[_listen_]


nak cubit pipi mereke selalu.

Setiap kali satu masuk kelas 2C, saya akan mesti keluar dengan senyuman atau tawa.

Walauapapun mood saya hari itu. Sejakduamenjak ini mood agak low. Hari Guru pun rasa out tahun ini.

Mereka bukanlah pelajar yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi. Atau mendapat semua jawapan betul.

Mereka adalah di antara pelajar terpayah dan tercorot.Ternakal dan paling banyak drama.

Saya masuk kelas sudah ada drama di depan kelas. Berguling-guling atas lantai. Kadang-kadang bukan kerana bergaduh sahaja. “Saja seronok-seronok, teacher.”

Kelas bising. “CLASSS!!”. “LISTEN!” saya laung sambil pegang sebelah telinga saya. “Apa maksud listen?” “ “Dengar, teacher”. Semua beralih ke arah saya walaupun still ada berbual.

Ulangkaji tajuk CLOTHES dan berikut adalah antara ayat-ayat yang perlu saya praktikkan teknik inquiry-learning untk mereka fahami maksud, lebih-lebih lagi kelas terakhir yang perlu saya tanya low based questions:

*black shoes

* blue trousers

Zukfikri adalah salah satu karakter yang emas. Salah satu suara dan antika yang saya nantikan setiap hari. Apabila saya tanya balik kelas “BLACK apa?”, Dia jawab “BLACKBERY!!!” dengan yakinnya. Saya jeling sambil menahan ketawa, dia buat muka oops dan sengih.

Harith Asnawi yang ada bedroom eyes menjerit pula “BLACKCURRANT!!!”. Terus saya ketawa. Penawar duka.

Apabila saya bertanya mengenai kenapa ejaan trousers ada S di belakang? , kebanyakan mereka boleh tangkap sudah yang “kalau lebih dari satu, tambah S”. Plural.

“Oh pandainya kamu semua..”saya cubit pipi Jul si putih hensem. Sengih gigi arnabnya. Hmm saya mengeluh.

To appeal to their logic sense, saya tanya,” pernah tak kamu tengok trousers yang hanya ada satu kaki?”.

Zulfikri sambut; ” tak pernah. kalau tak macam pocong..” kemudia dia melompat ke sana ke mari sebegitu.

Terus hati saya sejuk sebentar. Mulut menguntum senyum.

My little devils in angels disguise.

Kadang-kadang bila bercakap mengenai masalah, saya minta penyelesaian. Tapi sebagai seorang wanita, most of the time, saya hanya mahu didengari. to be listened to. to be understand and not be offered answers or critiques.

I dont want answers or solutions. I just want to be listened to.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: