Say what??? You know what…


The Novel inside my Mind.

Say what?

Latihan sukan sebelah pagi, lepas rehat belajar. Petang pulak mesyuarat sampai 4 jam?? Setiap hari??

You know what?

Sangat suka aktif di waktu pagi, tetapi diri dan students sangat letih lepas rehat. Kemudian rasa “sakit”  selepas mesyuarat yang begitu panjang . Rancangan mengajar tak buat, belajar pun tidak. Caca meerba pun ada. Stress semua ada.

Say what?

Nak kena hantar itu ini dalam masa terdekat sedangkan hari penuh dengan aktiviti.

You know what?

Jadi saya tidur awal pukul 9.00 malam..bangun semula sekitar 3-4 pagi untuk pulun. Kena layan tidur dulu sebelum aktif semula sampai petang hari seterusnya. Dan kitar tersebut bermula lagi.

Say what?

Kena libasan cepumas selepas komplen terlalu banyak sangat beban kerja guru : ” Cikgu-cikgu dah bersumpah setia kan dalam ikrar guru, untuk melakukan sehabis baik tanggungjawab dengan sifat ikhlas ladidi ladida dll..”

You know what?

KPM patut buat macam cerita Enception, supaya siang hari kami guru boleh mengajar pagi dan petang meeting sampai maghrib, then malam kami tidur, dalam mimpi boleh selesaikan dokumentasi kesemua program yang sekolah terpaksa jalankan.

Say what????

seorang penceramah jemputan Israk Mikraj telah mengeluarkan kenyataan tersebut : ” seorang perempuan tidak boleh keluar rumah /berjalan seorang diri tanpa teman atau mahram..itu seperti mengangkat sepanduk ” Sila rogol saya”. Ya Rabb.

You know what?

Reaksi pertama rasa nak *^^$$# ja sebenarnya kerena datang dari seorang yang sepatutnya tahu lebih empatik. Seorang penceramah motivasi,  audiensnya kanak-kanak dan guru. Di mana letak budi bicara itu? Di mana letak sikap profesional? Di mana sikap sepatutnya cakap berlapik. Saya boleh fikirkan lagi ayat alternatif untuk memujuk dalam ertikata konteks isi  beliau ( rasa meluat pulak guna ayat beliau..). Saya hanya berdoa supaya dia bukanlah orang yang munafik yang hanya berlagak baik di depan, sedangkan isteri dan anak sendiri keluar berseorangan.

Nauzubillahminzalik.

Semoga ALLAH beri kesabaran yang tinggi kepada saya yang cepat “melatah” dan juga kepada kesemua sahabat terutamanya guru yang dalam stress kena selesaikan kesemua program-program KPM DAN melaksanakan core business iaitu mengajar. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: