Kisah Sebuah Bebelan


Ini bukan sebuah cerita hendak memalukan sebarang pihak. Nama pihak yang terlibat saya rahsiakan dan gambar-gambar yang dipaparkan saya edit.

Ini kisah pengajaran bagi saya seorang pengguna dan klien, dan juga kepada sesiapa yang inginkan pengalaman khidmat pelanggan yang terbaik bagi pelanggan-pelanggan mereka.

Mula ceritanya, pada bulan Februari saya telah dijangkiti satu demam yang berlarutan hingga awal Mac, dan harap dah sembuh dah. Saya demam ‘shopping online’.

Jadi setelah membeli beberapa perkara di alam maya dari dua syarikat yang berlainan, yang menggunakan sebuah perkhidmatan kurier yang nama saya rahsiakan disini, saya dengan sabar menunggu kejutan kegembiraan saya tiba dalam lebih kurang 2 hari seperti yang dijanjikan.

Orang perempuan biasalah tak sabar  *ciwi dengan benda-benda baru.

2 hari berlalu, kemudian 3, kemudian rasanya sudah hari  ke 4 saya tunggu, dan setiap hari saya check perjalanan bungkusan saya melalui perkhidmatan yang disediakan secara atas talian pada laman sesawang mereka. Sila perhatikan gambar-gambar di bawah:

Image

Image

Saya rasa perasaan anda seperti saya juga bengang kalau perkara-perkara yang ditunggu-tunggu tak sampai-sampai dan selalu ditulis ‘missed delivery’ – ” What the h*** is that??”.

One thing you should know about me, I like to write letters. One futher thing, I like writing complaint letters when it is due.  I know you are thinking at this point ; ‘what a whiner..” but read the this story until the end, then you decide. Yes, I am different that way.

Untuk kisah lebih lanjut, saya kepilkan e-mel saya kepada syarikat kurier tersebut sebelum pergi mengambil sendiri parcel saya di pejabat mereka :

Image

Bersama emel tersebut saya kepilkan bukti screenshot dari laman sesawang mereka sendiri. Kemudian saya pergi memandu sejauh 45 minit itu. Balik-balik, terus saya susulkan satu lagi e-mel ke syarikat tersebut:

komplen letter 2

Saya mendapat balasan elektronik dari robot komputer yang mengatakan lebih kurang macam ini ” jika anda menulis untuk memberi pujian, kami dahulukan dengan terima kasih, dan jika menulis mengenaikan aduan atau kritikan, kami akan cuba sehabis baik untuk membaiki perkhidmatan kami.”

Jadi masa berlalu. Saya puas hati dengan produk-produk yang saya beli haritu, dan (masih lagi!) tidak serik dengan perkhidmatan kurier tersebut, membuat lagi belian online.

Alhamdulillah, tak lebih 2 hari, saya sampai di pejabat, sudah sampai parcel saya di atas meja. Nampaknya aduan dan kritikan membina didengari juga.

Terima kasih kepada syarikat kurier tersebut kerana membaiki perkhidmatan anda dan mendengar keluh kesah pelanggan.

Saya nasihatkan juga, jika ada ketidakpuasan hati, janganlah sekadar mengumpat dan mengutuk di dalam laman sosial, ia tidak proaktif dan produktif. Sampaikan dengan cara baik aduan anda kepada pihak yang menyediakan perkhidmatan. Jika tidak, anda hanya baling batu, sembunyi tangan. 

Insyallah, apabila ‘kuota bulan baru’ ada, kita bertemu lagi, wahai perkhidmatan kurier. Harap tidak sebenarnya.

Harap bukan dalam emel, Insyallah.

(*ciwi – bila dapat benda baru, suka pegang, belek etc)

Blog at WordPress.com.