Tahun Ketiga Sebagai Mak Ngah


Selamat Hari Jadi, Khalil Amshar.

Kalil dah tige tahun. *Ade yu yu. Ade yu yu. Ade yu yu. Ade yu.*

Kita ada pertalian halimunan, Kalil, you and me.

Mak Ngah suka ‘something’, dia pun suka ‘something’. Mak Ngah suka makan ratah-ratah cicah-cicah, dia pun suka ratah-ratah cicah-cicah.

Mak Ngah kaki teyak dulu kini anda pula juara. Nah piala pusingan.

Semoga ALLAH menjadikan Khalil Amshar seorang yang berjaya dalam dunia dan akhirat, anak yang soleh kepada kedua ibu dan bapa, dan tak lupa juga kepada Tok, Mak Ngah, Adak & Unkel, Adik, Achu, Pak Dode, Pak Lam, We dan Mok..

Semoga Khalil sentiasa menjadi penyeri di mata dan penyeri di hati keluarga kita bersama-sama dengan adik Zarif Amri.

Alhamdulillah di atas rezeki ini.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Thank you for teaching me unconditional love. I never knew i could love a stranger so much until you were born.

Hugss and kisses now and forever…

Mak Ngah.

*Happy Birthday to You*

12/08/2014

2012 dalam kenangan ;)


The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

600 people reached the top of Mt. Everest in 2012. This blog got about 3,100 views in 2012. If every person who reached the top of Mt. Everest viewed this blog, it would have taken 5 years to get that many views.

Click here to see the complete report.

Passion


Jadi mungkin anda sedar saya dah kembali memakai kacamata sejak 3-series ini. Sebenarnya bukanlah berniat hendak berubah imej.

Mata telah kemenjadian alergik kepada kanta lekap.Maka daku kembali ke imej 10 tahun kebelakang. Bila lagi nak berubah kan?

Cinta baru hadir pada harijadi. Hadiah harijadi sebenarnya. (Jadi semua ini dah berlalu hampir 3 bulan lepas; biarlah saya mengomel)

Kad harijadi membesar berkadar terus dengan angka umur…

Saya sayang famili saya!

Mungkin agak keliru bahagian mana yang cinta tersebut , maka saya pautkan cherita chenta di bawa:

Seperti buku bertemu ruas (pardon the pun). Saya merupakan ‘movie buff’ yang suka menulis dalam ertikata menulis yang sebenar.

Dan rasanya hampir setahun saya mengomel di lamanmukabuku, dan jugak pusing Borders The Curve; setiap kali pegang dan letak balik; bila rasanya hendak memiliki sebuah kitab Moleskine ini.

Cinta jarak jauh. Bermimpi. Berangan. Dan kini kau hadir dalam hidupku..( enter scene memeluk Moleskine Passion and..cut).

mememememe..macam..tetetete..tak..pepepe..percaya!

setiap mukasurat terbahagi mengikut topik yang hendak diluahkan,tersusun secara alfabetikal DAN ADA STICKER WEI UNTUK LEKAT SAJA HIAS SANA SINI NAK APA LAGI????

OK OK SABAR SABAR LISA. OK.

Untuk menyahut seruan cuti sekolah yang akan datang, dan juga kelapangan sempena kehabisan kerja perkeranian SPPBS dan SAPS, Insyallah saya akan memaparkan beberapa ” movie review”dari Moleskine Passion saya di kameyrahitamkechil.wordpress.com

(Eksaitednya).

Akan datang ke lamanmukabuku terdekat dengan anda pada bulan Oktober 2012 ini.

Love,always.

*Moleskine Passion terdapat juga Wellness; Music; Recipe; Wine ; Travel; Book ; Cat dan lain-lain boleh dijengah dilaman web mereka. Juga dijual di rangkaian Borders seluruh Malaysia.

Serendipity


Serendipity means a “happy accident” or “pleasant surprise”; specifically, the accident of finding something good or useful without looking for it.  – Wikipedia

Cerita serendipity saya bermula pada suatu hari terdetik pada diri saya, setelah melihat majalah fesyen beralih kepada kawan saya dan berkata , ” Kenapa kita boleh menerima lelaki dengan seadanya, tetapi kita perlu kurus, cantik dan bermakeup untuk diterima? Kenapa perlu double-standard?”.

Soalan itu terngiang-ngiang di benak.

Saya menghadiri Konvensyen Being ME (Muslimah Empowered) pada 30 Jun lepas. Tiket dibeli atas beberapa sebab peribadi. 1. Hendak bertemu sahabat lama 2. Hendak mengambil pengalaman pergi ke konvensyen  3. Dalam usaha mahu menjadi Yes Woman kepada Maybe Girl saya sebelum ini ( keluar dari tempurung).

Secara tidak langsung saya mendapat jawapan kepada persoalan itu, dan juga beberapa persoalan diri. Izinkan saya ulas semula / quote terus kata-kata emas yang saya dapat daripada slot tersebut:

Sister Yasmeen Mogahed – ” Free from All Other Masters, Empowering Women”

” Standards of women had been of standards of men. A muslim woman has no need to degrade herself to it, to be something we are not. To please and be beautiful to men ; like being slaves to the purpose of live to attract and be displayed for men. The most honoured of you are in sight of  God.

Your value of a woman are not valued by the number of men that likes you or the size of your waist. We have been taught that we are helpless until Prince Charming comes into our lives. No prince can complete you; only Allah can.

‘ I am here but not for display and for public consumption’.

Seeking love, often just waiting..(for) hopeless romantic; the search is like a lifelong quest. A human love is not the destination. The moment you make it the destination of your worldly perfection, you will not get it.

What you seek is not the worldly possession. No matter how close to touching a mirage, you will never touch it. Completion cannot be found in anything other than God.

The thought that after the wedding, the Jannah will start is misleading; your spouse will become the painful extractors. (because) No feeling (of human) are ever constant.

Purity  of anything is found at The Source. By, for, because of Him; that is the true happiness.”

Jawapan yang tidak dicari kepada soalan yang terbuku di minda telah terjawab dalam slot pertama ini.

Dan dalam slot-slot seterusnya banyak lagi ilmu menarik dan pembuka mata yang saya telah dapat. Sangat-sangat banyak untuk dinukilkan daripada penceramah-penceramah yang hebat, maka tidak sempat untuk di ruangan ini.

Alhamdulillah. Serendipity. 🙂

Tetam talks


Khalil : well..you can’t choose your Mak Ngah

‘Lo.

Mak Ngah suka buat muka bila ‘mbik  gambag. taktau pasaipa.

I guess she’s okay.

Tapi besh bila dia mula nyanyi lagu-lagu kat cheq. Banyak sungguh lagu dia tau.

Sebab besh Mak Ngah suka boh nama cheq dalam lagu tu…macamni lagu dia ” There is a little boy, whose name is Khalil Amshar…Kha-lil-Am-Sha-ri, Kha-lil-Am-Sha-ri,Kha-lil-Am-Sha-ri, Khalil was his name-0..”

‘Dian cheq goyang badan cheq kiri kanak kiri kanan sebab besh sangat. Hehehe.

Ibu dengan Tok cheq  jumpa hari-hari. Mak Ndak pon kerap jugak tapi dia kadang-kadang mai tidoq sat, kemudian baru mai mein dengan cheq. Rambut Mak Ndak cheq suka tarik dan tampaq muka dia.

Mak Ngah dia jarang-jarang mai, tapi bila dia mai riuh satu rumah dari pintu depan dah tau dia mai.

‘Dian dia suka ambik buku dan baca kat cheq. Cheq dok ataih dia then kunyah hujung buku ja. Kalau ada gambag besh-besh cheq suka cium dan tampar banyak kali. Sukanya!

dia nampak dak cheq buat-buat dengag padahai dok seluk beg dia…

Hobi cheq la adalah seluk. Kalau nampak Mak Ngah pegang gelas saja..teruih merangkak pi kat dia buat-buat nak minum. Then cheq letak mulut kat gelas, then buat bunyi ” Aaaaaaa…….aaaaaaa” untuk mengalih perhatian. Bila Mak Ngah ketawa ja, teruih cheq seluk sebelah tangan dalam ayaq minum.

Bapak dan Ibu gelak ja kat tepi sebab tau dah taktik cheq. Hehehe.

Bekaih DVD Bapak fevret jugak. Dan beg Mak Ngah: banyak btui benda.

laptop Mak Ngah adalah taman permainanku

Slalu dok tengok Ibu, Bapak, Mak Ngah, Mak Ndak dok tekan-tekan benda hitam ni. Geram jugak.

Satu hari, Mak Ngah dok tekan-tekan depan cheq, cheq geram jugak terus pi tepuk-tepuk benda ni..seronok btui. Patutla depa semua dok tekan-tekan. Macam terer kan cheq. Hehehe.

Mak Ngah cakap kat Ibu ; ” Khalil punya terer mein laptop sampai dia boleh tukaq font FB jadi lein terus ..”

yay!

Guess what?

Gigi cheq dah tumbuh!

Cheq dah besaq dah.

Nanti dah boleh jalan nak suruh Mak Ngah bawak keluag tengok meowington kat bawah yang suka teguq cheq.

Jangan bagitau Ibu..shhh.

Mencari Adiwiraku


adiwira perkasa

Untuk katakan saya menunggu mereka bersatu di skrin setelah sekian lama, ya juga.

Mungkin kerana rindukan keperkasaan Thor dan juga karisma Tony Stark dalam filem-filem lepas.

Saya bergegas dari kenduri sebelah rumah pada pukul 2.30 petang ke Kuala  Selangor untuk tayangan pukul 2.45 seperti  “driving like the devil”. 

Sampai-sampai saja dah mula hampir 5 minit. Ibu dah gembira sebab sudah dapat popcorn.

Saya gembira kerana akhirnya sampai juga.

Walaupun Hulk telah bertukar tangan dari Eric Bana ke Edward Norton ke akhirnya hero romantik Mark Ruffalo, yang saya rasa berjaya membawa watak lelaki yang bijak tetapi di bawahnya adalah bom berdetik.

Walaupun saya terkilan tak sempat tengok Ironman 2 dan Captain America.

Epik juga rasanya. Goosebump melihat adiwira-adiwiraku bergabung tenaga dan kuasa super unttuk menewaskan Loki, dewa jahat, abang tiri Thor.

Sukakan unsur humor yang terselit, tanpa kering gusi.

Tatkala Hulk membelasah teruk Loki yang membebel berlagak dan riak pada mulanya sangatlah sakit perut ketawa, mungkin kerana kita semua pernah berdepan dengan orang sebegitu dan ingin memperlakukan sedemikian.

Tapi yang paling saya ingatwatak Agen Phil, yang ajen SHIELD biasa yang minat Captain America dan mempunyai trading cards yang ingin diautograph sendiri oleh idolanya pada awal cerita.

Teringat saya tatkala saya curi-curi baca komik Marvel  abang saya. Komik X-Men dan Spiderman dan Punisher dan Venom dan banyak lagi secara senyap-senyap kerana abang saya garang dahulu.

Saya pembaca yang rakus. Satu demi satu demi satu saya tarik dari susunan yang cantik kemudian kena marah kerana tidak susun dengan elok semula.

Terpahat di ingatan kotak-kotak komik dengan adegan aksi dilukis. Dan majukedepan hampir 20 tahun kemudian saya lihat mereka di skrin besar.

Jauh ke dalam, rasanya saya seperti Phil, walaupun dah besar panjang, masih meminati adiwira-adiwira perkasa.

Terima kasih kerana menceriakan dan memberi semangat segar.

Kepada Thor, Ironman/Tony Stark, Dr. Brennan, Black Widow, Hawkeye,Captain America.

#26 – Cepumas


” what kind of person attracts you”

:: Beautiful Stranger?"::

Dua tiga kucing berlari,

Mana nak sama si kucing belang.

Dua tiga tak pasti boleh cari,

Susah nak cakap bagaimananya orang.

******************************************************************************************************

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Kalau disenarai nanti berlebar,

Mungkin dari mata jatuh ke hati?

*******************************************************************************************************

Kalau padi katakan padi,

Tidaklah saya tertampi-tampi,

Tengok kali pertama, rezeki,

Tengok banyak kali, waduh, bahaya nanti.

******************************************************************************************************

Kalau ada sumur di ladang,

Bolehlah saya menumpang mandi,

Bukanlah saya jenis suka memanjang,

Ada perkara yang masih peribadi. 🙂

********************************

Jawab, jawab!

#24 – Pride and Prejudice


“Your favourite movie and what’s it about”

Jiwa romantika di amor dan Jane Austen tak dapat dipisahkan.

Tak pernah jemu saya nak tonton lagi dan lagi dan lagi.

Filem ini merupakan adaptasi dari karya agung beliau, Pride and Prejudice, yang juga menghasilkan karya Sense and Sensibility dan juga Emma.

Keluarga Bennet terdiri daripada Encik dan Puan Bennet yang mempunyai 5 orang anak perempuan, di mana pada zaman itu, adalah penting untuk mengahwinkan anak dengan orang-orang yang berkepentingan.

Encik Bennet adalah seorang lelaki yang laidback, berbeza dengan karakter Puan Bennet yang sangat sibuk ingin menjodohkan anaknya dengan prospek-prospek yang ada.

Walaubagaimanapun, karakter utama filem ini adalah Elizabeth Bennet, anak tengah keluarga ini yang dengan jayanya dilakonkan oleh Kiera Knightley, adalah seorang gadis yang berupa biasa-biasa, berjiwa memberontak dan inginkan cara tersendiri. Berbanding kakak cantiknya yang lemah-lembut, dan pemalu ; Jane (Rosamund Pike) dan adiknya ; Kitty; (Carey Mulligan )yang seorang lagi yang remaja, berani dan go-getter, Elizabeth merupakah karakter yang kita sedia memahami anak tengah.

Kehadiran Encik Bingley dan kakaknya Miss Bingley yang kaya ke kawasan tersebut telah mencetuskan satu usaha dari Puan Bennet untuk menjodohkan Jane dengan Encik Bingley. Walaubagaimanapun, Miss Bingley yang sombong menganggap Jane tak cukup sekufu dengan adiknya.

Hadir Mr. Darcy sebagai teman baik Encik Bingley yang menghadirkan satu love-hate relationship aura kepada drama perhubungan antara Jane-Mr-Bingley, dan juga Mr. Darcy kepada Elizabeth sendiri.

Kemelut  dalam diri ,antara apa yang Elizabeth mahu dan kesediaan atau tidak ; diulas dalam kehadiran sepupunya,Mr. Collins melamarnya. Dia langsung menolak. Tidak cukup dimarahi ibunya, Elizabeth terpaksa menghadapi kenyataan yang Encik Collins terus melamarkan kawan baik Elizabeth , Charlotte. Bukan kerana cinta, Charlotte mengahwini Collins kerana inginkan masa depan yang lebih baik.

Hadir juga Mr. Wickhams , seorang soldadu yang karismatik tetapi diselindungi dengan kisah silam yang tidak baik bersama Encik Darcy. Dalam perantaraan bibit-bibit perasaan dengan Mr Wickham dan ketidakpastian dengan Encik Darcy, adiknya Kitty telah melarikan diri dengan Mr Wickham dan menunjukkan belangnya yang sebenar.

Drama demi drama. Adiknya pulang setelah berkahwin dengan Mr. Wickham, makcik Encik Darcy yang tak suka anak saudaranya bersosial dengan orang kelas bawahan, dan juga kegugupan Encik Bingley dalam ingin meluahkan perasaan kepada Jane.

Adakah all wells that ends well? Jane dapat berkahwin dengan Encik Bingley, dan Mr. Darcy dapat menurunkan egonya dan mengaku perasaannya terhadap Elizabeth?

Akhiran cerita ini harus ditonton sendiri oleh anda, kerana bukan sahaja barisan pelakon yang hebat, tetapi alunan lagu klasikal berlatarbelakangkan pemandangan cantik England merupakan satu rollercoaster jiwa dan perasaan.

Untuk quote Charlotte: “Not all of us can afford to be romantic, Lizzie.”

Once in a while. Once in a while. hmm.

#16 – Come as you are.


” Your views on mainstream music”

Oh nooooooooooo.

I’ve got to be a music critic today?

Ok-lah.

World-wise;

Too much sex and suggestive lyrics.

And don’t get me started on Idola Kecil.

Yes, they have great voices..but i cringe everytime kids sings suggestive touchy-feely lyrics.

To sing about love ,sex and romance at age 8?

Let kids be kids.

Though on another side, its great that a Malaysian singer is already recognized internationally.

Yes, I’m talking about Yuna.

Had been nominated the Best New Band 2011 at the MTVs.

Collaborated with Pharrell Williams on her last album.

Pharrell from the Neptunes. Neptunes!

Despite what the critics says, I am proud of Yuna.

Listen to her. And tell me her voice does not haunt you.

And i will say you are lying :).

#11 – Everyday I’m Shufflin’ (tetetetetetieuu)


“Put your iPod  Mp3 player on shuffle and write 10 songs that pop up”

my MP3 player..

(A great topic after a great  lunar eclipse viewing night. La la la la..)

I don’t have any Apple products except’s the fruit from the Almighty.Which is my fave apple of all.

Saya memiliki Sony ni rasanya hampir 4 tahun+ dan ia teman baik saya tatkala saya jogging, menunggu di airport atau saja nak layan mood.

Kebanyakan dari lagu-lagu ni saya ambil dari adik beradik saya kerana saya tak rajin nak muatturun, maka kebarangkalian besar senarai lagu lama-lama akan muncul.

So let’s put the shuffle on!:

1.Iris – Goo Goo Dolls

( nangis tengok cerita ni, City Of Angels)

2. Angels – David Archuletta

(such a beautiful voice from such an angelic face)

3. I wanna be with you – Mandy Moore

(ex-roomate dulu bercinta pasang lagu ni bagai nak rak, lekat sampai skrg)

4. I did it my way – Frank Sinatra

( my own personal goodbye song to my days in Sarawak)

5. Cry Me A River – Justin Timberlake

( he’s a good dancer. And he is/was from Nsync hehe)

6. Melompat Lebih Tinggi – SO7

(ada orang suruh dengar satu masa dulu…:)

7. Hanya Memuji – Shanty & Marcell

(lagu player. i just like because its catchy)

8. If you’re not the one – Daniel Bedingfield

( sungguh heartfelt lagu ini..)

9. Because You’ve Loved Me – Celine Dion ( great lyrics)

r

10. The Blower’s Daughte- Damien Rice

(lagu opening filem Closer, lakonan Jude Law and Natalie Portman. blew me away)

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: