new beginning


::sibukmacamlebahbuzzbuzzbuzz::

Ini nukilan sambilan saya melakukan kerja. Oleh kerana hampir bermingguan saya tidak mengisi cerita baru diruangan ini, dan saya rasa saya terhutang lebih dari satu cerita.

Setiap hari, sepanjang hari-hari yang saya tinggalkan ruangan ini kerana kesibukan kerja dan lain-lain, dalam minda saya sentiasa mengarang. Dan mengarang. Dan mengarang. Cuma apabila tiada pen dan kertas, dan pulang dari kerja  serta tanggungjawab, diri dan minda sudah terlalu letih untuk berkarya.

3 minggu lepas merupakan waktu-waktu tersibuk hidup saya di awal 2011 ini.

**Sibuk meraikan permulaan baru bagi orang lain.

Sepupu terapat saya mengikat tali pernikahan bersama gadis pilihan hati yang jatuh cinta pandang pertama di rumah bakal mertuanya sewaktu itu. Semoga dia dan isteri berbahagia hingga ke anak cucu dan dirahmati ALLAH dan cinta yang bakal hadir selepas berkahwin. Amin.

**Sibuk bertemu semula rakan dan saudara-mara yang bermakna. Meeting friends and families that matters.

Saya sedar saya lebih rindukan keluarga sejak saya berpindah kembali ke semenanjung berbanding apabila saya berada di Limbang. Pertemuan bersama sepupu sepapat juga terasa lebih bermakna di usia yang sudah matang ini. Keramaian bersama makcik dan pakcik yang dahulu sewaktu kecil terasa biasa saja, sekarang terasa istimewa dan ingin ketemuan semula. Rendezvous dengan rakan yang sejak dari zaman bujangnya sehingga sekarang dan melalui pahit maung bersama.

**Sibuk ‘merawat’ kekasih hati yang sejak 6 tahun bersama.

KBW rupanya menahan diri dari tenat tatkala saya bawanya ke workshop untuk alignment dan balancing. Tayar dan brake disc dalam keadaan zon merah…saya amatlah bersyukur kepadaNya dan KBW sendiri kerana tidak berlaku apa-apa perkara tidak disesali akibat dari kelepasan pandang saya atas ‘kesihatan’ buah hati saya ini. Selepas keluar dari situ, KBW seperti akan berjiwa muda semula. Its not that you are old, baby, cause you will always be my baby😉.

**Sibuk ‘merawat’ diri sendiri juga

Masalah kesihatan yang macam chipsmore mendorong saya melakukan ujian darah. Alhamdulillah, semua okay kecuali kolestrol tinggi akibat kemelantakan saya terhadap kek cheese dan makanan segera yang tiada sewaktu saya duduk di sarawak. ini kes ‘balas dendam’ dan akibatnya seminggu-minggu cuti badan saya mengalami kejutan akibat kemendadakan itu. Sengal dan sakit otot-otot yang perit. Degupan jantung juga cepat jika melakukan bergerak sedikit.Sekarang saya kena cerewet makanan, jaga diet dan berat badan.

**Sibuk ciwi perkara baru dalam hidup saya

N76 saya tenat. Dengan fungsi suara muzik yang sudah rosak, papan kekunci yang terkeluar tinggal hanya beberapa nombor kelihatan, dan sekurang waras Raja Henry ke 8 apabila masuk mesej, perlu dicari kemana pergi dalam himpunan inbox. Jadi saya rehatkannya setelah 4 tahun berkhidmat. dan e72 hadir dalam hidup saya untuk membawa saya ke alaf 21. Walaupun kehadiran GARMIN selaku GPS pernah menyesatkan saya “skala besar” ( quote adik saya) di Klang dan saya insaf seinsafinsafnya, secara jujurnya ia adalah salah saya sendiri kerasa tidak memfamilirisasikan dengan penggunaannya.

Secara jujurnya, ada juga perkara yang tidak saya ceritakan disini tapi lebih baik saya simpan dalam hati.🙂

Carpe diem, my friends. C’est la vie.

Mun paham bisai.;)

2 thoughts on “new beginning

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: