short hiatus. hope to be back soon.


::M.I.A::

Wahai sahabat-sahabatku sayang,

Maaf kerana saya lama tidak menulis. Saya pun sedar post terakhir saya adalah pada 18 Mei.

Bulai Mei-Jun bukanlah bulan-bulan yang selalu terbaik bagi saya.

Sejakduamenjak beberapa perkara yang memberi tekanan dalam hidup saya membelenggu saya, menghalang saya dari berfungsi pada tahap optimum seperti yang sebelumnya.

Dan saya fikirkan kini apa yang telah terjadi, Alhamdulillah adalah yang terbaik. Kerana Dia Maha Adil dan Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi.

Secara jujurnya keadaan kesihatan saya pun dalam keadaan minimum sebelum ini. Mungkin ini juga satu ujian dan dugaan saya serentak sebagai membayangi apa akan terjadi jika situasi saya bersama seseorang itu jika saya dalam keadaan tidak sihat.

Sesuatu yang perlukan kesefahaman dan kesabaran. Mungkin yang saya ada. Tapi mungkin satu kiasan petanda dari Dia yang seseorang itu bukanlah yang terbaik untuk keadaan “in sickness” dan “for worse” dan hanya untuk keadaan suka-suka sewaktu “in health” dan “for better” sahaja.

Sesuatu yang perlukan kematangan untuk menghadapi keadaan yang payah dan getir. Saya sedar kisah Nabi Ayub a.s.sekarang, yang sebenarnya adalah satu kisah kesabaran dan kepercayaan yang begitu mendalam terhadap Yang Maha Esa akan ketentuanNya.

Jadi saya rasa saya perlu utamakan diri sendiri sekarang.

Dan Alhamdulillah, saya sudah dalam perjalanan ke arah yang lebih sihat dari sebelumnya.

Terima kasih kepada semua sahabat terbaik yang sentiasa ada.

You know what now, friends,i still believe janji ALLAH adalah benar.

Now i understand the word sekufu is really it is.

Innalillahiwainnalillahirojiun. Semoga diberi pahala di atas perkara ini dan dikurniakan dengan lebih baik.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: