#11 – Layar Lara


Satu insiden lucu baru-baru ini.

Tatkala saya dan adik berada di bilik hotel yang berkembar dengan bilik abang, kedengaran lagu King Of Anything dimainkan dari tv sebelah sana.

Saya dengan tergesa menjerit ; ” Wei, filem Made of Honor ada dalam tv ka?”

Adik saya naik keningnya; ” Wei, macamana hang tau?”

Sengih kambing. Abang saya ; ” Beik-beik, satgi dia mula buat reference kat filem Ghost Protocol plak hahaha..”.

Jadi, sejakduamenjak saya asyik ‘jumpa’ perkaitan antara filem-filem lain dengan filem Mission Impossible: Ghost Protocol..

Pause. ” Wei, memang heroin filem Made of Honor ada dalam Ghost Protocol..kan dia bini Ethan Hunt yang dalam persembunyian…”

Gelak besar kami bertiga.

Secara jujurnya, dalam minda saya ada satu folder FILEM yang berpautan kepada folder SOUNDTRACK FILEM, yang juga ada pautan kepada folder pelakon-pelakon Hollywood.

Boleh dikatakan selepas menulis dan berlaman sosial muka buku, keminatan saya adalah kepada filem. Namun bukanlah genre seram.

Image

::Baru selesai review Breaking Dawn (2) dalam Moleskine Passion::

:: Website yang sering dikunjungi untuk info filem..::

Kenangan pertama saya menonton wayang adalah ketika kecil dahulu, tatkala Bapak saya membawa kami sekeluarga menonton filem Universal Soldier di Cathay Alor Star. Itulah kali pertama saya tengok filem Jean Claude Van Damme berlakon. Saya tak ingat sangat jalan cerita filem itu, tetapi saya terasa seperti satu permulaan kepada hubungan yang cantik. A beginning of a beautiful friendship. Satu quote dari filem..Casablanca?

I learnt my so-so English; apart from reading and singing, is from watching these movies.

Saya lihat/ dengar, saya sebut dan saya tulis..masa kecik dahulu, saya juga ada pernah menyimpan buku skrap filem dengan guntingan-guntingan poster filem wayang, bersama dengan quotes. Ya, saya nerd dari kecik lagi.

Sekarang saya ada Moleskine Passion: Film Journal saya dan masih berbuat perkara yang sama. Minat, bukan apa.

:: Passion..::

Rasanya macam tahun depan nak beli Moleskine P. : Book Journal pulak.

Ehem kepada seorang sahabat yang baru membeli Travel Journal. Anda tahu anda siapa. (Welcome to the club!)

🙂

2 thoughts on “#11 – Layar Lara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: