#13 – Su go i!


” Somewhere you like to move or visit”

:: Japanese Garden in Autumn::

(Ranking #2 dalam senarai ” Tempat Yang Hendak Pergi. No #1 itu Insyallah jika terima jemputanNya. Amin.)

Terlalu banyak perkara mengenai Negara Matahari Terbit ini yang saya ingin lihat dan alami dan jejaki.

::Geishas in kimono::

Sebuah negara yang penuh dengan sejarah dan tragedi.

Sebuah bangsa yang sungguh berjaya, jatuh ketika dibom di Hiroshima dan bangun kembali sebagai salah satu negara terhebat di Asia dan dunia.

::Nengajo - bukan bahasa Kelate, tapi kad ucapan Selamat Tahun Baru yang menjadi tradisi tahunan

Jatuh kembali lagi ketika tsunami baru-baru ini, tetapi kisah-kisah kemanusiaan yang sampai kepada saya melambangkan betapa tabah dan berhemahnya rakyatnya mengekalkan tradisi dan kesopanan tatkala dilanda kemelut tragedi yang hebat.

::Fish Windsock (ada 3 'ekor' depan rumah sewa saya :)- from Okinawa Sona's flicker::

Sebuah negara yang begitu kaya dengan nilai-nilai tradisional, tetapi juga sangat maju kehadapan dari segi teknologi dan komunikasi.

Sungguh kreatif dan geliga, dari segi semua benda termasuk sekadar makanan anak-anak ke sekolah!

Mana tak saya pergi sebuah kedai RM 5 barangan Jepun di The Curve, masuk sahaja rasa nak beli semua gajet. Perkara-perkara yang tak terfikir pun boleh ada penyelesaian kepada permasalahan yang kita sendiri tak sedar!

:: Bento - Japanese traditional-food-arrangement-lunch-box::

Keberanian sejarah di medan perang dahulu ditranslasikan mereka kepada keberanian dalam gameshow-gameshow yang ntahpapa tapi terhibur, mungkin untuk menghilangkan stress rakyatnya yang workholic.

::Japanese Game Show - Human Tetris::

Tak lupa juga dari segi keberanian fesyen, Jalan Harajuku telah terkenal dengan gadis-gadisnya yang telah dipopularkan oleh Gwen Stefani.

::Harajuku girls::

 Akhir sekali, jangan lupa Duta dan Duti utama Jepun ke negara-negara lain, drama-drama bersiri mereka yang menyayat hati.

Seperti lagu tema cerita Beautiful Life, kegemaran saya sampai sekarang.

Yeah, siapa tak mengeluh tengok Takuya Kimura dulu?

**Su go i  maksudnya “cool”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: