Dendang Syawal


Semalam dalam perjalanan pulang ke negeri bekerja, dapat SMS dari seorang rakan profesional.

“…I have exciting news to share…” dalam kiriman mengingatkan saya akan pertemuan kami besok hari, pada hari pertama bekerja.

Saya tidak balas SMS itu kerana dalam kesibukan memerhatikan jalan sebagai ‘pembantu-pemandu’ dan juga bergilir-gilir sebagai pemandu, di sepanjang 400 lebih km Utara Selatan Lebuhraya.

Saya dan adik bertolak seawal pagi yang mungkin, sebelum matahari naik dhuha. Alhamdulillah perjalanan sepanjang-panjang jalan, walaupun berhenti 2 3 kali, sampai dalam 4 jam lebih.

Saya mengelamun panjang sepanjang 22km lebih lebuhraya LATAR yang sekarang sehala exit Rawang Selatan ke exit Ijok dicas RM8.20. Carik dompet faux Anna Sui daku.

::cubaan untuk 'juah' di kalangan saudara mara::

Mengelamun bukan sebab faktor kewangan. Mengelamun merindukan anak menakan serta keluarga dan sahabat handal (kenapa handal a?).

Mengelamun mengenangkan kembali kepada suasana kantor yang kurang menyenangkan.

Syawal ke 7 rata-rata , murid masih lagi berjiwa Raya 1st. Tajuk Food, Fruits and Vegetables sesuai dengan mood makan mereka. Ada seorang budak tersilap pakai baju melayu bercorak kain baju kurung  berbunga-bunga kuning ( sampai hati ibunya buatkan dari kain baju kurung ..huhu).

Suasana di luar bilik darjah agak genting.

Pertemuan petang bersama rakan profesional yang agak kamceng sejak beberapa menjak itu mengejutkan.

“Im quitting this post.”

What? huh? aaa..What?

“I had received a new job in my hometown and im resigning and going back to C”

Saya masih lagi cuba memproses maklumat baru ini tatkala dia meneruskan penjelasannya.

Dia bercakap mengenai sesuatu yang rutin dan dia sudah rasa burnout dan sudah give up dan bulan September adalah yang terakhir dia di sini. Tiada perkembangan dari segi kekreatifan profesional. Ini bukan sebab duit, jika ya sebab duit dia tidak akan berhenti.

Dan kemudian dia bercakap mengenai suami dan keluarganya yang sudah menunggu di kampung halaman untuk dia kembali.

Akhirnya saya faham.

Dalam luaran sungguh metropolitannya, dan nampak duniawi, dalam hati beliau masih seorang wanita yang dambakan keluarga dan tempat lahir.

Dia senyum lebar apabila berkata “I shouldn’t be happy when i tell u that i am leaving, but I am, happy”.

Saya angguk, perlahan dalam keberatan hati.

Dia sudah sedekahkan kesemua barangnya, termasuk mesin pencetak yang dia tawarkan baru tadi. Saya mintak laptop (secara melawak) ..” Anything but THAT”.

Akhirnya saya bicara ; ” I understand your decision.”

Kami bukanlah sahabat terbaik, tetapi kehadiran dirinya secara profesional dan sedikit peribadi telah mengubah saya serba sedikit.

Saya akan rindu dia. Saya mengucapkan yang terbaik bagi dirinya dan keluarga.

Saya maafkan dia di atas kesemua kesalahan dia dan harap dia berjaya dalam projek terbaru di kampung halamannya. Terima kasih, secara jujurnya, atas segalanya.

Syawal yang susah nak diungkapkan. Baru hari ke 7.

4 thoughts on “Dendang Syawal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: