Soalan untuk Istiqarah


::jangan terjun dulu....::

Dia memandang saya dengan sinis dan ketawa lalu meneruskan perbualan dengan rakan saya yang lain.

Kadang-kadang reaksi itu yang saya dapat apabila berhadapan dengan jawapan saya dengan permasalahan yang membuntu dari orang lain.

Dia mengalami masalah untuk memilih antara dua rumah yang hendak dibelinya. Saya unjurkan supaya dia istiqarah.

Persepsi yang selalu timbul apabila diunjurkan beristiqarah, yang diingati hanya ketika memilih jodoh.

Saya akui perkenalan saya dengan solat dan doa istiqarah saya tatkala saya dalam kebuntuan dulu yang amat mengenai persoalan hati. ” Kak, macamana ni?” ” Istiqarahlah, lisa…insyallah”.

Melalui istiqarah saya telah diberi satu kekuatan yang kental untuk maju dengan pilihan saya, redha dengan takdir dan akhirnya tenang hati dengan ketentuan-Nya. Alhamdulillah.

Istiqarah kembali tatkala hendak memilih tempat hendak berpindah..tekad dan bulat hati memilih kawasan yang saya sendiri tak pernah sampai, dan hulu banat mana lagi, seperti kata adik beradik dan saudara mara.

Pada mulanya, saya tertanya-tanya. Namun setelah masa berganjak, lama-kelamaan satu demi satu perkara timbul yang menyebabkan saya rasa ,” oh, wow….”.

Setelah 3 bulan saya duduk di sini, abang saya kembali ke malaysia dan tinggal hanya 40 minit dari tempat saya.

Salah seorang makcik saya ditakdirkan , (Insyallah, Amin), bermenantukan orang kawasan dengan saya tinggal.Dia yang pada awalnya berjenaka yang ‘hulu banat mana ni..’ mengetawakan diri sendiri atas ‘takdir’ ini.

Lebuhraya LATAR siap dibina selaras dengan tahun saya bermaustatin di PPD Kuala Selangor, memudahkan perjalanan balik ke kampung halaman dan bertemu keluarga.

Kini hujung-hujung minggu, kami sekeluarga termasuk ibu saya dapat ditemui di dalam kawasan yang sama.

Jika saya memohon balik ke negeri sendiri, entah tidak setiap hujung minggu dapat bertemu semua ahli keluarga.

Takdir yang Dia telah tuliskan dengan Maha Elok. 

Sedang saya bualkan mengenai istiqarah dengan kawan saya di McD hari itu, saya jengah ke luar tingkap kacanya ke arah kereta saya yang comot akibat diparkir di bawah pokok selama 3 hari, dengan dedaun dan bebuah melekat di windshield.

Terngiang dalam minda , ” Ya ALLAH, kesian kereta aku ni. Bantulah aku ( mengatasi kemalasan membawa kereta ke carwash)”.

Kemudian hujan turun dengan lebatnya selama 3 jam perbualan di McD itu, dan saya keluar melihat kereta sudah ‘tercuci’.

Alhamdulillah.

Istiqarahlah dan berdoalah kepadanya dalam apa jua hal. Insyallah.

Surah Al-Mukminun –

“Berdoalah kepadaku, nescaya aku akan aku perkenankan bagimu..”

***Doa Istiqarah.**

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon

takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat

besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan

Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui

segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini

adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta

kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta

permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui

baha perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di

dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya

serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.

Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: