Ini kisah benar.
Berlaku tadi sewaktu masa terakhir pengajaran saya.
Kelas Tahun 2B. Kelas terakhir saya, selama 1 jam 1/2 mengajar Bahasa Inggeris.
Murid tidaklah sebanyak kelas saya yang sebenar, yang menghampiri setengah ratus.
Mereka hanyalah 26 orang. Tetapi mungkin 26 orang yang setiap orangnya mempunyai tahap pencabaran yang tersendiri.
Mungkin ini kali pertama saya menghadapi kelas yang betul, sebetul-betulnya kelas “di belakang”. Selama ini, tak lah saya rasa sungguh tercabar.
Kelas ini mempunyai murid-murid pemulihan/LINUS, dan juga beberapa masalah pembelajaran yang saya percaya akan temui dalam masa akan datang.
Tapi, percayalah, jika dalam kekalutan mengajar murid, lari sana sini, panjat kerusi, terjun kerusi, pusing belakang waktu saya tengok mengajar;
Kalau saya menjerit nama kelas itu kali pertama, (dijawab Yes, Teacher!) kemudian kali kedua, semestinya mereka akan terdiam dan duduk.
Because I mean business. But apparently, one boy in this class is not even scared of (what I feel) my worst, angriest, facade in classroom management.
My bark is worst than my bite (my sister will have a field day with where this joke is going).
Saya tak pernah betul-betul marahkan murid sampai ke dalam hati. Sampailah saya bertemu si ketot H ni.
H ini akan bergerak, bercakap, mengganggu kawan-kawannya dan juga saya secara tiba-tiba, tanpa disuruh atau apabila disuruh melanggar arahan dengan sengaja.
Semua metodologi saya telah cuba. Cara standard adalah cubit di pinggang, atau pulas telinga. Cara tidak standard adalah seperti begnya saya simpan di atas almari agar dia kembali ke tempatnya.
Tak berkesan. Dia tunggu masa saya pusing ajar kawannya, kemudia dia panjat almari.
Didenda suruh berdiri di luar kelas. Dia main seret-seret bontot keluar dan ke dalam kelas, kemudia lari masuk dalam cubit kawannya dan berlari keluar. Tanpa henti.
Saya keputusan idea. Saya perlu mencapai objektif dan memberi perhatian kepada murid-murid lain. Mana saya ada masa nak melayan karenah dia seorang yang mengganggu semua orang termasuk saya??
Jadi saya buat keputusan untuk buat apa yang saya selalu buat apabila mencapai pilihan terakhir dalam mendenda murid. Saya tahan dia dari balik apabila loceng terakhir berbunyi, dan meminta seorang kawannya memanggil sepupunya di Tahun 4 untuk memberi nasihat melalui kaedah orang tengah.
Sementara menunggu, saya genggam pergelangan tangan kirinya dalam tangan kanan saya. Saya baru sedar hanya cara sebegitu, setiap kali saya buat hanya dia duduk diam dan tidak bergerak. Otak saya tiba-tiba seperti mentol menyala.
Sepupunya , S, sampai, bersama-sama beberapa orang kawan.
” Ya , Teacher, kenapa teacher?”
” Sepupu kamu ni, nakal betul dalam kelas tadi. Sampai geram Teacher. Di rumah dia memang macam ni ka? Teacher dah hilang akal rasanya..”
” Oh, memang Teacher. Dia kat rumah memang macam ni, selalu kena rotan dengan ibu bapanya. Adik-beradiknya semua ganas-ganas jugak..”
H diam. Tunduk. Saya lihat dia maka mentol tadi bersinar makin menyala. Saya teringat salah satu nukilan blog saya.
Saya usap kepala H. ” Kesian kamu kan..mesti di rumah mak dan bapak kamu jarang peluk kamu kan..”
H bergenang air mata.
” Kesian kamu. Kesian..” Saya usap lagi kepala. Meleleh sebelah air mata dia.
” Meh sini Teacher peluk skit..”. Saya peluk erat H. Kedua-dua air mata dia berguguran.
Saya pulak syahdu. ” Sini Teacher peluk skali lagi.”
H tertunduk dengan air mata berlinangan. Saya tengok dia dan cakap ; ” Janganlah nakal-nakal dalam kelas, tau? Nanti cikgu kena peluk kamu lagi pulak..”
Sepupunya sengih. Sebelum semua pulang, tiba-tiba 3 murid perempuan kelas tadi berpatah balik dan tengok kepada saya ; ” Teacher, nak peluk?”
Group hug.
Hugs of love. Saya pernah tulis mengenai topik ini di sini. Saya teringat psikologi kanak-kanak, yang di mana jika mereka suka membuat perangai, adalah kerana kekurangan kasih sayang dari ibu bapa.
Dan jika seseorang itu bercakap atau bertindak dengan kamu dengan tidak karuan, peluklah dia (yang mahram). Supaya dari hati ke hati, kamu memberitahu secara tidak lisan;
Bahawa, shhhh. Tak apa. Saya ada di sini. Bertenang. Shhhh.
Saya belajar banyak dari budak yang paling degil dalam dunia. Walaupun saya bukan seorang ibu (lagi), saya harap pada masa hadapan, saya akan kerap memeluk anak saya.
From heart to heart.