:: berpisah&bertemu semula::


::we were then..masa buat viva::

Zaman itu kamera masih lagi kamera filem negatif. Perlu dicuci untuk melihat hasilnya. Gambar di ambil sewaktu (kalau tak silap saya) kami dalam usaha menyiapkan poster penyelidikan untuk dibuat pameran di jabatan fakulti.

Hari itu, sewaktu reunion di kenduri Mimi (berdiri, dua dari kiri), saya ada mengulas yang “dah 10 tahun kan kita semua..”. Ada kawan saya membetulkan, “Eh, kita grad 2003-2004 macam tu last jumpa, tak sampai lagi la..”

” Dak wei, aku dok kira dari kita mula jumpa..2001..”. Kerana setelah kami berjumpa semula di kenduri gilang-gemilang itu, dan bercuti bersama-sama, adalah seperti kami tidak pernah berpisah setelah pergi mengikut haluan masing-masing pada hari graduasi.

Semesra seperti sewaktu kami makan sewaktu di antara kuliah-kuliah di kafeteria Fakulti Sains dan Teknologi atau berjenaka sewaktu berkejar-kejaran mencari bilik/dewan kuliah yang mana satu pulak untuk kelas seterusnya. Kerana sesungguhnya manis pahit kami semua adalah sewaktu sedang ‘amazing race’ antara jabatan-jabatan dan fakulti-fakulti untuk menepati masa dalam UKM yang begitu besar itu.

 

:: courtesy from Puan Fazia – all of us 10 years later::

Had we changed after all this time?

Most of us had married.  Bahagia, saya lihat, Alhamdulillah..kerana sahabat-sahabat saya ini ALLAH dah tentukan yang terbaik bagi mereka dan saya gembira mereka gembira. Kemesraan dan chemistry antara mereka dan pasangan agak saya cemburui.Mungkin sebab mood wedding-wedding ni jugak kot.🙂.

Mereka-mereka ini kelihatan sudah mood keibuan dan lebih bertanggungjawab, dari layanan lebih caring Puan Fatiha dengan saya yang mengangkat beg pakaian saya masuk boot kereta (terasa disayangi!) , Puan Farah Dura dengan rekementasi tempat-tempat menarik sekeliling kuantan serta tak dilupai, Puan Asmah Hud yang kini mempunyai anak perepmuan yang comel sangat dengan nama sure pophit, Lily Maisara. Puan Fazia dan kini Puan Mimi dengan doa-doa dan sokongan moral mereka. Cik Aida yang juga ‘on the way’, tidak dilupa (terima kasih atas girltalk itu, exrumateblackstone😉 .You can feel the love going around.

Yang jelas, kami bukan lagi remaja yang masih terkial-kial mencari arah tujuan ke manakah dan apakah nak dibuat di masa hadapan. Kami sudah tetap hala tujuan dan matlamat hidup.

Tapi dalam hati, kami tetap makcik-makcik wok yang sentiasa apabila berjumpa, bergosip bagai tidak pernah berpisah.

Jauh di mata dekat di hati.

Pertemuan yang dirindui.

Setelah komen-mengomen di FB , mengenai reunion yang berjaya di BlackStone, Kuantan, kami berbual mengenai kemungkinan di Tambun pulak. Puan Farah Dura, or nama manja Kit, mengutarakan bahawa lebih baik kami jarak-jarakkan pertemuan, supaya “lebih banyak hendak di ‘wokkan’ dan akan lebih rindu merindu”.

Hati saya 50-50. Nak sokong, tapi rasa nak jumpa juga. Bukankah itu kasih?:)


“Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa,

Hilang di mata, tapi di hati, tidak lupa,

Berdoalah kita agar, aman sentosa,

Semoga kita berjumpa, di lain masa..”


4 thoughts on “:: berpisah&bertemu semula::

  1. it comes with age bebeh..aku waktu terkurus adalah sewaktu di UKMlah hu hu..tapi yang penting bahagia kan? nak kurus boleh exercise –> rejim joging aku bermula cuti ini ;p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: