me, myself @ the curve


 

::satu mimpi yang indah..emm...::

Saya terjaga pagi tadi dengan perasaan yang tak percaya. Mimpi yang sungguh indah dan seakan-akan benar, rupanya mimpi semata-mata.

Harap mimpi tiu adalah kiasan mengenai masa hadapan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Minggu yang penuh dengan konflik, stress, jatuh sakit sekali. Saya telah berkurung seharian Sabtu untuk membuat kerja. dan hari ini adalah berjanji dengan diri sendiri, adalah hari kualiti bersama diri sendiri. Beberapa kali sudah saya war-warkan di FB yang saya nak melepak di Borders untuk menunaikan janji membaca bahan bercetak. Juga untuk membuang kekalutan yang sejak akhir-akhir ini makin membara di benak.

:: fesyen always in heart::

Dengan memakai shawl hijau hadiah dari kawan, t-shirt I Love HK pair up dengan cardigan faded biru dan skirt labuh ala cargo, saya sampai di kawasan parking Tesco dengan melihat kertas kuning tertulis “HARI INI PARKING PERCUMA” terlekat. Alhamdulillah! Saya sampai awal pagi pun dah penuh, tapi nasib baik ada uncle tu baru habis grocery shopping baru nak keluar.

Rupanya, di Borders dan MPH tak ada jual buku-buku pelajaran KBSR@KBSM. Jadi setelah meminta arah, saya menuju ke arah Ikano Power Centre mencari POPULAR. Setelah hampir sejam browse buku, saya keluar dan melilau tak karuan sebentar dan terlihat kelibat seekor kucing di dalam kaca sebuah kedai..Pet Shop!!

Setelah saya ‘mu mu mu mu’ kepada kucing Parsi yang bermalasan di dalam kaca kedai itu, saya melilau ke dalam kedai itu yang penuh dengan pharaphenilia binatang tapi binatangnya tak nampak sangat. Ikan dalam akuarium banyak, tapi saya lebih berminat kepada arnab. Rupanya ada sepasang ja Mixed Breed rabbit yang harga rm80. Gulp. rasanya balik nak query skali lagi akak tu pasal arnab. Ada jual anak kura-kura kecil sekor rm9… hati masih pada arnab. Juga kali pertama tengok haiwan chincilla live! Comel gils!! Hamster (no), guinea pig (no), mengkarung (no) ,ular (NO!). Hmm..teringat makanan kat Mr. Meowington beli friskies for kittens sepam.

Setelah lunch nasi ayam penyet yang pedas gils, menuju ke arah Borders untuk membaca. Ada plush leather seat kosong! Ayuh! Saya capai 100 Cult Movies To See Before You Die dan 100 Action Movies to See Before You Die. 2 jam menyelami buku-buku tersebut sambil kadang-kadang angkat kepada dengan staff service training di hujung-hujung dikendalikan oleh seorang ketua pelatih American.

Kemudian, seorang perempuan yang pada mulanya saya nampak bersifat keibuan dan penyayang duduk di sebelah saya menimbulkan kecoh. Dia meminta quotation beberapa buku kepada salah seorang staf yang mungkin kurang mahir berbahasa Inggeris. Saya hanya sedar kekecohan setelah dia dengan nada kuat mengomel ” IF YOU CANNOT UNDERSTAND WHAT I SAID JUST NOW, WHAT USE ARE U WORKING HERE? DON’T WORK HERE IF U CANNOT UNDERSTAND ENGLISH!”.

Tersirap darah saya dengan penghinaan wanita tersebut. what a bitch. jarang-jarang saya utarakan ayat tersebut tapi kali ni well deserved. ” PLEASE CALL THE EUROPEAN LADY, I WANT TO TALK TO HER. I ASK YOU FOR SOMETHING, YOU BRING ME THREE DIFFERENT PERSON TO TALK TO ME. IF YOU CANNOT UNDERSTAND ENGLISH, DONT WORK HERE. WASTING MY TIME ONLY. I WOULD GET A FASTER SERVICE YOU KNOW IF I ASKED AT MPH..”.

Inilah contoh bodoh sombong . Ada caranya nak tegur orang..tapi jangan sampai menghina. Nak kata makcik sebelah saya ni sedang buat kerja nak benda cepat kutlah, tapi dok rileks membaca buku ja. Ada anak perempuan lak tu, remaja, is this the social ways she’s teaching her daughter? Bodoh sebab apa, perempuan tu bercakap loghat Amerika/Canadian,  then panggil perempuan tu European Lady. Ingat terrer sangat la tue English..terbakar hati duduk sebelah dia sambil dia dok membebel kat ‘European Lady’ yang tahu ‘customer always right’.. satu frasa barat yang saya fikir hanya membenarkan kekurang-ajaran.

::suatu ketika dahulu di hadapan Konikuniya::

 

Tengok jam, dah hampir 2 jam lebih saya melepak membaca. Saya melilau ke tingkat atas membelek buku dan membeli buku Oprah’s Big Book of Happiness, The Best of Oprah’s Magazine; Bacalah Surah Al-Waqiah (Rezeki Anda akan menjadi Murah); dan Asmaulhusna: Apa yang Anda Perlu Tahu. Rasanya cukup bekalan bacaan buat kali ini. Gembira!

Berbekalkan semua kejadian dan aktiviti hari ini, dan pembelian shawl tartan merah😉 di The Streets, saya pulang dengan hati yang puas dan gembira dengan hari kualiti bersama diri.

Tak sabar untuk lepak @theCurve lagi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: