#4 – Does my head look big in this Hijab?


“Your views on religion”

gambar dipetik dari BIMBsecurities

Besok semua Muslim dan Muslimat seluruh dunia akan menyambut tahun baru, 1433H.

Seakan kebetulan dengan konteks pembicaraan mengenai keagamaan.

Saya memang seorang yang percayakan manusia perlukan agama dalam konteks kehidupan dan ia tak boleh dipisahkan dari setiap unsur kehidupan kita.

Saya sentiasa hairan bagaimana sesiapapun yang hidup di dunia ini boleh menjadi ateis, tidak mengaku bahawa terdapat satu Kuasa yang lebih Besar dari kita sendiri yang mentadbir kita dan segalanya.

Boleh mempercayai semua kejadian di dunia adalah  ‘kebetulan’ dan selepas kita mati, itulah saja. Tiada syurga untuk yang baik hidup selama-lamanya dari hasil kebaikannya, dan yang jahat dibalas penyeksaan di neraka. Mati fizikal adalah titik noktah sebenar-benarnya.

(Cuba bayangkan jika dunia ateis itu benar..mesti penjenayah/perogol yang tidak disabitkan di mahkamah dunia bertempik sukaria kerana tiada neraka untuk mereka. Adilkah dunia sebegitu?)

Seseorang yang boleh hidup di dunia ini dengan senang lenang. mengaku tidak beragama.tetapi akhirnya ketika dalam kesusahan yang amat akan juga duduk bertelaku, dengan tapak tangan disatukan, dari benak hati akan berkata ” Ya Tuhan, jika Kau boleh dengar aku, bantulah aku. Bantulah!”

“Oh, God!”

Kita semua dicipta sebagai khalifah di muka bumi ini, dilahirkan dengan perasaan intrisik yang memerlukan Maha Berkuasa.

Kita makhluk yang terpilih untuk diberikan otak, fikiran dan nafsu..maka adakah kita perlu menurut dan menyembah selain dari yang Terhebat?

Perlukah kita meminta dan merayu dari manusia biasa sedangkan ada Maha Berkuasa yang sepatutnya kita minta?

Short term loss for long term gain.

Berkorban masa di dunia untuk mengutip saham di akhirat.

Mahukah kita menyesal tak boleh diulang semula hidup di dunia hendak mengumpul pahala tatkala berkumpul semula kita semua di akhirat?

We dont live here forever.

We are going to live forever in the hereafter.

Kepada terutamanya diri saya:

Hijrah itu Permulaan. Hijrah itu Pengorbanan. Hijrah itu Persaudaraan. Hijrah itu Memupuk Perpaduan.

Wallahuaqlam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: