::nugget ayam dan kemaafan::


 

::the angel in disguise::

Satu budak mengajar saya erti kemaafan tanpa bersyarat.

Seorang budak yang mungkin “istimewa” dengan caranya sendiri, yang ALLAH kurniakannya.

Budak yang sentiasa menolak dan menolak batasan apa yang sepatutnya saya buat untuk tangani masalah disiplinnya, yang mungkin lahir dari masalah yang jauh lebih dalam dari masalah pembelajaran.

Saya sedar bahawa saya yang dewasa, dan dia sekadar kanak-kanak. Akan tetapi saya seorang manusia biasa yang kadang-kadang tidak dapat menahan kemarahannya.

Dan kadang-kadang hasil dari “pemecahan” tembok kemarahan yang tak dapat dibendung itu, tempiasnya hinggap pada dia. dan kadang-kadang saya keluar dari kelas itu dengan satu perasaan yang marah dan sedih, selalunya pada diri sendiri kerana sebenarnya saya harus sedar, saya yang lebih dewasa dan dia sekadar kanak-kanak.

Dia selalu membuat masalah tatkala saya mengajar. Berlari sana, berlari sini. Kacau si dia, kacau si dewi. Menyanyi sekuat hati seorang-seorang. Dan “menyeluru” – kadang-kadang saya cakap, diajuknya dengan suara meleret-leret. Dibaling benda-benda atau alatulis kepada kawannya. Makan chewing gum dalam kelas. sesuatu yang sungguh saya pantang.

Suatu hari saya marah bagai nak rak kepadanya, rotan demi rotan kerana dia buat perangai sungguh-sungguh. Aduh. Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini! hari itu saya sungguh habis emosi..satu kelas terduduk diam melihat saya tersandar di kerusi meja guru.

::and suddenly the wind blew down, and the little angel sit still::

Kemudian, perlahan dia keluarkan buku dan salin dari papan hitam, hanya menyalin kerana dia masih bermasalah dalam membaca dan menulis. Duduk diam menulis di tepi sahabatnya lagi seorang yang mempunyai masalah pembelajaran yang sama.

Bukanlah dia faham apa yang ditulis. Saya bagai nak menitis air mata. Terharu? Sedih? Bersalah? Because i should have known better that he is ‘special’ and different. Dan selalunya kanak-kanak yang bermasalah selalu membuat perangai untuk menarik perhatian. Perhatian untuk saya membantunya kerana dia tidak reti dan tidak faham.

::terharu. lalu digambar::

Kemudian , dia bawa bukunya kepada saya untuk ditanda. Saya senyum dalam menahan sesuatu perasaan yang saya sendiri tak faham. “Nah cikguk..siap sudah aku..”. Ya, memang siap sudah, walaupun banyak kesilapan. Saya tanda dengan senyap dan puji “Ha, macamnilah baru cikgu tak marah dan sayang..”. Dia sengih menampakkan giginya yang tak sempurna itu.

Dia tak pernah menyimpan dendam terhadap semua rotanan dan dendaan saya terhadapnya. Takjubkan ALLAH ciptakan kanak-kanak sebegitu. Subhanallah. Malah rasanya, dia mungkin tidak pernah ingat semula perkara-perkara buruk yang lepas terjadi kepadanya..

Baru-baru ini, tatkala saya menahan salah seorang sahabatnya yang lambat membuat kerja, di waktu rehat, dia masuk sambil membawa masuk makanan dari asrama dalam bekas. “Nah R, ko ambik ani..makan tah..”. Di suanya nugget ayam ke arah R untuk dimakan. R mengambil dan meratahnya dengan lahap..saya biarkan saja kerana sudah waktu rehat pun.

Saya bergurau dengannya “Ba, kalau kamu indak mau nugget atuk, bagi sama cikguk.” Dia terus memberikan saya satu nugget, tinggal hanya 1 lagi. terharu. Saya terdetik untuk bertanya kepadanya, “kenapa kamu indak makan nugget-nugget atuk?”

“Aku indak makan nuget, aku makan ayam ngannya..” . Ketawa kecil saya dalam hati, menguntum senyum di mulut. “Nugget tu ayamlah..” “Indak cikguk, bukan..aku indak ada di rumah cemanik (macam ini). bukan ayam, ani..”

“jadi, di rumah kamu ada apa?” “Ada ayam ba, betepung atuk..”

“Digoreng atu? ” bual saya lagi. “Auk ba (ya lah). Karang (nanti) cikguk balik makan tah (lah) ayam betepung aa..”

“Ok”. terhibur saya dalam hati, kemudian terfikir nak bergurau lagi; “ Jadi minggu dapan, karang membagi tah lagi nugget arah (kepada) cikguk,ok?”

“Ba. 2 nugget arah cikguk, 1 arah R, a R?!” ujarnya sambil menjerit kepada kawannya tadi. Sengih kawannya dan sengih juga saya waktu rehat itu.

::camera-shy and cheeky at times::

Dia telah memaafkan saya berkali-kali. Dan mengajar saya erti hidup pada memberi.Tapi adakah saya telah memaafkan diri saya? Di atas kesilapan dan kesalahan saya sekarang dan terdahulu?

“If you are holding on to revenge..love can’t walk in.

If you are holding on to resentment, you are hanging on to being a victim.

If you are holding to being a victim, there is no space in your mind to be a victor…

…and the first person you have to forgive is yourself..” –

– dari buku Life Lessons for Mastering the Law of Attraction.

6 thoughts on “::nugget ayam dan kemaafan::

  1. kasian bah membaca entry ni {haha tetiba tukar accent}

    pernah mengajar tution once and found up anak murid tu disleksia sbb dia sgt lambat mengeja n tulis terbalik2 even dah darjah 5… hmmmm mmg perlu menyabarkan diri dari rasa jemu (sebab kena ulang ajar byk kali dan satu persatu..sedangkan murid lain dah dpt).. since that time tetiba rasa macam tak boleh jadi cikgu sebab byk kurang sabar berbanding sabar..

    cikgu mana boleh jemu mengajar kan?

    • bila pikir balik tatkala dia sua nugget tu,rasa sebak jugak.

      dah tahun 3, tapi masih masalah pembelajaran..wallahuaqlam sama ada dyslexic or not sbb tak dibawa untuk tested,

      you have to have the heart to be a teacher. kalau cikgu cepat jemu, apatah lagi anak murid bila belajar. and the kids know whether you are into it, or just doing it for the sake of dapat gaji.

      just have the heart. then if it become pleasant🙂

      • sebab itu sampai sekarang tidak mengisi kpli walaupun sudah ada yg membelikan no pin..

        bak kata my colleague ” dah agak dah, memang u tak isi punya borang kpli tu “

  2. puan eton:

    semua orang mempunyai kelebihan diri masing-masing…mungkin bukan semua orang berhati guru..tetapi ada juga berhati saintis, berhati peguam.

    atau berhati isteri dan berhati surirumah. ALLAH jadikan kita berbeza-beza bersebab..supaya kita appreciate apa yg kita ada dan baiki apa yg kita kurang..

    awak berhati isteri dan chef. saya harap nanti saya pon:).

    yang penting, apa pun kita buat, we do it ikhlas dan we love it.

  3. huhu…. ttbe rase sebak dan rindu ngan suasana kat sarawak… even, berasa amat bertuah sbb dpt balik semenanjung… (alhamdulillah)

    tp, kenangan dgn anak2 muridku yg dulu x terpadam di igtn… almaklum la… skola first posting kan… biler baca citer nie… teringat2 ngan ‘first children’ yg diajar… huhuuhu… rindu nyer dgn suasana itu…berlainan sggh ngan suasana di semenanjung…

  4. dear lin:

    most prob ni la my last blog untuk semester persekolahan tahun ini.

    saya pun rasa it will be way different, different story kalau saya pindah balik semenanjung.

    pun rasa sayu n sebak jugak difikirkan. but life needs to go on.

    i will remember him forever. and i will always remember my “first children”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: