^Big Big Book^


::workshop on Big Books::

Apabila Mentor English saya mengumumkan dalam workshop mingguan saya yang minggu ini dan hadapan, yang kami akan merekacipta Big Book sendiri untuk penggunaan dalam kelas, hati saya dah melompat-lompat sudah.

Sejakduamenjak ini sangat sibuk. Sedar-sedar sudah Jun. Salah satu cara saya unwind dan destress adalah membuat perkara-perkara Do-It-Yourself. (Salah satu sebab saya minat IKEA)

::bahan yang diberi::

Saya pernah ‘menerbitkan’ buku semasa remaja dulu. Kisah-kisah ala Sweet Valley High, buku remaja fofular era 90an dahulu, berlatarbelakangkan kisah saya dan geng saya yang bernama ‘ The Natural Born Killers’. Dan hanya selepas tengok filem tersebut pada dewasa, baru saya tahu betapa kejamnya cerita tersebut. Tapi remaja adalah zaman pemberontakan dan nama itu nampak sesuai pada waktu itu.

layout sebelum

Hampir 3 jilid ‘novel remaja’ saya dinukilkan dalam buku latihan sekolah. Terdapat juga jilid yang sekarang digelar genre ‘graphic novel’, yang sekarang tersimpan dalam arkib hidup saya di bawah katil.

trial cover

Semakin lama semakin saya gembira menghadiri workshop-workshop English with Native Speaker saya ini, kerana aktiviti-aktivitinya dekat di hati. Lama kelamaan, saya pun makin mesra dengan Mentor saya, T yang sebelum ini saya terasa agak tegang hubungan.

Mungkin juga sebenarnya saya pernah terasa nak ambil Ijazah SM dalam TESL tapi rasa terlalu mencabar.Then took a degree in Genetics –> dusyum!. Tapi setelah hampir 4 bulan dalam workshop -workshop ini, saya berjenaka kepada T:

“You know, T , i should get at least a diploma for attending this thing every week and everytime..”

“Yes, Lisa, don’t worry, we actually had discussed about it and trying to bring it up ..you all should (get it ) because all the work you had put into the workshop..”

(Yesss!!!!!)

storyline

Taklah sesenang yang disangka untuk membuat Big Book. Perlu tahu target group kita. Apakah tajuk yang hendak di buat. Gaya. Font. Warna. Grafik. Gaya Penyampaian. Sesuatu yang apabila kanak-kanak lihat, macam “Nak! Nak pegang dan tengok dalam!!”.

bole juge di buat display dalam kelas

Untuk mengarang bagi dewasa, seperti blog ini juga  sudah mencabar. Tapi untuk kanak-kanak lebih mencabar sebab attention span mereka sangatlah pendek. Sebab itu dalam menggalakkan buku di kalangan murid Tahap 1, buku perlulah kurang perkataan, dan banyak gambar dan berwarna-warni.

::siap! Klik me:))::

Jadi inilah pengalaman pertama saya mengarang Big Book, dan ia sungguh mencabar fizikal dan kreatif. Bukanlah hasil yang terbaik, saya tahu. Tapi seribu langkah, perlu bermula dengan satu, kan?

Walaupun satu langkah itu sekadar menjengkek setempat.

Dikarang oleh:....

Saya tujukan penghasilan Big Book ‘chant‘ ini kepada kelas 2C saya. Harap mereka suka.

“Where are my friends? Where are my friends?

There is my friend. There is my friend.

The green, green frog. The green, green frog.”

Just like me. Just like me.:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: