November: Graduasi Kelas 2011


Le' Carnivale 2011

Terngiang kata-kata terakhir Guru Besar sekolah lama saya sewaktu saya berjumpa dengannya sewaktu serah tugas. Beliau dengan nada suram, walaupun dengan berat hati nak tengok saya pergi, tapi beliau ada berkata dalam cara yang lain adalah kebaikan dari segi profesional saya untuk berpindah.

Supaya saya boleh mempelajari sesuatu yang saya tak akan dapat pelajari dari sekolah itu sendiri.

Dari seseorang yang berasal dari kawasan pedalaman, sehingga sekarang pada usia lebih 40 tahun berjaya mendapat ijazah sarjana muda, saya simpan dalam hati ucapan selamat tinggal itu walaupun berat hendak meninggalkan tempat mula-mula bertapak.

Kebarangkalian besar saya rasa dekat di hati kepada kelas Tahun 2C adalah kerana mereka mengingatkan saya kepada murid-murid di Limbang dahulu. Bukanlah dikatakan kelas A dan B tidak dekat, tetapi pada azalinya mereka sudah murid-murid lebih bijak, maka mengajar mereka terasa lebih senang dah lancar.

Pengalaman pertama mengajar murid pelbagai tahap merupakan kelam-kabut pada kali pertama. Sebelum melangkah ke dalam kelas perlu melakukan beberapa adjustifikasi supaya tidak terlalu senang untuk kelas A dan tidak terlalu susah untuk kelas B.

bakpo gak wei..

Kelas 2C. Tak boleh berbicara mengenai mereka tanpa tersenyum sorang dan ketawa macam orang gila sengsorang.

They are not the brightest bunch, but they really can make it up with their ‘never say never attitude’.

Dari pengalaman tahunan jagung saya, selalunya jika murid-murid yang kurang bijak dalam pelajaran, mereka akan mempunyai peribadi yang lebih menarik untuk menimbal ‘kekurangan’ itu.

Dari si A yang seorang yang ‘kecek kelate’nya dengan sedikit gagap-gugup, yang kepala hangin merajuk bawah meja, dan si I yang menangis spontan jika sebarang perkara yang tidak dapat dibuat(termasuk tak makan apple), si hensem J gigi kuda yang putih melepak pandai sedangkan adik beradiknya semua kulit gelap kepada si H berupa Giant cerita Doraemon tapi sungguh comel dan berhati lembut. 24 orang dengan 24 watak yang berlainan.

Mereka pandai mengambil hati dan lebih bijak dari segi EQ. Tulisan di atas papan hitam dalam gambar di atas adalah hasil usaha mereka sendiri.“Teacher, teacher, kami buat surprise..” “SHHHHHHHHHHHHH…” si H dan Z suruh kawannya senyap pada awalnya. Terharu saya, sangat terharu.

Akhir-akhir ini saya buat program Bacaan buku yang dimuatturun dari Starfall.com, dan hampir semuanya menunjukkan semangat yang sangat tinggi untuk menghabiskan dan melancarkan bacaan. Alhamdulillah, mungkin terasa tercabar dengan si HA yang menang saguhati kategori bacaan Kumpulan Pemulihan.  (I’m really proud of you , by the way HA!)

“Kamu nak tau sesuatu tak…”

” Apa dia teacher?”

” Dalam semua-semua kelas, kelas kamu yang paling cikgu sayang..nak tau kenapa?”

” Kenapa teacher?”

” Sebab walaupun kamu dalam periksa kurang sikit, tapi kamu berusaha nak cakap jugak Bahasa Inggeris.. sebab tu cikgu sayang..”

“THANK YOU TEACHER!!”

yo, whadup

Saya banyak belajar dari mereka, supaya dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.Supaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada harapan dan kepercayaan, di situ ada kejayaan.

Terima kasih di atas masa dan tunjuk ajar kamu semua 2C.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: