#24 – Pride and Prejudice


“Your favourite movie and what’s it about”

Jiwa romantika di amor dan Jane Austen tak dapat dipisahkan.

Tak pernah jemu saya nak tonton lagi dan lagi dan lagi.

Filem ini merupakan adaptasi dari karya agung beliau, Pride and Prejudice, yang juga menghasilkan karya Sense and Sensibility dan juga Emma.

Keluarga Bennet terdiri daripada Encik dan Puan Bennet yang mempunyai 5 orang anak perempuan, di mana pada zaman itu, adalah penting untuk mengahwinkan anak dengan orang-orang yang berkepentingan.

Encik Bennet adalah seorang lelaki yang laidback, berbeza dengan karakter Puan Bennet yang sangat sibuk ingin menjodohkan anaknya dengan prospek-prospek yang ada.

Walaubagaimanapun, karakter utama filem ini adalah Elizabeth Bennet, anak tengah keluarga ini yang dengan jayanya dilakonkan oleh Kiera Knightley, adalah seorang gadis yang berupa biasa-biasa, berjiwa memberontak dan inginkan cara tersendiri. Berbanding kakak cantiknya yang lemah-lembut, dan pemalu ; Jane (Rosamund Pike) dan adiknya ; Kitty; (Carey Mulligan )yang seorang lagi yang remaja, berani dan go-getter, Elizabeth merupakah karakter yang kita sedia memahami anak tengah.

Kehadiran Encik Bingley dan kakaknya Miss Bingley yang kaya ke kawasan tersebut telah mencetuskan satu usaha dari Puan Bennet untuk menjodohkan Jane dengan Encik Bingley. Walaubagaimanapun, Miss Bingley yang sombong menganggap Jane tak cukup sekufu dengan adiknya.

Hadir Mr. Darcy sebagai teman baik Encik Bingley yang menghadirkan satu love-hate relationship aura kepada drama perhubungan antara Jane-Mr-Bingley, dan juga Mr. Darcy kepada Elizabeth sendiri.

Kemelut  dalam diri ,antara apa yang Elizabeth mahu dan kesediaan atau tidak ; diulas dalam kehadiran sepupunya,Mr. Collins melamarnya. Dia langsung menolak. Tidak cukup dimarahi ibunya, Elizabeth terpaksa menghadapi kenyataan yang Encik Collins terus melamarkan kawan baik Elizabeth , Charlotte. Bukan kerana cinta, Charlotte mengahwini Collins kerana inginkan masa depan yang lebih baik.

Hadir juga Mr. Wickhams , seorang soldadu yang karismatik tetapi diselindungi dengan kisah silam yang tidak baik bersama Encik Darcy. Dalam perantaraan bibit-bibit perasaan dengan Mr Wickham dan ketidakpastian dengan Encik Darcy, adiknya Kitty telah melarikan diri dengan Mr Wickham dan menunjukkan belangnya yang sebenar.

Drama demi drama. Adiknya pulang setelah berkahwin dengan Mr. Wickham, makcik Encik Darcy yang tak suka anak saudaranya bersosial dengan orang kelas bawahan, dan juga kegugupan Encik Bingley dalam ingin meluahkan perasaan kepada Jane.

Adakah all wells that ends well? Jane dapat berkahwin dengan Encik Bingley, dan Mr. Darcy dapat menurunkan egonya dan mengaku perasaannya terhadap Elizabeth?

Akhiran cerita ini harus ditonton sendiri oleh anda, kerana bukan sahaja barisan pelakon yang hebat, tetapi alunan lagu klasikal berlatarbelakangkan pemandangan cantik England merupakan satu rollercoaster jiwa dan perasaan.

Untuk quote Charlotte: “Not all of us can afford to be romantic, Lizzie.”

Once in a while. Once in a while. hmm.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: