See Me In Real Life


Dua dari orang terapat saya sudah quit Facebook.

Membuatkan saya terasa is it the secret to their happiness?

Banyak masa saya habis ke arah menatap telefon pintar sejak hampir setahun lebih saya memilikinya.

Jujurnya saya rasa saya makin kurang produktiviti dan short attention-span. Wall feed penuh dengan perkara yang menyerabutkan kepala kadang-kadang.

Hubungan hanya bergantung kepada skrin hp.

What happened to face to face interaction?

Jadi saya cuba untuk “cuti” selama beberapa hari (?) Facebook.

Do the things I had put on hold. See and experience life.

Kalau rasa okay saja, mana tahu terbuka hati untuk lama lagi.

Bolehkah? Insyallah. Walaupun ini sudah hari pertama dah ada withdrawal simptom.

Sila hubungi saya secara telefon. Saya malas nak install facebook messenger.

Or better still see me in real life.

I Know What You Did Last Summer.


break the silence

“I know, you know.

You think I don’t know. But I know what you did.

Both of you.

For a long, long time I know.

Can’t believe it at first, but I saw something that you quickly tried to hide it.

It’s a wonder how both of you can keep it in so long.

Time passed. I am not the person I was before.

Hatred makes you weak. So I forgive both of you.

I release you.

Alhamdulillah. May ALLAH forgives the sins that i had done and my sins in the future. And make me a better person.

May ALLAH blesses both of you with guidance and closure.”

Temporary Blackout


Ritma kipas siling makin perlahan.

Mr Popper’s Penguin hilang dari skrin TV.

White noise lessen and lessen to a stop.

Only once a year this happens usually. Kerap lagi kalau di Limbang dulu.

Bingar kesunyian menyelubungi rumah.

candles

I’m one of those people who sometimes thrives in silence. I don’t know why.

Mama, however, feels the need to fill the in blanks.

Minda berlegar mengingatkan blog yang sudah berkian lama sudah berhabuk. Keputusan UPSR. Sepupu sudah mendapat anak! Cuti sekolah. Tak dapat cuti lagi. Tukar? Tak tukar? Kerja kerja kerja.

Kemudian teringatkan permainan kad yang dibeli untuk waktu-waktu terluang. Waktu-waktu terluang yang seringkali sejakduamenjak ini diisi oleh idiotbox dan gajet-gajet yang memerlukan punca kuasa.

My geek side keeps UNO and Game of Life handy.

Playing the Game of Life in the stillness of the afternoon made me reminisce.

Those simple days of youth where we; my siblings and I; had nothing but each other to entertain. We had Monopoly, Scrabble, chess and UNO. We had the silliest fight over the ‘official rules’ of buying Park Lane or was zit an official word, or had UNO been said before the last card was put down.

One of the craziest moment of this 21st century was when my whole group sitting together during the LINUS course,BUT talk to each other via WhatsApp in our group forum. I’m thinking of sending my Avatar out sometimes to replace my physical presence. This is a joke, by the way.

Our physical form are present when we are with our loved ones but we minds and bodies are under influence of a third party.

Kami keluar untuk membeli lilin, kemudian pusing-pusing di sekeling taman melihat suasana senja.

“Rugi tak bawak G11..”

“Hmm…” jawab Mama. Then she continued her chatter.

When we turned the corner into my lane, the traffic light was already on again. The TV was on, and we sat down and looked at the idiotbox like nothing happened. The candles were put aside and so were my thoughts.

Then the lights went off again. The stillness again.

Alhamdulillah, my laptop was turned on as i was writing this. I opened the sliding door a bit for some air, light up the candles. And proceeded to type this.

Low chatter fills the room as i nod again and again to Mama.

“Welcome back, me” . I type to myself.

The months long hiatus was just a temporary blackout.

2014 is coming and I am praying for better things to come, and to write.

Insyallah. Amin.

Female Friendship Truths


Ini saya petik dari artikel 18 Female Friendship Truths by (the film) Bridesmaid di laman sesawang Buzzfeed.com.

Sungguh tepat beberapanya walaupun secara realitinya hanya mengaku dalam hati!

Saya hanya pilih beberapa yang menepati gaya budaya peribadi dan lokal. Sila check jika ia berlaku dalam persahabatan anda 😉

:: Girlfrens - Karya 2010 Pesta Limbamg::

:: Girlfrens – Karya 2010 Pesta Limbamg::

1. Sesi meluahkan perasaan antara girlfrens adalah seperti penyucian jiwa, tetapi lebih mendalam.

2. Kalau kawan kita tidak suka kepada seseorang, kita akan automatik tidak suka kepada orang itu juga tanpa mengetahui sebabnya.

3. Apabila sahabat terbaik kita berjenaka mengenai inside joke dengan orang lain, sesuatu di dalam hati kita terasa seperti tercalar.

4. Kadang-kadang kita hanya perlu memberi sebuah pandangan kepada sahabat kita, dan dia sudah faham apa maksud kita.

5. Kita boleh berbual mengenai perkara yang amnya gila, tetapi sahabat baik kita tak pernah akan mengadili.

6. Kita juga pernah buat perkara gila secara amnya, dan mereka masih tak akan mengadili.

7. Kalau kita sedang menhadapi emotional breakdown dan tidak dapat menghubungi kawan kita, kita akan menjadi gila.

8. Apabila kita perlukan kata-kata perangsang, mereka akan memberikannya.

9. Girlfrens kita akan faham mengenai obsesi-obsesi kita walaupun sebagaimana pelik.

10. Apabila menghadapi drama perhubungan, mereka akan berada di situ untuk mendengar bahagian-bahagian buruk.

11. Jika kawan anda tidak suka lelaki yang anda sedang minati, kita akan berbohong mengenai dia kepada mereka.

12.Jika kita bertanya mengenai hidup kita kepada mereka,mereka akan bersikap sungguh jujur.

13. Jika kita bersahabat dengan lama dengan mereka, lama-kelamaan stail juga akan kelihatan seperti sama.

14. Jika kehidupan kita menuju ke arah kemusnahan, mereka tidak akan berfikir panjang untuk segera membantu kita.

15. Dan yang paling best, mereka akan sentiasa menyokong kita, bukan cuba ‘membaiki’ kita.

Sesekali Ku Rasa Teringin Melewati Hatimu Yang Dingin


Saya kehilangannya lagi.

Idea untuk menulis blog ini.

Didalam kekalutan untuk multitasking bersiap untuk kelas besok, mencetak bahan (dan kemudian laminate!), menaip rancangan mengajar untuk pemantauan hari Rabu ini.

Ada hati juga nak buat satu Big Book dan menjahit beberapa boneka sarung kaki; hasil derma  abang saya. (Thanx bro if your reading this!)

Saya tiada masa lapang untuk duduk dan mengelamun sangat tahun ini. Jadi saya tak dapat menghasilkan karya-karya yang sebaik dulu.

Masa lapang saya, selain membuat kerja adalah tidur, menonton dvd untuk menghilangkan stress.

Dan juga memenuhi azam tahun baru untuk menjaga kesihatan diri badan. 3 kali seminggu Insyallah, saya ke gym untuk melunaskan janji untuk diri. Kejutan dari keadaan sekeliling dan berita-berita mengenai ketidaksihatan diri sahabat-sahabat sekeliling.

Dan percaya atau tidak, 2 tahun lepas saya telah mengalami minor heart attack but I didnt know I got it at that time, until I read the symptom in Reader’s Digest. Laporan perubatan saya yang menunjukkan kadar kolestrol borderline 2 hari selepas itu mengesahkannya. Alhamdulillah, I went through it without any hardship, other that the pain at the moment.

And I was 29 back then. I realised no one is too young to get a heart attack.

So as I pass the big 3 years, I decided its time to take care of my self. And guess what, its amazing that you can get addicted to adrenaline rush.

Berjalan. Berlari. Mengayuh.

Saya perlu kembali ke kerja saya.

Banyak perkara ingin dinukilkan di sini, tapi Insyallah berdoalah supaya saya ada masa dan kesempatan untuk melunaskannya.

Kepada diri saya terutamanya, dan diri sahabat-sahabat, marilah kita menjaga kesihatan diri. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Muahs. Rindu anda semua.

Image

:: oh ya, masa lapang juga diisi dengan sesi keanak-anakkan. Maafkan saye::

MIA. Busylivinglive.


i love my homeoffice mumumumu

i love my homeoffice mumumumu

Nak gelak baca tajuk di atas.

Sebenarnya sangatsangat sibuk kerja. Ini antara beberapa yang baru siap.

Ingin memuatnaik projek deco homeoffice, tapi rupanya diri terasa ia adalah kawasan yang peribadi.

Cuba cari satu barangan IKEA di sini yang sangat chomels. Jika anda tepat, maka andalah kipas-susah-mati IKEA yang sejati!

I Just Havent Met You Yet. Eh, tetiba. Ekeke.

TTYL.

Kisah Budak Paling Degil Dalam Dunia


Ini kisah benar.

Berlaku tadi sewaktu masa terakhir pengajaran saya.

Kelas Tahun 2B. Kelas terakhir saya, selama 1 jam 1/2 mengajar Bahasa Inggeris.

Murid tidaklah sebanyak kelas saya yang sebenar, yang menghampiri setengah ratus.

Mereka hanyalah 26 orang. Tetapi mungkin 26 orang yang setiap orangnya mempunyai tahap pencabaran yang tersendiri.

Mungkin ini kali pertama saya menghadapi kelas yang betul, sebetul-betulnya kelas “di belakang”. Selama ini, tak lah saya rasa sungguh tercabar.

Kelas ini mempunyai murid-murid pemulihan/LINUS, dan juga beberapa masalah pembelajaran yang saya percaya akan temui dalam masa akan datang.

Tapi, percayalah, jika dalam kekalutan mengajar murid, lari sana sini, panjat kerusi, terjun kerusi, pusing belakang waktu saya tengok mengajar;

Kalau saya menjerit nama kelas itu kali pertama, (dijawab Yes, Teacher!) kemudian kali kedua, semestinya mereka akan terdiam dan duduk.

Because I mean business. But apparently, one boy in this class is not even scared of (what I feel) my worst, angriest, facade in classroom management. 

My bark is worst than my bite (my sister will have a field day with where this joke is going).

Saya tak pernah betul-betul marahkan murid sampai ke dalam hati. Sampailah saya bertemu si ketot H ni.

H ini akan bergerak, bercakap, mengganggu kawan-kawannya dan juga saya secara tiba-tiba, tanpa disuruh atau apabila disuruh melanggar arahan dengan sengaja.

Semua metodologi saya telah cuba. Cara standard adalah cubit di pinggang, atau pulas telinga. Cara tidak standard adalah seperti begnya saya simpan di atas almari agar dia kembali ke tempatnya.

Tak berkesan. Dia tunggu masa saya pusing ajar kawannya, kemudia dia panjat almari.

Didenda suruh berdiri di luar kelas. Dia main seret-seret bontot keluar dan ke dalam kelas, kemudia lari masuk dalam cubit kawannya dan berlari keluar. Tanpa henti.

Saya keputusan idea. Saya perlu mencapai objektif dan memberi perhatian kepada murid-murid lain. Mana saya ada masa nak melayan karenah dia seorang yang mengganggu semua orang termasuk saya??

Jadi saya buat keputusan untuk buat apa yang saya selalu buat apabila mencapai pilihan terakhir dalam mendenda murid. Saya tahan dia dari balik apabila loceng terakhir berbunyi, dan meminta seorang kawannya memanggil sepupunya di Tahun 4 untuk memberi nasihat melalui kaedah orang tengah.

Sementara menunggu, saya genggam pergelangan tangan kirinya dalam tangan kanan saya. Saya baru sedar hanya cara sebegitu, setiap kali saya buat hanya dia duduk diam dan tidak bergerak. Otak saya tiba-tiba seperti mentol menyala.

Sepupunya , S, sampai, bersama-sama beberapa orang kawan.

” Ya , Teacher, kenapa teacher?”

” Sepupu kamu ni, nakal betul dalam kelas tadi. Sampai geram Teacher. Di rumah dia memang macam ni ka? Teacher dah hilang akal rasanya..”

” Oh, memang Teacher. Dia kat rumah memang macam ni, selalu kena rotan dengan ibu bapanya. Adik-beradiknya semua ganas-ganas jugak..”

H diam. Tunduk. Saya lihat dia maka mentol tadi bersinar makin menyala. Saya teringat salah satu nukilan blog saya.

Saya usap kepala H. ” Kesian kamu kan..mesti di rumah mak dan bapak kamu jarang peluk kamu kan..”

H bergenang air mata.

” Kesian kamu. Kesian..” Saya usap lagi kepala. Meleleh sebelah air mata dia.

” Meh sini Teacher peluk skit..”. Saya peluk erat H. Kedua-dua air mata dia berguguran.

Saya pulak syahdu. ” Sini Teacher peluk skali lagi.” 

H tertunduk dengan air mata berlinangan. Saya tengok dia dan cakap ; ” Janganlah nakal-nakal dalam kelas, tau? Nanti cikgu kena peluk kamu lagi pulak..”

Sepupunya sengih. Sebelum semua pulang, tiba-tiba 3 murid perempuan kelas tadi berpatah balik dan tengok kepada saya ; ” Teacher, nak peluk?”

Group hug.

Hugs of love. Saya pernah tulis mengenai topik ini di sini. Saya teringat psikologi kanak-kanak, yang di mana jika mereka suka membuat perangai, adalah kerana kekurangan kasih sayang dari ibu bapa. 

Dan jika seseorang itu bercakap atau bertindak dengan kamu dengan tidak karuan, peluklah dia (yang mahram). Supaya dari hati ke hati, kamu memberitahu secara tidak lisan;

Bahawa, shhhh. Tak apa. Saya ada di sini. Bertenang. Shhhh.

Saya belajar banyak dari budak yang paling degil dalam dunia. Walaupun saya bukan seorang ibu (lagi), saya harap pada masa hadapan, saya akan kerap memeluk anak saya.

From heart to heart.

2012 dalam kenangan ;)


The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

600 people reached the top of Mt. Everest in 2012. This blog got about 3,100 views in 2012. If every person who reached the top of Mt. Everest viewed this blog, it would have taken 5 years to get that many views.

Click here to see the complete report.

Interaksional 2013


:: Hobi awal tahun adalah membalut buku RPH..lalala::

:: Hobi awal tahun adalah membalut buku RPH..lalala::

Ok. Jadi “interaksional” akan jadi buzzword untuk 2013 dalam sektor pendidikan tahun 2013.

I don’t know what that means, but i guess sooner or later we will guess the meaning from constant of usage.

Jadi sesi 2013 bagi saya bermula 2 minggu lebih awal di sekolah saya.

Setelah semingguan bermesyuarat untuk tahun hadapan, maka tinggallah lebih kurang 1 minggu lebih sebelum sesi persekolahan 2013 akan bermula.

Berita buruk: 1. Saya tak  dapat kelas lama saya yang saya cat lawa-lawa.

Berita gembira:

1. Insyallah, dapat peruntukan RM100 untuk menghias kelas.

Saya dapat kelas lain dan akan bermula projek deco kelas baru..woohoo!

2. Semua kelas di sekolah dapat lantai berjubin! Alhamdulillah.

 

2013 looks promising.

 

Berdoa supaya semangat awal tahun tidak malap sepanjang tahun. Amin.

::RPH 2013. Apa yang menanti di sana?::

::RPH 2013. Apa yang menanti di sana?::

#15 – Mix Tape


Daily Prompt : Put together a a musical playlist of songs that describe your life, including what you hope your future entails. 

1. I grew up listening to Radio 4 and my parent’s cassette of Engelbert Humperdink, ABBA, The Beatles, Elvis ,and  Cliff Richard among others.  Put that funky music, brown girl ; was my childhood.

2. My teenage years was the era of boy bands, girl bands and diva’s.  You’re not the cool cat if you don’t know each of them, and their dance moves. And you have to like one person that ” defines” you. For me it was Sporty Spice, Howie D. and JC Chasez.

3. Early adulthood was an explosion of life’s lesson. About how life is full of trial’s, about getting up after you have fallen again and again. The importance of having people that loves you no matter what. All songs come and go, but u2 Sometimes You Can’t Make It On Your Own always stuck by.  Something about u2 songs that strucks me deep.

4.  The start of my soul-searching.

5. Now, and what I hope in the future. Insyaallah. My prayers only He knows best. Amin 🙂

Blog at WordPress.com.