Midterm Melankolik


Neves sebenarnya.

Besok bakal ‘berinteraksi’ dengan ibu bapa murid untuk penyerahan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Masuk kelas sendiri tadi comot.

Operasi kemas dan mencantikkan kelas, kerah tugas semua murid.

Termasuklah ambik pemadam pensel padam bekas kotoran tapak kaki di dinding saya.

(You do the crime, you pay the time ..tapi masih the boys play soccer in class. Kids will be kids)

Mahkota lebihan (yang budak tak mau bawa pulang)  hasil majlis Fun Fairytale haritu saya lekatkan di atas papan putih sebagai pengemas dan art-decor.

Stapler gun sana, stapler gun sini.

Saya melangkah keluar dengan mood yang lebih konfiden.

Sedang saya hendak bergegas ke kelas seterusnya, naik tangga ke kelas atas, nampak Cikgu M berdiri tegak di tepi pintu melihat ke dalam kelas. Semua murid dalam kelas berdiri.

Saya rasa sesuatu tak kena. ” Kak M, pasaipa??”.

Penolong Ketua Kelas menjerit, “Cikgu! Ada ular dalam kelas!!”

“Ha??”. Saya baru ja keluar dari kelas itu 1/2 jam sebelumnya?!!!

Saya takmau timbulkan kekacauan lagi kerana semua murid di kelas lain sudah keluar kerana saya menjerit di tepi tangga.

Saya jengah dari atas balkoni ke bawah, nampak ular tersebut telah lembik (dipukul?) ditolak ke arah longkang…hitam dan sederhana.

Cerita dari Cikgu M ; ” Akak sedang duduk di meja guru, then rasa ada benda tengok..pusing-pusing tengok dia dok jengah kepala dari belakang almari dah…”

Macam nak pengsan!! Saya baru suruh budak-budak kemas almari tu tadi tepi saya.

Entah brapa kali dia jenguk saya tadi??!!

Ya Rabb, Alhamdulillah telah selamatkan aku dan anak muridku. 

“Ya ALLAH, aku berlindung dengan kalimah-kalimahMu dari kejahatan makhluk-makhluk ciptaanMu”

Amin.

Sungguh memerlukan cuti semester ini.

I need a vacation really bad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: