Gurindam Jelapang Padi


Hanya di ALor Star. Must eat selepas Laksa Kuala Kedah dan Nasi Ysmeen Pokok Ceri

 

Lega rasa hati… bila tengok banyak kereta di jalanan yang plate nombor mula dengan K. Kali terakhir itu berlaku tatkala berada di Brunei. ( Brunei menggunakan plate bermula dengan K juga..)

Serabut rasa kepala ..bila orang di sini bila janji pukul 7 malam maksudnya pukul 10 malam.

Lega rasa hati ..bila bukak mulut dan cakap, sama ‘bahasanya’. Tak perlu ” oh ye ke..?”

Serabut rasa kepala… bila kena ayat “oo orang Utare..masih lekat lagi loghat sane walaupun dah lame merantau ek..” nada perli . I will always speak like this. Deal with it. Pak Ji saya selalu perli “Kite..kite..ni mai mana ni?”.  Spoken like a true blooded Kedahan.

Lega rasa hati ..bila tengok harga makanan kat sini masih murah dan kekal (lebih kurang) sama 5 tahun dulu. Nasi Ayam sedap depan SK Sultanah Asma masih kekal rm 4.00 satu set!

Serabut rasa kepala..bila sesat depan flyover baru depan Kolej Sultan Abdul Hamid yang baru bukak 1 minggu lepas. Ingat boleh pusing kot bawah, rupanya kena naik kot atas nak tembus ke pekan!

Lega rasa hati...bila tengok boleh lepak kat rumah sepanjang hari dan buat marathon VCD/DVD lama.

Serabut rasa kepala..dan badan sebab lately Kedah ni panas btui siang dan malamnya.

Lega rasa hati ..bila di sini dah dekat dengan Langkawi, Penang, dan yang paling penting..Padang Besar!

Serabut rasa kepala ..bila tengok jalan-jalan penuh dengan construction dan semakin kecik.

Lega rasa di hati..sebab, home sweet home. That’s all it matters.

6 thoughts on “Gurindam Jelapang Padi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: