The Free Times of An Eccentric Introvert


Eksentrik melunaskan impian dalam kerjaya

Kata-kata aluan: Day 6 Hari Tanpa Nasi (jika nasi himpit dalam lontong semalam tak dikira nasi in the true-est sense). Ask me again why am I doing this ‘Hari Tanpa Nasi’ as opposed to Hari Tanpa Beg Plastik’  later when i have the time.

Di tatkala ini, dalam pemikiran adalah mencuci kulit kerang dan siput yang dikutip dengan jayanya sewaktu bercuti di Cherating hampir sebulan lalu. Dan seterusnya menggunakan gam kayu atau sewaktu dengannya untuk melekatkan ke bingkai-bingkai gambar yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan atas rak besi IKEA saya.

Secara jujurnya, saya sepatutnya membina satu lagi kertas peperiksaan untuk peperiksaan hujung tahun sebelum saya betul-betuk ‘bebas’ dari cengkaman kerja. Saya baru balik dari menjadi Pegawai Checkpoint Jogathon PSKPP Peringkat Daerah (seronok bukan tak seronok tengok orang fit-fit ni berlari…mengeluh pun ada).

Dan ini hari Sabtu. Minggu depan hari Sabtu saya juga ada kursus.  Dan saya masih di depan komputer menaip perkataan ini, ini dan ini. Anda faham tak kekalutan yang dalam minda saya ni?

Saya pulak tak ingat sama ada saya melibatkan diri tak dalam cabaran PostAWeek2012. Tahu tak cerita-cerita terbaik saya sekarang ada di mana? Berlegar-legar dalam minda tatkala saya memandu jarak jauh di antara lagu-lagu siaran Red, Mix , Traxx atau apa saja yang dipasang di radio; pagi tadi 20 minit ke Kuala sepanjang karaoke lagu Total Eclipse of The Heart merupakan ‘nukilan’ terbaik untuk haritu.

Wish you were in my head back then.

Saya dah layout gambar, susun perkataan, berlatihkan pepatah dan peribahasa semua dalam folder “sejakduamenjak’ dalam minda saya. Cuma sekarang saya perlu masa dan keadaan untuk memuatnaik semua ke sini.

Sebelum saya bergegas keluar buat kali ke-3 nya hari ini (and its not even 1pm yet!).. saya tinggalkan satu quote dari drama-comedy the Office:

(seorang penjual baru dan hensem Danny pernah keluar dengan Pam, isteri Jim sebelum mereka bertemu semula dan berkahwin. )

Jim: Kenapa kau tidak call semula Pam setelah temujanji ke 2?

Danny: Sebab dia nampak terlalu dorky.

Jim (dalam temubual peribadi depan kamera): He must be crazy. I’d marry that dork anyday.

Oh to be that Pam:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: