The Importance of Being Ms. Hyde


::the notebook::

“At times i detest to talk about myself here. Feels so narcisisst. Untuk memuatnaik gambar-gambar diri berposing mosing pun dah rasa indakumau.”

Seperti Beyonce yang ada Sasha Fierce, seperti Dr. Jekyll ada Mr Hyde. Saya ada Ms Speckie. Alter ego peribadi saya.Itulah dia bercakap di perenggan pertama.

Minggu lepas dah start mood-y. Pakai kanta lekap, merah terus mata kanan. Jadi saya rasa apa salahnya saya rehatkan mata dan  benarkan Ms Speckie ambilalih buat sementara waktu kan?

Ini kisahnya pada satu hari.

Ms. Speckie telah hadir dalam Bengkel Native Speaker di The Gardens, Midvalley anjuran MHR Group yang dihadiri TPM, Dato Muhyiddin Yassin. Dari awal lagi dia rasa bagaikan ikan di luar air di tempat seglemeres itu.

Ms Speckie tak berbual sangat dengan orang yang baru kenal, duduk diam-diam. Bawa beg merah besar (yang satu-satunya indikasi bahawa alter ego terpendam). Mujurlah kursus ni memang keminatan, jadi dah bersiap sedia dengan G11 dan buku nota di atas untuk proses pendokumentasian, video atau gambar kerana pelaksanaan P&P akan berlaku tahun depan. Memang beriya ambil gambar dan video, siap tulis dalam gelap.

Ms Speckie dah biasa dengan sindiran dan perlian dari kaum sebangsa akibat ‘pulun’. Sewaktu rehat, dia keluarkan majalah yang baru dibeli tadi di MPH dan seorang rakan sekursus berkata ” Majalah pun bawak ker (selain dari kamera, air, buku nota etc dalam beg besar tu) ?”. Obviously, membaca masih belum mendapat perhatian di kalangan bangsaku.

Ms. Speckie tidak ada skill sosial seperti alter egonya, atau ketika hendak bercakap, lidah tersimpul. Simpan lama dalam otak, to and fro fikir nak cakap tak, akhirnya tak. Jadi dia hanya dengar, lihat dan senyum.

Walaubagaimanapun, dia gembira dapat bergambar dengan Mahathir Lokman dan berjumpa TPM.

Jika anda pernah berjumpa dengannya, maafkan dia kerana dia memang tak cakap sangat dengan orang tak kenal, malah nerves dan gugup. Tapi kawan-kawan terdekat dengannya kenal dengan diri saya yang sebenar, di dalamnya bagaimana.

Harini hari last Ms Speckie selama seminggu kerana saya benarkannya menyambut Aidiladha.

Jumpa lagi, okay beb?

**Raikanlah setiap mood anda dan perakuikannya. Because you are special in your own each way.**

(Harap anda tak ingat saya bipolar yer. Ini sekadar nukilan pseudo-fantasi.)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: