Tu Tice Wit Lev


Hari Guru 2012.

Perayaan yang tergesa-gesa akibat sampai surat perlu juga meraikannya pada 16 Mei walaupun sebenarnya merancang pada tarikh yang lebih lewat.

Dalam kekalutan menanda kertas ujian peperiksaan pertengahan tahun, berjaya juga berlangsung yang majlis  low profile.

Low-profile maksud bagi saya memang tiada gambar langsung diambil.

Tapi tetap bersejarah sungguh.

Ingin saya kongsikan beberapa kad ucapan hari guru DIY dari murid saya. CHOM-ELL.

:: i heart you too::

:: i heart you too::

Ceritanya : Saya merupakan guru kelas kepada kelas yang sebelah koperasi sekolah. So kebanyakan budak-budak ada akses yang dekat dan cepat kepada ‘barang mentah’. Satu perkara yang baik dan buruk pada waktu yang sama.

Si comel di atas merupakan one of those really good behaviour students. The ones that when everyone talks and jumps and run in the classroom, and you turn around to shout “Eiiiiiiiiiii!!” and you would see her at her own place being really silent and doing her own stuff.

Dia adalah antara 2 budak dalam 41 murid yang secara amnya memang penyengap.

Rupanya dalamannya merupakan artistik. Dia mengingatkan saya kepada diri saya yang semasa kecik dulu. Suka buat kad-kad cenggini.

I loike.

::tice::

Originality : Check. Minimalistik : Check. Ejaan : Boleh dibaiki lagi. Kecomelan : 101% (kat tice tu)

Kad dibuat dari kertas putih A4. Dilipat supaya kad dapat dibuka macam 2 pintu. Mungkin secara tak sengaja kad telah tergam di bahagian dalam dan tak dapat dibuka.

Maka pengirim : Misteri.

(I hope that snake does not indicate anything about my character. Kids are direct and not double-meaning like adults…i hope.)

Secara jujurnya, zaman sekarang kanak-kanak mana ada pantun empat kerat macam kita tulis zaman surat (lambat macam) siput kita.

Lewat pagi 15 Mei itu saya bagi budak-budak ni kertas untuk buat kad, dan cadangan menghias , termasuklah saya ujarkan guna pantun seperti ” pecah kaca pecah gelas (and so on..”. Ingatkan tak ada yang dengar.

For the record, saya tak pernah pakai bunga di tudung  ke sekolah kecuali brooch yg mikro ja di kepala. Dan tak pernah pakai short sleeve, k. Sekadar illustrasi.

Tapi rasa sangat comel yang apabila budak ni lukis saya, dia juga lukis dirinya merupai saya.

Ini seorang gadis cilik yang cuba ‘menambah’ saya di Mukabuku atas pencarian di Mukabukunya sendiri.

Dan apabila saya mengajat tajuk Hobbies, saya bertanya ” Do you know what do i collect?”. Dia jawab ” Selendang!!”.

Hampir tepat. (Jawapan dalam minda ialah kasut crocs).

Yang paling emas adalah lirik lagu di atas yang saya rasa lagu sukatan matapelajaran muzik.

Terasa dejavu macam lirik perkataan yang saya selalu cakap kalau taktau lirik : “ladidi ladida..”

Kepada kamu, anak muridku, cikgu takkan add kamu di FB sampai kamu cukup umur.

Tetapi terima kasih diatas kesemua ucapan dan nukilan dan hadiah jujur kamu.

You are the reason i become a teacher.

Selamat Hari Guru buat semua guru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: