Maybe Girl to Yes Woman (?)


The Jumper – Third Eye Blind (Yes Man)

Pada awalnya, sebab pertama saya pinjam DVD Yes Man lakonan utama pelakon komedi unggul Jim Carey adalah hendak menyaksikan scene dia menyanyikan lagu The Jumper nyanyian Third Eye Blind, lagu kegemaran saya di kala remaja dulu.

(Ya, sebab-sebab saya menonton sesuatu filem kadang-kadang rasionalnya tak di sangka).

Kemudian, tontonan kali kedua ini saya seperti “Wow”.

Wow bukan bermaksud ia sepatutnya mendapat anugerah oskar di atas pendedahan kisah humanitarian atau kesan efeknya, atau pelakonnya yang bijak membawa watak.

Wow kerana watak Carl adalah watak yang kita sedia sedar dalam diri , atau saya sedia sedar diri sendiri kadang-kadang.

Carl (Jim Carey) adalah seorang yang sentiasa mencari alasan untuk tidak melakukan sesuatu..sama ada dia memang mengelat (sesuatu yang sengaja akibat malas) atau mengelak (masalah behavioural yang akibat rutin dah terbiasa) itu tak pasti.

Saya sendiri kadang-kadang apabila berhadapan sesuatu yang baru atau di luar zon selesa, pada mula sekali akan mencari sebab untuk tidak melakukannya . Kalau menjawab ajakan lebih kepada Maybe daripada Yes/No.

Kembali kepada kisah Carl yang sudah bosan dengan hidupnya yang semakin merudum, akhirnya menyertai seminar “Yes Man” di atas ajakan teman lamanya yang super-aktif dan sangat upbeat. Maka telah mengikat satu “janji” dengan Guru seminar tesebut supaya mengatakan Ya kepada sebarang permohonan dan ajakan yang sampai kepadanya.

Di sepanjang filem ini penuh dengan kisah bagaimana dari permulaan susahnya nak cakap Ya kepada perkara yang di luar rutin membawa kepada sesuatu yang di luar jangkaan dan pengembaraan yang agak menarik dan lucu. Party Harry Potter, dating dari website persianwife.com . meluluskan pinjaman mikro kepada kawanya yang hendak memilikiti motor Ducati. Walaupun, di sepanjang itu ada juga liku dan kepayahan hasilnya, tetapi ia tetap membawa kepada perubahan positif kepada diri Carl. Dia belajar gitar, bahasa Korea dan juga sukarelawan di pusat gelandangan. Dan akibat dia berkata Ya kepada bekerja pada hari Sabtu, dia telah dinaikkan pangkat oleh bosnya.

Tapi kudos saya berikan kepada watak teman baiknya yang sentiasa tanpa penat mengejar Carl untuk “berinteraksi” dan “berkomunikasi” di luar dunia hermitnya, walaupun telefon berkali-kali tak dijawabnya , bukan kerana nak menjauhkan diri, tapi Carl pada mulanya susah nak jawab Yes kepada option telefon ” Answer Call?”.

Sahabat yang sentiasa percayakan dan memberikan dorongan supaya diri jadi lebih baik dari yang sebelumnya, dan sahabat yang akan kata ” tak palah, sekurang-kurangnya kita cuba..” dan senyum, kemudian kita rasa ” Alah, apala aral ni sikit ja..i still have my friends”.

Saya akan cuba untuk menjadi Yes Woman dari Maybe Girl sebelum ini. Bismillahi tawakaltu.

Who knows right? I still have my best friends to fall back to.

Insyaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: