Kesah Tuan Direktor


Bakal Gegar Dunia

Bakal Gegar Dunia

One of the my favourite moments this year captured above.

‘Pementasan’ bertajuk Dua Surirumah dan Penyamun di atas telah direka sendiri  sepenuhnya oleh Tuan Direktor kecil yang tengah, F, prop pedang direkabentuk oleh Cik Seni Rekabentuk di sebelah kiri, N. Girl power!

Dalam menyahut cabaran menyediakan suasana yang kondusif untuk mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ), saya mulakan program perintis  ‘Showtime’ dalam kelas tahun 2 A saya.

*Program ‘Showtime’ di mana 5-10 minit awal atau sebelum habis waktu saya, murid akan membuat persembahan mengikut ‘genre’ yang ditetapkan. Berjadual. Inspired by my high-school teacher, Madam Chua.

Ingin saya rewind sedikit.

Jujurnya saya tahu tahun ini saya jarang menulis mengenai anak murid saya tahun ini. As 2014 is coming to an end, I feel like its a closure of some sorts to tell you the great story I had this year with my talented class.

Bersemangat. Itulah satu perkataan yang dapat saya simpulkan mengenai kumpulan 8 tahun saya ajar tahun ini.

Terasa seperti mengajar kelas Performing Arts for Children pulak. Ini bukan bermaksud saya seorang guru yang hebat dari segi itu. Mereka yang hebat sebenarnya.

Cuma bakat kecerdasan kelas ini secara kolaboratif adalah dari segi kecerdasan seni, dan mungkin sedikit kecerdasan kesukanan.

Selepas melihat bakat dan daya saing juang yang tinggi sebelum dan semasa memasuki  Action Song Competition, saya tahu mereka ini ada bakat semulajadi.

Tajuk : Directions/Places in Town

Tajuk : Directions/Places in Town

Kegagalan untuk meraih Top 3 saya rasakan merupakan salah saya sendiri sebagai tenaga pengajar novis (mentah dan baru), kerana dari komen juri mereka ada ‘rare talent’. Mendapat tempat keempat kerana satu kekurangan teknikal dan kekurangan bajet.

Most of these kids are already intelligent beyond the content standard, although from a rural area. Stating that, the beauty of KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) and the new document standard of Learning English is that English teachers have more creative input to insure that the students achieve.

Diskusi Ilmiah

Diskusi Ilmiah

Alhamdulillah, disebabkan tahap kecerdikan mereka sudah tinggi, ini membenarkan saya untuk (tidak rasminya) menjalankan beberapa program sebagai cuba-jaya untuk pembelajaran cara mengajar. Skaligus kelas ini adalah Makmal Bahasa saya.

I feel teachers should always know in different ways, all our students are special. It’s the way we guide them that will shape their interest and passion in English in the future.

Janganlah masuk kelas dengan niat “Let’s get this over and done with..”. Fikirlah ” how can I make this fun today?”.

Berbalik kepada cerita Tuan Direktor.

One of the few aspects of a collaborative class is that when you give directions, most of them will help each other to achieve it. Great teamwork. Except a few naughty boys/shy girls, usually the most talented inner group will lead and patiently guide the others.

Language Arts: My Town Class Display. 10marks for overall total marks monthly test.

Language Arts: My Town Class Display. 10marks for overall total marks monthly test.

Saya hanya Tukang Bagi Idea dan Fasilitator kepada Kelas ini. Jujur. Lebih kepada Pemegang Saham.

Ketua Kelas, K (tak ada dalam gambar atas sekali sebab pergi berlatih tarian) yang selalu akan tengok dan marah orang lain yang tak dapat buat dengan elok. Yang lain dalam ‘talented inner group’ (in picture) akan mentor yang lain untuk buat yang baik. Mereka akan komen satu sama lain dan mungkin beri idea yang baru kepada saya (sebagai ‘pemegang saham’) untuk ubah atau tambah baik.

Sejuk hati tengok mereka pandai urus diri walaupun baru Darjah 2.

Berbalik kepada kesah Dua Surirumah dan Penyamun.

Ini adalah salah satu sketsa *Pusingan Kedua (Lakonan): “Showtime”. Program perintis saya untuk asah bakat dan public speaking mereka. Saya benarkan mereka berbahasa melayu dalam ertikata ansurmaju/warming-up kepada Bahasa Inggeris tahun hadapan (masih melobi untuk jadi guru mereka 2015).

Sketsa ini adalah 100% hasil arahan tuan Direktor F yang ditengah itu, bersama bantuan pelakon-pelakon tersebut. Granted, its no Oscar, but sketsa itu ada intipasti dan jalan cerita yang boleh dibaiki lagi.

Ya, ada pelakon yang tak dapat dikawal telah menyebabkan tuan direktor menangis, dan ya terlalu banyak unsur keganasan dalam sketsa ini.

Di sinilah tugas saya untuk memberi komen membina (ala realiti TV) dan memberikan poin supaya sketsa mempunyai nilai moral ( tak payah bunuh penyamun dengan pedang, hampa ramai, kepung dia kemudian ikat then call polis). Cue relate unsur keganasan dengan kes buli berleluasa sekarang.

2nd take lepas komen juri: Ada Ketua Polis. Walaupun pedang masih digunakan, tapi berjaya ikat dua penyamun tanpa membunuh. Unsur komedi: Ketua Polis tersalah diikat ke kerusi. Takpala, first time.

Applause.

What can I say more about them?

I will definitely miss you guys! I’ve had so much fun and I learnt a lot personally and professionally from all of you talented bunch.

IMG_20140410_083132

For auld lang syne

Hoping to be there again next year in Year 3 for Part 3: Showtime.

To 2Bestari, with love.

 

 

*Pusingan Pertama ( Book Club ).

 

 

Leave a comment

Blog at WordPress.com.