#27 – Masalah, masalah


” A problem that you’ve had”

Day 27.

Blogging untuk 30 tajuk yang diberi rupanya bukanlah semudah yang disangkakan

Apatah lagi kena selesaikan dalam masa 30 hari!

(Saya pulak sedang menaip dengan mata *ceme sebab tertinggal spek mata saya.)

Satu cabaran yang hebat memandangkan tahun ini adalah permulaan untuk saya hantar Rancangan Pengajaran Harian saya dalam bentuk ditaip dan dicetak setiap hari.

Memandangkan dahulu, di Sarawak saya sangatlah banyak waktu lapang untuk blogging pada hari minggu; hujung minggu yang jarang-jarang ke mana-mana.

Maka banyaklah masa untuk berkarya.

Realitinya sekarang hidup saya pada hari minggu sebegini:

4.00 pagi – Bangun pagi, menaip kerja dan siapkan ABM (jika mampu)

6.00 pagi – Menyiapkan diri

6.45 pg – Sarapan

7.00 pg – Berkejar ke sekolah

7.30pg – 1.20 tgh – kelas- kelas yang sejam/1/2 jam durasinya  dengan hanya 1/2 jam break

1.20 ptg – Balik

2.30 ptg – kembali ke sekolah utk aktivti petang/ meeting etc

6.00ptg – Balik

6-9.(atau awal lagi) – Rehat atau Earth hour sampai the next day.

Hujung minggu/Cuti panjang sedikit sambung pula sebegini:

::masa kualiti bersama keluarga::

::menjalankan tanggungjawab sebagai mak ngah - peluk . cium, dan gomoi dan picit kuat2 khalil amshar::

::menjalankan tanggungjawab sebagai pengapit (konon) ..lagi dan lagi..::

Bukanlah saya mengeluh ini MASALAH sebenarnya, saya tersenyum sebab Masalah saya menghabiskan cabaran blogging ini adalah beberapa perkara lain yang life fulfilling mencuri masa.

Kemudian saya dah terlalu letih atau habis akal untuk mengarang.

Ada hanya 3 blog lagi untuk saya habiskan cabaran ini.

Akan saya raikan penghabisan ini dengan satu perubahan, Insyallah.

Masalah, masalah, huh.

Baru mula nak taip RPH. Earth Hour lambat skit malam ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: