erti hidup pada memberi


 

::simple. tapi menggembirakan::

 

saya sering tertanya-tanya “what is the fascination of kids with stickers?” Apakah sebenarnya ketertarikan kanak-kanak dengan sticker?

Saya dahulu, sewaktu kecil adalah pengumpul sticker terhebat. Masih ada tersimpan di dalam arkib rumah; beberapa buah album sticker yang dibeli di Parkson Ipoh, tatkala kami sekeluarga rajin merantau  menyusuri ‘jalan lama’ ke Kuala Lumpur sewaktu kecil-kecil dahulu. Dan setiap kali kami berhenti juga untuk makan Pizza di situ, hati saya sentiasa teruja untuk menjengah ke kawasan alat-tulis untuk membeli sticker-sticker yang cantiks.

 

::Reward Points:Stickerwise :)::

 

Sekarang, apabila menjadi warga pendidik dan melihat keterujaan kanak-kanak dengan kertas berbentuk yg berwarna warni dan mempunyai keupayaan untuk melekat di mana-mana, saya kembali tertanya dan terpukau dengan kebolehan benda yang simple ini menggembirakan dan memukau  kanak-kanak.

Persoalan itu terus terngiang-ngiang di kepala saya setiap kali tibanya  StickerDay untuk murid-murid Year 1. Malah, sehari sebelum itu, tatkala saya mengumumkan tibanya masa ‘chop’ mereka yang dikutip selama ini bakal ditukar ke sticker, muka- muka mereka terus bercahaya. Melompat-lompat kegembiraan sama ada secara individu atau berkumpulan. Seronok juga sebenarnya tengok mereka teruja.

Sejuk hati. Em.

 

::mr F with his 3 little birdies::

 

Sistem RewardforSticker saya ini telah lama saya laksanakan kepada kelas-kelas Tahap 1 yang saya pegang. Salah satu adalah untuk motivasi bagi pelajar-pelajar untuk lebih rajin untuk membuat kerja, dengan lebih kemas dan tulisan cantik, dan sebagai ganjaran kepada yang mencapai tahap-tahap yang saya tetapkan.

Juga sebagai pemotivasi diri saya supaya sentiasa kreatif dan lebih inovatif dalam mengkondusifkan suasana P&P. skema juga ayat, tapi benar🙂. Lagipun, daripada selalu merotan, lebih baik menggunakan perkataan  “siapa tak buat kerja/tak siap, tulisan tak cantik, etc., cikgu tak bagi ‘chop’ pada kerjanya nanti!”.

 

::miss S with her princess, fruits and birdy::

 

Saya perhalusi Sistem ini pada tahun ini dengan beberapa langkah, iaitu jika kerja mereka bagus,langkah pertama:  diberi ‘chop’ NEAT WORK. Satu, atau dua, (jarang juga dapat tiga pada satu masa), bergantung kepada hasil kerja murid pada satu-satu mas, di atas mukasurat aktiviti tersebut. Kadang-kadang jika bermain ‘language games, di Year 3, saya juga memberi ‘chop’ sebagai ganjaran pemenang berkumpulan atau individu.

 

::miss R with her Sleeping Beauty::

 

Jadi apabila habis sudah satu topik, atau murid kelihatan kurang bersemangat untuk belajar, saya akan membuat pengumuman bahawa besok hari adalah StickerDay.

Supaya mereka membawa kesemua buku latihan dan aktiviti untuk dikira jumlah ‘chop’ yang dapat untuk ditukar kepada sticker-sticker yang comels dan gebu, like in these pictures, they have the fur-like quality that made the children glides their finger over it, again and again.

Sungguh irrisistable, serius. saya pun tergoda.

 

::mr S with his little chicky::

 

Ada juga waktunya saya sengaja mengumumkan StickerDay adalah ‘hari ni’, supaya mereka sentiasa membawa buku ke sekolah, dan tidak terlepas, ‘just in case’.

 

::miss A with Belle' and the birdie::

 

Jadi macamana saya beritahu berapa banyak chop untuk satu sticker? Itu bergantung kepada jumlah purata bilangan chop yang didapati oleh seorang murid pada hari StickerDay. Saya tak umumkan dahulu, supaya tak nanti saya kena ubah mengikut keadaan, kerana bagi saya StickerDay adalah hari memberi.

Semua murid patut mendapat sekurang-kurangnya satu sticker sebagai ganjaran pada hari itu. It is always a win-win situation on the day. Nobody should feel like a loser, and especially for kids, maybe they will remember it forever.

 

::mr. Sh with his blue chick::

 

Saya ingat sampai sekarang kerana guru sekolah rendah saya juga mengamalkan sistem reward ini. Akan tetapi, pada waktu itu adalah sistem bintang, dan kutipan bintang-bintang itu akan diterjemahkan dalam bentuk jadual pencapaian ‘bintang’ seluruh kelas, yang dipamerkan di belakang kelas.

Dan setiap hari saya dan rakan-rakan pergi membelek bilangan bintang yang kami dapat (diwakili dengan bulatan puncher berwarna mengikut bilangan), dan siapa yang tertinggi, dan berapa banyak lagi untuk mengalahkan yang tertinggi.

 

::miss D with her Ariel::

 

Berbalik kepada kisah ini, kali ini sticker-sticker mereka  dilekat di belakang front cover buku aktiviti mereka sebagai motivasi dan juga peringatan diri, sejauh mana telah mereka berusaha, dan berapa banyak lagi ruang yang boleh dipenuhi oleh sticker.

Guru kelas saya yang hebat tadi saya telah menginspirasi saya dalam erti berjuang dan erti hidup pada memberi. Terima kasih kepada guru itu. Terima kasih.

“Dan tidak ia (Allah S.W.T.) menanggung budi sesiapa pun, (dengan amalan mereka) yang patut dibalas, melainkan (bagi) yang hanya mengharap keredhaan tuhannya yang Maha Tinggi, dan sesungguhnya ia akan dipuaskan hatinya. (Dengan dikurniakan apa yang diharapkan dari Allah S.W.T.)” [Surah al-Lail ayat 19-21].

Amin🙂.

p/s: perkataan ‘erti hidup pada memberi’ saya pinjam dari blog uzt haszrizal di saifulislam.com.

2 thoughts on “erti hidup pada memberi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: