Fa’ inna maal usri yus rho..


Aduh. Si hensem bijak bermadah kata. Taklah setinggi dari saya tapi  sudah ‘bahaya’.

Salah seorang yang saya tercari-cari jugak kelibat. Muka cerah mulus. Bulu mata lentik. Senyuman sentiasa memekar menampakkan barisan gigi yang putih mutiara. Salah seorang yang bila tersenyum, saya jangkakan akan ada keluar bunyi ‘Ngeeee..’ yang saya suka letas di sebelah ikon senyum saya di Mukabuku.

Rasa nak cubit pipi. Sabar.

::si hensem perasan posing di tengah ;p::

” Memang mak saye cakap saye besa(r) nanti akan hensem..”. Saya gigit bibir saya nak ketawa besar, cuma mampu tersengih semampu mungkin. Dia senyum lagi dengan senyuman ‘Ngee’ nya.

Pernyataan si hensem tu keluar dari mulut bak bibir ros tatkala saya ambil masa untuk bercerita sekejap dalam kelas Bahasa Inggeris 2C tadi.

Mungkin saya ada sedikit obsesif-kompulsif, atau memang jiwa saya guru, kerana masuk-masuk saja kelas yang terkenal kerana kenakalan mereka, meja tak tersusun, senget habis, sampai merata-rata..adoi. Masanya tiba untuk mengajar mereka ‘housekeeping’.

Saya ajar cara menetapkan penanda aras setakat mana meja hadapan sekali patut berada (tidak lebih dari garisan ghaib seufuk pintu depan kelas), meja belakang skali tak harus lepas sempadan (garisan ghaib seufuk pintu belakang kelas), cara menentukan kelurusan meja-meja dalam kumpulan-kumpulan meja (mencangkung dan paraskan mata selurus hujung meja), jarak antara dua meja (supaya seorang boleh jalan dengan selesa), dan tiada beg-beg berdamparan di ‘jalan utama ‘ ( ini sengaja mengikut ciri-ciri keselamatan kapal terbang di pintu keluar kecemasan..siapa tahu kan?Lagipun takut saya tersepak sewaktu pusing kelas).

Saya buat begini kerana kadang-kadang kita lupa, kanak-kanak bukanlah orang dewasa. Kita bagi arahan, ” Kelas mesti kemas dan cantik..” tapi kita tak beritahu macamana dan macamani nak buat sesuatu.

After 4 years, i learnt that with  kids, your directions and your command must be specific. Detailed. Explain to them step by step, with guidance and a bit practise.  With kids, they love to be micromanaged.  Appoint head of comittees (in this case, i appoint a kid who can’t read very well, but very helpful as  ‘Ketua Kebersihan Kelas’ ). This boost their self-esteem And then trust them to do that by themselves.

Letih mereka selepas itu. Kemudian saya bercakap (mungkin bagi mereka membebel) mengenai sebab perlunya kekemasan dalam kelas yang meleret kepada keselamatan ketika kebakaran, yang meleret kepada keselamatan kanak-kanak…Sorang pelajar depan saya dah tidur, seorang di belakang, dan seorang di sebelah tersengguk. Gigit bibir tak tahu nak ketawa kat diri sendiri atau nak menjerit suruh bangun..

Jadi saya lantangkan suara.. ” Sebab itulah kamu semua jangan ikut orang yang tak kenal. Sudahlah kamu semua ni cantik-cantik, kacak-kacak, hensem-hensem belaka..orang tengok pun geram rasa nak ambil bela saja..”

Terpacul keluar kenyataan si hensem tadi. Sedang saya gigit bibir tu, kawannya yang separas pembuli Nobita, Giant, tetapi telah lawan bertumbuk hingga luka dalam mulut ( saya katakan kelas ni yang ternakal kan?), pula keluar kenyataan lucu berikut ;

” A’ a. Cikgu, abang-abang die semue hitam, die sorang jer putih…”.

“Ey? Hitam dari cikgu?” saya sengaja menambah nak menahan tawa.

Ketua Kebersihan Kelas yang baru dilantik yang berwajah agak kecampuran India, yang duduk di hadapan skali depan saya, menokok tambah pula ; ” Pakcik saye pun cikgu! Same hitamnye dengan kulit cikgu..gelap skit je..”

Adoi. Kids. You know why i love them, now?🙂

Fainna ma’al usri us rho. Inna ma’al usri yus rho.

Selepas beberapa kegetiran dan kesusahan, sekarang merekalah ‘kesenangan’ saya.


2 thoughts on “Fa’ inna maal usri yus rho..

  1. aaah.. kids are just so adorable😀 … kinda envy that u get to be surrounded by them a lot.. wlaupon kdg2 pening kepala jugak eh.. hehe…

    • yes, they are. very adorable.

      because they are so darn honest and they just dont realise it. he he he.

      they keep me young and younger..pening,pening, tapi terhibur..:).

      at the end of the day, rasa puas hati. itulah yang penting kan😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: