Farewell Part I : I dream of Barbie


Beberapa minggu lepas, saya tidur petang selepas solat dan bermimpi. saya terjaga dan masih mimpi tersebut sungguh jelas. sejakduamenjak ini apabila saya bermimpi sesuatu, dan saya dapat ingat dengan jelas mimpi tersebut, ada kebarangkalian ia membawa makna sesuatu.

Saya bermimpi melihat diri ini sedang duduk di meja dan sedang bermain anak patung. i was playing with a doll. seperti kanak-kanak bermain dengan doll. kemudian saya mimpi saya sedang pegang kotak permainan tersebut, dan saya lihat ia adalah kotak permainan Barbie. Berwarna pink and all. sungguh jelas hingga hari ini saya ingat lagi mimpi itu.

Saya search dan saya search maksud mimpi tersebut. Akhirnya saya jumpa di http://www.experiencefestival.com

::Patung di sebuah gerai di Pesta Limbang::

“Dolls in dreams are lifeless images of real people. They are suggestive of a person that is not genuine and does not express her feelings. Most dreams are about our personal issues and concerns and not about others. Therefore, think about yourself and try to see if you have been behaving in such ways that have been less than “real.” Dolls as a dream symbol may represent the way you relate and interact with your internal and external environments. If feelings of detachment and phoniness prevail in your daily life, then they may be reflected in this dream.”

if Barbie or Ken type may symbolize you are playing a role and suppressing your true self. In any event the doll most likely symbolizes an aspect of yourself.

::playing with dolls.. (Pesta Limbang)::

(Patung di dalam mimpi adalah melambangkan imej sebenar manusia. Ia mengkiaskan seseorang itu tidak bersikap secara sebenar dan tidak mengekspreskan perasaannya. Selalunya mimpi adalah mengenai isu-isu peribadi dan kebimbangan, dan tidak mengenai orang lain. Maka, fikirkanlah mengenai diri sendiri dan cuba lihat sama ada anda anda bersikap kurang dari “sebenar”. Patung sebagai simbol mimpi mungkin mewakili cara anda mengaitkan dan berinteraksi dengan suasana dalaman dan luaran. Jika berperasaan terasing dan kepura-puraan sentiasa hadir dalam hidup anda, maka ia mungkin dikiaskan dalam mimpi ini…

Jika Patung Barbie atau Ken mungkin menyimbolkan anda sedang memainkan peranan dan menyembunyikan diri sebenar. Dalam apa-apa keadaan, patung mungkin mengiaskan satu aspek diri anda..)

Wow. Saya terduduk membaca tafsiran mimpi itu.

Kebetulan (?) kerana sejakduamenjak sebelum mimpi itu, saya rasa semakin lama semakin “fake”.

 

::surreal..(Pesta Limbang)::

Bukanlah saya tidak bahagia di Limbang. Sangat-sangat bahagia di Limbang..tetapi semakin lama, saya berperasaan saya perlu berpura-pura yang di sini lah saya akan sentiasa bahagia. Tetapi saya sedar yang lama-kelamaan, satu perasaan yang saya akan lebih bahagia di tempat lain makin bercambah dan bercambah. Dan kedua-dua perasaan ya atau tidak itu seperti bermain tarik-tali dalam hati saya.

Buat teman-teman saya ingin membawa perhatian yang perasaan fake saya ini bukanlah berpunca dari mana-mana pihak, atau sekolah, atau kawan-kawan di Limbang, atau saya menuduh mana-mana pihak yang menyebabkan saya rasa sedemikian. Ini adalah lahir dari muhasabah diri mengenai masa hadapan.

 

::i dream of flying home (Pesta Limbang)::

Saya berdoa kepada Dia, jikalah perpindahan saya terbaik bagi saya, bagi masa depan saya,  bagi agama saya, terbaik bagi keluarga saya, maka tunaikankanlah doa saya ini. Alhamdulillah, dengan niat yang kali ini saya benar-benar maksudkan dan berharap, Dia telah memakbulkan doa saya kali ini.

“Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” – Surah Al-Mukminun, ayat 62.

Syukur. Alhamdulillah Dia Maha Mendengar. dan Maha Mengetahui. kerana 2 kali sebelum ini saya memohon untuk berpindah adalah sekadar dapat pun tak apa, tak dapat pun saya redha. kerana saya memang suka tinggal di sini dan bekerja di sini..dan 4 tahun tersebut merupakan antara pengalaman terhebat dan terbaik dalam diri saya. Saya akan sentiasa ingat dan rindukan saat-saat emas tersebut.

Dan pada saat ini, saya rasa cukuplah 4 tahun. 4 tahun untuk tinggal di comfort zone.

Masa sudah tiba untuk keluar dari zon selesa..dan memulakan hidup baru, Insyallah.

(to be continued….)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: