Cara Menulis Blog Gaya M-POP ;P


::penulis yang raja pada hatinya sendiri::

Dalam hidup mungkin kita kenali atau temui sahabat/kenalan yang hidupnya secara am kita rasa menarik, dan saya sebagai blogger selalu berkata dalam hati ” ish, kalaula dia ni ada blog cerita adventure dia, sure aku jadi follower lah..”. Yang saya selalu klik LIKE pada gambar-gambar adventurnya itulah. I won’t name names.

Seorang sahabat dulu dari unibersiti baru memulakan blog. “Minta tunjur ajar..” ujarnya jauh dari negara nun di sana, setelah sekian lama bermukim bersama isteri dan anak. “Its high time you should have one..” saya perli lucu.

Em. There are no fast or hard rules in writing. Tak ada cara/ format sebenar dalam menulis. Saya sendiri bukanlah se-M-POP Hanis Zalikha atau berjejari-runcing seperti seorang bekas tunang atlet negara atau sebiyutiful abang nara.Tapi ingin membantu juge:

ABCDE kemenjadian sesebuah blog sejakduamenjak:

A – Ada apa dengan nama blogpost?

Rasanya elemen paling payah adalah memberi tajuk kepada blogpost. Cuba tengok tajuk ni. Rasa ini pilihan yang ke lima atau enam. Pilihan lain:

1.Raja Menulis! 2. Tanya sama pokok 3. Tanya sama pokok, apa sebab tulis..4. mim nun lam ya sin.       (payah btulla)

Selalunya ada dua cara menulis, sama ada kita terus ada idea dari tajuknya, atau tulis sampai habisss……….baru bagi tajuk. Dengan cara ini, kita boleh petik tajuk dari the dalam kata-kata blog sendiri.

**Tajuk blog yang baik akan menarik perhatian pembaca. Percubaan kreatif perlu tinggi.

B – Berangan bersama gambar (atau video)

Elemen terpenting dalam setiap blogpost saya adalah (jika anda notis) gambar utama. Terdapat pelbagai kecerdasan, dan semua kita ada jenis kecerdasan sendiri. Cara saya adalah visual-spatial.

Ini bermaksud saya gunakan sesuatu gambar sebagai batu loncatan saya untuk menghubungkait kepada isi cerita. Ini juga membantu pembaca mendapat idea utama apa yang anda ingin sampaikan.

Jumlah gambar bergantung kepada (kerajinan) penulis. Jika anda hayati pemblogger yang glemeres, banyak gambar dimuatpapar. Saya pemalas sebenarnya.

* Visual yang besar dan jelas amatlah menarik perhatian.

C – Cer citer..cer citer..

Saya selalu guna quote. Enquote. Ini maksudnya saya ulang balik cerita perbualan dari seseorang. Contoh: seperti kata-kata Meet Uncle Hussain , “tanya sama pokok, apa sebab goyang?

Banyak idea tercetus dari kata-kata orang sekeliling. Elemen perbualan juga sesuatu yang menarik perhatian. Jika anda banyak tatapi novel, gaya quote-enquote ini juga banyak.

*Jika anda quote dari sumber tertentu, mintak kebenaran utk tulis nama sebenar. If not, letak A (bukan nama sebenar) atau anda ulas balik quote itu tanpa menyatakan sumber. Plagiarisme will come and bit you without warning okay.

D – Dunia (blog) ini anda yang punya

    Tulis untuk diri sendiri, demi kepuasan diri.Ingat bahawa kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita tulis. Gambar yang kita muatnaik. Video yang kita pertontonkan.

* Exercise caution. Jangan memperincikan kisah hidup seperti no telefon atau nombor rumah atau jawapan-jawapan kepada soalan sekuriti perbankan anda. Prevention is better than cure.

E – Ewah, berperibahasa pulak dia!

Okay, senjata rahsia saya. Saya suka olah kiasan, peribahasa, etc supaya ada rencah sikit dalam blogpost. Baru ada macam feel “oh M-Pop juge yer”. Hence nama blog sejakduamenjak.

“tahunan jagung “ -setahun jagung. “ “sebelum matahari naik dhuha” -sebelum pukul 9. “kepandaian tupai” – sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. you get the gist.

****Di penghujung hari, pengkritik terhebat bukanlah orang lain. Diri sendiri. Dengar kata-katanya.

Jika anda ambil masa lama nak publish blogpost anda, anda sunting sinisana, bold sini italics sana, saya rasa anda dah ada jiwanya.

Jiwa seorang blogger. Good luck!!***

4 thoughts on “Cara Menulis Blog Gaya M-POP ;P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: