@kelips-kelips


Masuk hari ini sudah 2 hari secara rasmi saya bertugas di tempat baru. Secara tak rasmi, sudah seminggu lebih.

Rumah baru. Sekolah baru. Kawasan baru. Cabaran baru.

Memulakan langkah membina zon selesa yang baru. Sementara ini Zon Selesa in progress.

Apabila saya menyusuri pemandangan kiri dan kanan saya sejakduamenjak memandu ke arah sekolah baru, saya bertanya kepada diri sendiri. “will it be different? or will it be the same?”.

Secara jujurnya, saya rasa kedua-duanya sekali. Berlainan yang amat sangat secara luaran, tetapi pada batinnya terdapat kesamaan.

Buat masa sekarang, itulah penjelasan yang ringkas dikonklusikan.

Dahulu saya bergelut dengan masalah murid nakal dan masalah pembelajaran yang hebat. Sekarang dalam kelas Tahun 1 saya ada seorang murid yang berkerusi roda, dan saya mengajar keseluruhan tahun 2 (3 kelas semuanya) bahasa inggeris yang muridnya hampir menjangkau 30 orang satu kelas.

Dan saya hanya mengajar Sains satu kelas tahun 3. dan saya ketua panitia PJK. itulah yang berlainan.

Berlainan tapi tetap sama. Cabaran dalam bentuk yang baru.

::fotographer in me still in the shadows..for awhile::

Tatkala saya berjalan ke hujung blok batu sekolah sambil berfikir adakah saya berkesempatan berfotografiey dengan G11 tatkala di sini, kelihatan seekor monyet merentas ladang kelapa sawit berhampiran pagar sekolah.

Saya tersengih. Saya utarakan perkara ini kepada salah seorang guru lama di situ. Ujarnya; “Biasalah, di sini memang banyak monyet”.

Nampaknya perkara tidak berubah sangat  berbanding dengan di sekolah lama.

Berlainan, tapi tetap sama.🙂

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: