**life is what you make of it**


 

::bernaung di bawah bendera (dan langit) baru::

Secara jujurnya, memulakan sesuatu yang baru setelah selesa dengan apa yang telah ada, bukanlah sesuatu yang senang.

Semasa berbual dengan seorang guru lama di sini, dan orang sini, yang saya beritahu saya belajar di Bangi dulu, kemudian kerja di KL, sambung belajar di Kedah, bekerja di Sarawak dan kini di sni, dia menyatakan ”  awak ni asyik merantau je ye..”

Kelana di negeri orang lagi, seperti kata-kata saya pada badan staf dan pentadbir  sewaktu ucapan pengenalan , ” saya perlu bermula dari A balik, kerana semuanya berlainan..sila tunjuk ajar..”.

::new class, new stories..::

Pada mulanya agak kejutan budaya. Budaya yang berlainan dari keadaan dulu. Apa yang diberi, tak sama seperti yang saya dapat dahulu, atau yang saya minimum harapkan. tapi jika saya suka membanding-bandingkan, sampai bila saya benci/tak suka keadaan sekarang.

Kerana hati ini sudah terbuka untuk jatuh cinta sekali lagi.

::kelas 2C. the middle-left-boy is fast becoming fave..::

Moto saya , “Life is what you make of it..” .Hidup adalah apa yang anda fikirkan.

Jika saya sentiasa mencari alasan atau merungut mengenai sesuatu, maksudnya saya memang malas nak berubah. dan saya akan sentiasa sugul dan sedih dengan setiap dugaan yang melanda. dan jika difikirkan, lebih baik saya tak berhijrah langsung dari sebelumnya.

Tapi jika saya fikirkan dan cari perkara-perkara yang positif mengenai sesuatu pada awalnya nampak susah n berat, bukankah itu lebih kurang stress..hate is the other side of coin of love. and love, sadly, is the other side of hate. Sebab itu ALLAH suruh hambanya melakukan apa-apa dalam kewasatiahan, dalam kesederhanaan.

 

::boys from the hood of class Year 2B::

Jangan terlalu sayang. Jangan terlalu benci. Apa-apapun kita sandarkan kepada-Nya. ikhtiar, doa dan tawakal. Apa-apaun katakan, Insyallah. kerana kita hanya merancang, Dia yang menentukan.

Still water runs deep, yes. (diam-diam, ubi berisi). tapi still water also becomes stagnant. Ada sebab kenapa kita perlu berwudhuk di tempat air yang bergerak..kerana air yang bergerak itu sendiri akan ‘baiki diri’ dari kekotoran dan bakteria penyakit yang hadir.

::cuties from class Year 2A::

Perumpamaan kepada diri saya yang perantau.

Perantau yang sedang menempuh pancaroba baru yang Maha Pencipta uji diri hambaNya ini..supaya jangan duduk diam sahaja. Berubah dan bergeraklah ke arah kebaikan…

Perantau yang juga sudah sedikit jatuh hati kepada anak-anak murid kampung yang baru ini.

Dan jatuh cinta kepada tempat yang rupanya memang nampak diam-diam, tapi sungguh berisi dengan tempat menarik yang bakal dijelajahi.

 

::core business - shaping the future leaders. May ALLAH bless all of you. Amin::

‎”Bagi yang ALLAH kasih, di dunia lagi Dia hukum, yakni didatangkan kesusahan dsb. Sekiranya kita boleh bersabar, itulah ganjaran pahala untuk kita…di akhirat kelak, kita bersih dari dosa. Dia sedang berbicara dengan saya erti sabar dan ikhlas..

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang yang sabar dengan pahala tanpa hisab..” Surah Az-Zumar, ayat 10.

 

**Life is what you make of it **


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: