Mencari Adiwiraku


adiwira perkasa

Untuk katakan saya menunggu mereka bersatu di skrin setelah sekian lama, ya juga.

Mungkin kerana rindukan keperkasaan Thor dan juga karisma Tony Stark dalam filem-filem lepas.

Saya bergegas dari kenduri sebelah rumah pada pukul 2.30 petang ke Kuala  Selangor untuk tayangan pukul 2.45 seperti  “driving like the devil”. 

Sampai-sampai saja dah mula hampir 5 minit. Ibu dah gembira sebab sudah dapat popcorn.

Saya gembira kerana akhirnya sampai juga.

Walaupun Hulk telah bertukar tangan dari Eric Bana ke Edward Norton ke akhirnya hero romantik Mark Ruffalo, yang saya rasa berjaya membawa watak lelaki yang bijak tetapi di bawahnya adalah bom berdetik.

Walaupun saya terkilan tak sempat tengok Ironman 2 dan Captain America.

Epik juga rasanya. Goosebump melihat adiwira-adiwiraku bergabung tenaga dan kuasa super unttuk menewaskan Loki, dewa jahat, abang tiri Thor.

Sukakan unsur humor yang terselit, tanpa kering gusi.

Tatkala Hulk membelasah teruk Loki yang membebel berlagak dan riak pada mulanya sangatlah sakit perut ketawa, mungkin kerana kita semua pernah berdepan dengan orang sebegitu dan ingin memperlakukan sedemikian.

Tapi yang paling saya ingatwatak Agen Phil, yang ajen SHIELD biasa yang minat Captain America dan mempunyai trading cards yang ingin diautograph sendiri oleh idolanya pada awal cerita.

Teringat saya tatkala saya curi-curi baca komik Marvel  abang saya. Komik X-Men dan Spiderman dan Punisher dan Venom dan banyak lagi secara senyap-senyap kerana abang saya garang dahulu.

Saya pembaca yang rakus. Satu demi satu demi satu saya tarik dari susunan yang cantik kemudian kena marah kerana tidak susun dengan elok semula.

Terpahat di ingatan kotak-kotak komik dengan adegan aksi dilukis. Dan majukedepan hampir 20 tahun kemudian saya lihat mereka di skrin besar.

Jauh ke dalam, rasanya saya seperti Phil, walaupun dah besar panjang, masih meminati adiwira-adiwira perkasa.

Terima kasih kerana menceriakan dan memberi semangat segar.

Kepada Thor, Ironman/Tony Stark, Dr. Brennan, Black Widow, Hawkeye,Captain America.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: