#18 – 2010,2011…hello 2012.


“#22-How have you changed in the past 2 years?”

:: time after time::

Assalamualaikum. Sudah Februari, saya tahu. Dan ini baru blog pertama saya untuk 2012.

2010 merupakan tahun yang bergolak bagi saya, dan juga pemangkin kepada proses transformasi diri yang sudah tercetus pada tahun sebelumnya.Dari Limbang, Sarawak ke Ijok, Kuala Selangor.

Salah seorang teman serumah saya pada waktu itu rajin membaca Al-Quran setiap kali habis solat. Kadang-kadang saya sedang melepak dalam bilik saya yang bertentangan dengannya, alunan bacaan itu melewati bilik saya itu kadang-kadang disisipi dengan kesyahduan.

Tercetus sesuatu dalam hati saya. 1. Yang saya sebelum ini tak pernah khatam Quran hendak sudah meniti usia 3-series 2. Yang sepertimana sahabat saya berniat menyedekahkan bacaannya kepada arwah keluarganya, saya menilai semula peranan saya sebagai anak kepada bapa saya juga yang tiada…

Antara 3 perkara yang dapat membantu kita di alam barzakh, adalah doa-doa anak.

Maka bermulalah satu perjalanan pencarian jiwa.

Pencarian erti kehidupan dan menemui bahawa doa itu adalah senjata orang Muslim, dan dengan kepercayaan yang tegar kepadaNya, Insyaallah, life is smoother and easier.

Dalam keterjengkekan saya membaca Kalamullah itu, Alhamdulillah, banyak miracles yang berlaku yang menguatkan lagi keimanan cetek saya ini terhadap Yang Maha Berkuasa.

Sekarang saya lebih tenang, lebih pemaaf dan lebih redha dengan ketentuan berbanding dengan diri saya 2 tahun lepas. Dan setelah slow and steady, saya berjaya khatam Quran tahun lepas.

Dan Insyallah, azam tahun ini sempat sekali lagi mengkhatam.

Secara profesional, saya lebih sibuk dari tahun-tahun lepas, kerana tahun ini saya menjadi guru kelas tahun 2A. Rancangan pelajaran harian tahun ini pula perlu ditaip maka masa akan banyak habis depan komputer.

But, i love it. I love being a class teacher.I love my job despite some small complaints.

I have a class now to decorate! And decorate it i did!

Tapi itu cerita yang lain untuk blog yang hari berlainan.

Jadi, stay tuned friends, as i try to finish my challenge and my pledge to PostAWeek 2012.

Jumpa lagi di lain masa.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: