Running (Wo)Man


Itu Taylor Swift yang maveles di sebelah kiri. Yang kanan si comot, sampai kena edit pakai aviator supaya lulus untuk dipaparkan.

Saya tau saya mungkin takkan jadi sekurus seperti saudari TS, tapi untuk berjaya kita perlu ada idola, kan?

Kawan-kawan yang setia mengikuti penulisan saya mungkin sedar makin lama, makin saya kurang menulis. Jujurnya saya salahkan Facebook, secara amnya telefon ‘pintar’ saya.

I took a break for awhile to recollect myself from Facebook. And I returned as I feel as it is better for me to stay now at FB before i quit totally in the future. I made some adjustment in my life to clear stuffs and the tough gets going.

Ada kata-kata ’emas’ yang agak pedas didengar saya simpan dalam senarai quote saya –

“The word busy is often used by a**h****s. You have to remember, if anybody really wants something, they will go for it. If anyone values anything, they will make time for it. No excuses. Busy is really for people trying to put one foot out of the door.”

Jadi sekarang saya cuba jadi “Yes, Man”.

No excuses. Okay jadi progress setahun bolehla weight loss totalling 6kg in one year. Hoping to lose another 6 kg in 2015. Fighting!

I love food too much to be skinny. Jujurnya saya nak kurus supaya saya boleh makan apa yang saya nak.

Sejakduamenjak ini, saya dah mula berlari. Not that much sprint.

But running is so liberating. Sekarang saya faham kenapa beberapa kawan saya yang telah bertahun pengalaman berlari akan sentiasa join larian itu, larian ini.

Once you start, its hard to stop. Kecuali bila dahaga atau lemah lutut.

Who knows what will happen in 2015?

Don’t wait. I am not the waiting kind ever. Make plans. Carpe’ diem.

3 minggu lagi nak habis tahun persekolahan 2014. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian.

Doakan yang terbaik. Amin.

**Cuma jangan lupa bawak running shoes, headphones and MP3 player. Sepupu, nanti nak episod 101 – 200 + Running Man untuk tatapan seterusnya..

Sesekali Ku Rasa Teringin Melewati Hatimu Yang Dingin


Saya kehilangannya lagi.

Idea untuk menulis blog ini.

Didalam kekalutan untuk multitasking bersiap untuk kelas besok, mencetak bahan (dan kemudian laminate!), menaip rancangan mengajar untuk pemantauan hari Rabu ini.

Ada hati juga nak buat satu Big Book dan menjahit beberapa boneka sarung kaki; hasil derma  abang saya. (Thanx bro if your reading this!)

Saya tiada masa lapang untuk duduk dan mengelamun sangat tahun ini. Jadi saya tak dapat menghasilkan karya-karya yang sebaik dulu.

Masa lapang saya, selain membuat kerja adalah tidur, menonton dvd untuk menghilangkan stress.

Dan juga memenuhi azam tahun baru untuk menjaga kesihatan diri badan. 3 kali seminggu Insyallah, saya ke gym untuk melunaskan janji untuk diri. Kejutan dari keadaan sekeliling dan berita-berita mengenai ketidaksihatan diri sahabat-sahabat sekeliling.

Dan percaya atau tidak, 2 tahun lepas saya telah mengalami minor heart attack but I didnt know I got it at that time, until I read the symptom in Reader’s Digest. Laporan perubatan saya yang menunjukkan kadar kolestrol borderline 2 hari selepas itu mengesahkannya. Alhamdulillah, I went through it without any hardship, other that the pain at the moment.

And I was 29 back then. I realised no one is too young to get a heart attack.

So as I pass the big 3 years, I decided its time to take care of my self. And guess what, its amazing that you can get addicted to adrenaline rush.

Berjalan. Berlari. Mengayuh.

Saya perlu kembali ke kerja saya.

Banyak perkara ingin dinukilkan di sini, tapi Insyallah berdoalah supaya saya ada masa dan kesempatan untuk melunaskannya.

Kepada diri saya terutamanya, dan diri sahabat-sahabat, marilah kita menjaga kesihatan diri. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

Muahs. Rindu anda semua.

Image

:: oh ya, masa lapang juga diisi dengan sesi keanak-anakkan. Maafkan saye::

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: