking kereta di belakang kereta anda yang sedang parking dalam lot parking yang sebenar. Anda hendak keluar dan meninggalkan kawasan tersebut. Apa anda akan buat? Adakah anda akan marah kepada orang tersebut?

Ini cerita saya. Dan cerita mengenai marah.

Saya baru sarapan pagi di sebuah tempat makan yang popular, akibatnya parking penuh. Kereta sidia diletakkan betul-betul di belakang saya. Di dalamnya ditinggalkan ibunya yang tua, termangu-mangu apabila saya hon kereta berkali-kali dalam usaha menarik perhatian pemilik kereta tersebut.

Saya tahu dia telah lama parking belakang saya, kerana sejak saya mula masukkan parkir, dia tiba-tiba parking  belakang saya. Jadi, saya seperti ” So, okay fine..mungkin sekejap..”

Saya balik, dalam setengah jam kemudian keretanya masih disitu.

Kembali kepada kisah hon tadi, dia baru keluar dari kedai setelah beberapa lama.

Dia: Sorry. Sorry aa.

Saya: Kenapa you parking belakang kereta i? Mana boleh parking macamni??

Dia: Mana ada parking di tempat lain? Bukannya you mati kalau I parking kat sini!!!

(Bila dia sebut perkataan MATI tu saja, dah rasa berapi sampai ke kepala!)

Saya : Mana tau kot i mati tunggu u kat sni!!! Ikut suka hati ja!!!

Mak saya memujuk saya untuk beredar dan masuk ke dalam kereta. ” Mama kenal dia, memang dia terkenal kaki gaduh kat sini..sampai menjerit-jerit “.

Kemudian, setelah beredar pergi saya sedar saya berpeluh, dan hati berdebar. Kemudian rasa penyesalan tiba.

Saya teringat sebuah cerita saya baca di Reader’s Digest:

Sepasang suami isteri sedang memandu dalam sebuah bandar yang dilawatinya. Secara tidak sengaja, suaminya membelok masuk ke sebuah lorong yang bertanda No Entry , dan hampir bertembung dengan seorang wanita yang sedang berjalan. Pejalan kaki itu menjerit ; ” Woi, ni lorang No Entrya la BODOH!!” Si isteri dalam keterkejutan, ingin membalas tempias cacian pejalan kaki itu. Si suami, yang terkenal dengan nickname Zen Master, tiba-tiba menurunkan tingkap kereta;

” Kami ini orang baru di kawasan ini. Jalan ni No Entry yer?”

” Errr..ya. Kan ada di depan lorang tu tadi..”

” Oh, sorry, kami tak nampak tadi. Kami mintak maaf yer kak. Terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan kami.”

” It’s ok. Takpa”. Mereka berpisah dengan senyuman.

Dengan penyesalan saya terngiangkan cerita tersebut. ” I should have handled it better..he said he was sorry..” .

Kemudian, apabila orang hadapan begitu mengambil masa menggunakan Cash Deposit Machine, saya diam. Dan apabila dia berkali-kali salah menekan walaupun dibantu saya, saya tarik nafas juga tapi diam. Kemudian apabila dia sudah berjaya menyelesaikan transaksi, dan tanpa toleh mengucapkan terima kasih, saya redha.

For, i hope, in that small gesture, somehow, i had paid my dues of my anger.

Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata ; ” Orang yang gagah adalah orang yang menahan kemarahannya..”.

Gagah itu susah.

#5 – Coming to A Bookshelf Near You


Daily Prompt : Write a summary of the book you’ve always wanted to write for the back cover of its dust jacket.

:: Hakcipta Terpelihara::

” Average. That’s what people say about her. Not too pretty, just the right intelligence. Always doing the right thing. You can expect Mariam to be there when you need her. Except just a bit different . She doesn’t seem to remember her past. She always thought that all she wanted was to be living in the quiet little town of Paloma all her life. Until one day, she received a letter informing of her inheritance of a gold Eiffel necklace from her grandmother she doesn’t know she had one.  Can she overcome her crushing fear of flying to learn about her true past in Paris and learn there is more to the world than being an average? “

“Sederhana. Mereka yang disekeliling selalu berkata begitu mengenainya. Tidaklah terlalu cantik, kepandaian ala kadar. Selalu berbuat perkara yang betul. Anda boleh harapkan Mariam untuk bersama anda di saat susah. Tetapi ada sedikit kelainan. Dia tak ingat masa lepasnya. Dia ingat yang perkara yang dia paling gembira adalah hidup di pekan kecil Paloma seumur hidupnya. Sampai tiba suatu hari, dia menerima sepucuk surat memberitahunya mengenai perwarisannya akan sekalung rantai emas Eiffel dari nenek yang dia tidak tahu dia ada, Bolehkah dia mengatasi ketakutan yang amatnya terhadap menaiki kapal terbang untuk mengetahui mengenai sejarah asalnya di Paris, dan mengetahui bahawa dunia ini sebenarnya lebih dari sederhana?”

* Disclaimer : I have a lot of synopsis for a lot of the books in my head, some are better than this..but I’m writing after a 7 hour journey on a bus, and nearly a week of travelling from North to South and back again. So this is the best i can do..for now. 

Sacrifice and Being At Peace


the story of Aidiladha and a pair of Nike’s

Today, 9th Zulhijjah, the holy month of pilgrimage to Mecca by the Muslims worldwide. The ‘wukuf’  at Arafah is done today, where the pilgrims have to stay at Arafah , one of the holy activities needed to be completed during the Hajj.

The Prophet Muhammad p.b.u.h. encourage the Muslims who are not able yet to perform the Hajj to fast today as the act will ‘dikaffarah’ (be forgiven) the sins of past year and the year ahead.

Tomorrow, my family and I will be celebrating (loosely translated) the Celebration of Sacrifice, Hari Raya Korban, which is Aidiladha. The story of the great act of sacrifice Prophet Ibrahim upon Prophet Ismail, his beloved son by request for his unparalleled love to ALLAH somehow resonates this year.

Truthfully, not travelling back to my hometown to celebrate this year ( an annual tradition; inclusive of Aidilfitri recently) is not that all sacrifice as huge as Prophet Ibrahim did. My family is here all to just be a tiny cluster of fun in this somehow ‘foreign’ local place.

It is interesting to note somehow coincidently in Daily Prompt@wordpress.com asked its blogger to share a story about something precious that had been lost. And how the both tomorrow and the story has a tie-in.

I am one of the persons who rarely lose stuff . Alhamdulillah, because due to the constant busy-ness, it is an act of God, truthfully. Nearly everytime i lost something, I always got it back no matter what. Only on one occasion.

I had bought a RM 200+ Nike Woman’s sport shoes in 2010.For someone who is a scrooge to buy stuffs over RM100, this is a really rare act. I needed the push to keep exercising due to the parallel increase of weight according to age.

I cherish the white with fluorescent yellow swoosh so much, everytime after I used it, I  will keep it inside the box. It stayed by me during the last months of fitness at Borneo and a few months at this new place.

What happens next were actually gaps in my memory. Maybe I got sloppy in loving it because, shamefully, I always leave it at school as I always use it there as I am a PE teacher. Was it stolen? Another theory was i left it inside my car during a carwash and someone stole it. Whatever it is, I just realized one day it was gone.

Dumbfounded. Stunned. Feeling stupid. Remorse. The ‘why-did’nt-I..” scenario kept playing in my mind.

One day, I heard this story from a sermon in TV. An uztaz recounted of a story of a man who went into a gold shop during the mid-day prayer time, Zuhur and found that the door was unlocked and nobody was there. He looked over the counter, and saw the owner was praying. The man waited for the owner to finish, and asked him “why did’nt you locked the door when you were praying?”. The owner said something like ” Sir, all of these, none of it is truly mine. All of these is truly ALLAH’s. What is His bestowment upon me is my Fate.Sir, if you need some, please take what you need..” The man was touched and soon afterwards embraced Islam.

I felt that it was just. I finally let go of the episode, as I felt maybe somewhere, someone needed it more badly than I do.

Sure, it was expensive. Yes, stealing (if it was..) is bad. But, its okay if He decided it was not meant to be to own it further. As life itself is actually a loan.

I hope, wherever it is, whoever has it, will make his/her life better. And I had made my peace with that. Alhamdulillah.

Salam Aidiladha to all the Muslims around the world. May your sacrifices be blessed always and with that comes the inner peace. Amin.

It’s all Geek to me


::Iron..Lady(?). Jangan mare ek, Margaret Thatcher::

” Being a geek is all about being honest about what you enjoy and not being afraid to demonstrate that affection. It means never having to play cool about how much you like somehing. It’s basically a license to proudly emote on a somewhat childish level rather that behave like a supposed adult. Being a geek is extremely liberating.” – Simon Pegg, pelakon komedi British.

* Menjadi ‘geek’ adalah sebenarnya mengenai bersifat  jujur dengan apa yang anda suka dan tidak takut untuk mempamerkan kecintaan itu. Ia bermaksud tidak perlu berlagak ‘cool’ mengenai betapa sukanya anda suka kepada sesuatu. Secara amnya, ia adalah  ‘lesen’ untuk (secara bangganya) meluahkan perasaan yang sedikit sebanyak pada aras keanak-anakkan daripada (kononnya) sepatutnya berlagak seperti ‘dewasa’. Menjadi ‘geek’ adalah sesuatu perasaan yang sungguh membebaskan.”

p/s: Selamat Hari Jadi buat Paksu. Sila emelkan gambar anda yang dengan mask Thor itu. Opps. Hehehe.

Serendipity


Serendipity means a “happy accident” or “pleasant surprise”; specifically, the accident of finding something good or useful without looking for it.  – Wikipedia

Cerita serendipity saya bermula pada suatu hari terdetik pada diri saya, setelah melihat majalah fesyen beralih kepada kawan saya dan berkata , ” Kenapa kita boleh menerima lelaki dengan seadanya, tetapi kita perlu kurus, cantik dan bermakeup untuk diterima? Kenapa perlu double-standard?”.

Soalan itu terngiang-ngiang di benak.

Saya menghadiri Konvensyen Being ME (Muslimah Empowered) pada 30 Jun lepas. Tiket dibeli atas beberapa sebab peribadi. 1. Hendak bertemu sahabat lama 2. Hendak mengambil pengalaman pergi ke konvensyen  3. Dalam usaha mahu menjadi Yes Woman kepada Maybe Girl saya sebelum ini ( keluar dari tempurung).

Secara tidak langsung saya mendapat jawapan kepada persoalan itu, dan juga beberapa persoalan diri. Izinkan saya ulas semula / quote terus kata-kata emas yang saya dapat daripada slot tersebut:

Sister Yasmeen Mogahed – ” Free from All Other Masters, Empowering Women”

” Standards of women had been of standards of men. A muslim woman has no need to degrade herself to it, to be something we are not. To please and be beautiful to men ; like being slaves to the purpose of live to attract and be displayed for men. The most honoured of you are in sight of  God.

Your value of a woman are not valued by the number of men that likes you or the size of your waist. We have been taught that we are helpless until Prince Charming comes into our lives. No prince can complete you; only Allah can.

‘ I am here but not for display and for public consumption’.

Seeking love, often just waiting..(for) hopeless romantic; the search is like a lifelong quest. A human love is not the destination. The moment you make it the destination of your worldly perfection, you will not get it.

What you seek is not the worldly possession. No matter how close to touching a mirage, you will never touch it. Completion cannot be found in anything other than God.

The thought that after the wedding, the Jannah will start is misleading; your spouse will become the painful extractors. (because) No feeling (of human) are ever constant.

Purity  of anything is found at The Source. By, for, because of Him; that is the true happiness.”

Jawapan yang tidak dicari kepada soalan yang terbuku di minda telah terjawab dalam slot pertama ini.

Dan dalam slot-slot seterusnya banyak lagi ilmu menarik dan pembuka mata yang saya telah dapat. Sangat-sangat banyak untuk dinukilkan daripada penceramah-penceramah yang hebat, maka tidak sempat untuk di ruangan ini.

Alhamdulillah. Serendipity. 🙂

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: