100 ha-ri men-cha-ri chen-ta


one little, two little, three little..boyss..

Flashback hari Selasa :

Ini Hamdan, Abe’ ( sebab dia asal kelantan, nama real Zulkarnaen) dan Aiman dari kelas 2C. Di antara shot rambang terbaik saya hari itu. Dan terbaik sebab rasanya saya ada huge crush kat Hamdan yang montel dan comel ini. Dalam hati ini tertanya juga, kenapa murid yang paling kita sayang adalah dari kelas-kelas terakhir dan ternakal?

Hari itu saya buat projek English dengan kelas 2B, dan memandangkan betapa ramainya murid yang saya nak’shot’ gambar mereka dan hasil satu persatu, berlanjutan ke waktu rehat. Mereka-mereka ini yang dalam gambar lalu di tepi kelas dan nyibuk nak tengok apa saya buat dalam kelas dengan G11. “Okay, cepat cikgu nak ambil gambar kamu bertiga.( Posing cute) Klik!.

Fast forward ke pagi tadi:

Saya terjaga pada pagi Jumaat pukul 8.15 pagi. Pertama kali dalam sejarah hidup guru saya, saya lewat ke sekolah. Saya anggap ini satu wake-up call (pun intended) kepada diri saya sejak akhir-akhir ini yang macam sleepwalking through life. Percubaan awal untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru dalam hidup juga  nampaknya perlu dibaiki lagi.

Dalam sebulan dua sebelum ini, saya sering tak sihat dan dalam usaha saya nak menyihatkan diri..saya seperti hilang semangat membara dalam diri saya yang di Borneo dulu. Saya sedar perubahan negatif ini apabila saya masuk kelas dan sendiri cakap kat diri sendiri..‘chalk and talk? lisa, what happened to you..’. Setiap hari saya masuk kelas, saya menyesal tak bawa G11. Tapi juga setiap hari, masih saya tak bawa. Saya menjadi Miss Negatif ; ” Beg penuh aa, nak muat mana kamerahitamkecil tu..” Akibatnya atau tidak, blog saya tulis pun kualitinya menurun dan saya sendiri pun malu membaca hasil sendiri.

 

dapat cupcake birthday student. sedap. ada orang nak hantar coklat juge..saya tunggu..:)

 

Sedang saya berendam dalam kesedihan diri di Secret Recipe seperti setiap hari Jumaat, saya buat plan when the going gets tough, the tough gets going.

Ini saat ‘Aha’ saya melangkah keluar dengan satu azam baru. Dan juga singgah di kedai perabot untuk beli meja kerja dan kerusi baru, setelah yang lamakusayang telah di jual dan semogaberbahagia bersama bakal Puan baru nun jauh di Borneo sana.

Masanya telah tiba untuk Cikgu Nur Lisa kembali bersama G11! (ala Miero Attack “Cun, tumpukan perhatian!).

100 hari mencari cinta. Saya kehilangannya sekejap, tapi rasanya sudah jumpa kembali.

What is past, is past. Now is the time to look forward.

“Ya Allah. Jadikanlah aku, dikasihi pada hati mereka yang beriman, dan gembirakanlah aku, dengan seratus dua puluh kebaikan. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia Amat Mengasihi daripada segala-galanya..”

Amin Ya Rabbal Alamin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: