The List


Setiap kali saya dengar petikan gitar permulaan lagu ini, saya terfikir bilakah saya akan boleh main lagu ni secara serius dengan Stringbaby, gitar kapok saya yang saya beli tahun lepas.

Salah satu perkara dalam ‘senarai’ yang belum habis. ‘Senarai’  perkara yang saya nak buat dalam hidup belakang pintu bilik remaja saya dahulu, sekarang pergi mana tah. Kebanyakan besar sudah tercapai.

::merantau dan berkelana::

::the places i've been, friends i have made::

the places i went, the friends i've made

:: left on a jet plane and came back home::

:: left on a jet plane and came back home::

Sewaktu lagu ini berkumandang di radio dalam kereta tadi, dari CD yang lama sudah saya tak pasang berbulan-bulan, saya tersentak.

“Wow, how i missed this song.Ke mana perginya?”. Saya sudah lama berhenti dengar lagu ini.

Lagu ini peribadi. Peribadi bagi Bono, penyanyi utama U2 , dicipta dan dituju kepada bapanya pada majlis pengebumian bapanya. Hubungan mereka berbatu, dan Bono terkilan tak sempat nak membaiki hubungan mereka sebelum bapanya meninggal dunia.

Saya dengar liriknya sampai habis sambil duduk di dalam kereta, walaupun dah 2 minit sampai dan parking dalam kawasan rumah.

Kemudian, baru saya off radio dan tutup enjin kereta.

Antara lagu yang ‘melekat’ sampai bila-bila.

Bilakah no. 1. akan tercapai agaknya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: