Farewell Part II : kelmarin, harini dan masa depan


Saya terbangun hari ini dengan satu perasaan tak sabar dan teruja mengenai masa depan. Seperti biasa sejak tahun 2008, setiap hujung tahun saya akan membeli di Guardian untuk mendapatkan kalendar tahun seterusnya sebagai “pengurus peribadi visual” saya di atas meja kerja. dan juga saya telah beli Diari Muslimah 2011 untuk saya rancang cuti dan tarikh-tarikh penting 2011.

Di saat ini, masih lagi belum di ketahui secara tepat di mana saya akan berpindah. Maka tatkala saya merancang untuk masa depan hari ini, tiba-tiba kelmarin menghantar mesej di peti mel FB.

“APA KHABAR..CIKGU SIHAT….TAHUN 2011 CKGU MENGAJAR D MANA??” .

Miss A dari kelas Y6 tahun ini, satu-satunya pelajar sekolah SKG yang ada FB setahu saya. Saya ada cakap kepada pelajar-pelajar , jika tahu menggunakan internet, hubungilah saya. hampir semua murid di sekolah itu masih tidak celik IT kecuali anak-anak guru atau yang beribubapa pekerja sektor kerajaan dan swasta..itupun boleh dibilang dengan sebelah tangan saja. kebanyakan mereka anak kepada petani, pekebun, peladang atau penambang perahu.

“Alhamdulillah..cikgu masih tak tahu di mana..tapi jika cikgu tahu nanti cikgu mebagitau sama kamu..”

“OKE,SYE HARAP CAKGU BERSABAR K….”.

tersengih saya. how had she detected my mood of nervousness and desperation?. macam firasat pulang.

“:) terimakasih A. kirim salam sayang cikgu sama semua. Assalamualaikum..”.

where had the time went?  Really? terasa seperti baru kelmarin diposting ke sana. terasa seperti masih ada yang belum sempat dibuat….

Terpanggil untuk berkongsi beberapa kenangan foto menarik tatakala tahun pertama posting di Limbang:)

::Batch 2007 Posting ke Limbang/Lawas di Purnama Hotel, Januari 07::

Kami limabelas orang yang asing, terus menjadi gengkamceng setelah dipukaltravel dari KLIA–>Kota Kinabalu–>Labuan–>Limbang untuk diposting bersama-sama. tatkala sampai di KK, kami yang agak ‘peghak’  tak pernah naik flite, walaupun sebenarnya connecting flite, keluar dari arrival hall dan lepaks dalam surau. Maka terlepaslah flite ke Labuan. Lucu juga.tapi kami berpeluang bermalam di Shangri-La KK untuk flite keesokkan harinya.

::batch posting Limbang 2007::

Selepas ditaklimatkan siapa yang posting ke Limbang dan posting ke Lawas, kami menghantar yang selebihnya untuk naik feri ke Lawas..bittersweet memories. Jadi tinggallah kami berlima di Limbang..recent update : Syam (bj hijau) dah transfer ke Penang 2008., Jannah ke Perlis awal 2010, and finally saya, Insyallah ke Selangor untuk sesi 2011. Fitri (baju putih), Puan Aidah (pink tudung) dan Puan Fazu masih. berkhidmat di sana. Masing-masing Puan Aidah dan Puan Fazu is expecting their 2nd child this March, meanwhile Mr. Fitri is still solo (promosi ha ha).

::merempits ke sekolah pedalaman 1 (zaman sblm ada keta) 2007::

Dalam beberapa minggu pertama di sana..kami berempat berhosmet merempits ke sekolah-sekolah hosmet yang kategori pedalaman 1. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.

::jalan ke SKTelahak, pedalaman 1 jua (2007)::

Sebenarnya banyak lagi gambar dan kenangan saya sewaktu tahun pertama..tapi antara yang terawal adalah yang paling diingat. Kelambatan untuk memuatnaik gambar menghindari saya dari berkongsi lebih banyak gambar..

kerana saya perlu bersiap-sedia untuk kembali ke sana untuk Serah Tugas dan Hantar/Pos Barang. Emm.

(to be continued..)

2 thoughts on “Farewell Part II : kelmarin, harini dan masa depan

  1. hehe.bdk2 skang sng dh nk kontek cgu yg jauh..gune fb je…bdk2 kapit dulu ramai gak ada fb…djh 1 pun dh ade..kalu bandar lain citer kan..skang bdk2 pdalaman pun dh maju…ada gak thru fb ni la kite tau rupanya bdk2 tu ada yg fall in love nga cgu2 laki…huhuhu..mcm2 kan..tp tuh la, yg jauh tpisah laut china selatan terasa dekat…batch limbang brapa org masa tu k.lisa?kami x sempat bgambar pun…kapit dlam sratus lebih masa batch kita…tringat mula2 kita g sarawak…rasa sgt baru je semua tu kan..

    • sekarang dah borderless world maza. tapi konsep untuk seseorang datang lebih jauh, atau bukan either dari Sabah, Sarawak atau Brunei bagi mereka adalah sesuatu yang asing, dan menarik, exciting.. sebab bagi mereka, Limbang IS the world.

      sepanjang-panjang kak lisa fly balik transit haritu Limbang——–> AS, SMS yg sampai adalah “di mana kitak ciguk?”. sebab tu budak2 ni k. lisa bagi pendedahan dan motivasi supaya they study hard and look beyond their world..sebab dunia ni luas lagi..

      batch Limbang/Lawas 2007 15 orang..then Limbang sahaja 6 orang.

      kami sikit, but kami semua kamceng sampai sekarang🙂. still keep in touch.. 4years is like one day..em.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: