perintah berkurung


 

 

::under 'house arrest'::

 

em. laparnya. lapar makanan yang sebenar. lapar makanan bergoreng. oh.

harikedua perintah berkurung doktor akibat kes keracunan makanan saya. lima hari sejak saya mula simptom. empat hari sejak kali terakhir saya makan makanan sebenar (hari kedua saya sakit, tak dapat menahan diri memakan nasi goreng ayam, malam itu terus relapse sakit. teruk).

 

::oh yum. kolo mee..(menitis air mata)::

 

pada mulanya saya ingat yang denyutan-denyutan di kelopak mata kanan saya adalah petanda sesuatu yang baik akan berlaku. (ya adik saya akan kata khurafat semua itu–> betul). kemudian ke sebelah kiri, kemudian kadang-kadang kedua-dua belah kelopak mata.

rupanya ia adalah petanda awal bahawa badan saya memberitahu yang saya mulai kekurangan garam (elektrolit) dalam badan.  kekurangan air dan garam adalah salah satu kesan dari keracunan makanan. kesan-kesan lain adalah muntah, diarhea dan juga keletihan.

memang letih. susah nak fokus juga. terpaksa juga ambik ujian PTK yang 2 kertas jumlahnya dalam keadaan sedikit out-of-fokus dan terawang-awangan. Konsultasi kedua ke Dr. T, yang tatkala itu sdang berkejar-kejar ke mesyuarat dan saya merupakan pesakit terakhir tengahari dan hari itu, mengesahkan keadaan saya yang kali pertamanya ingat sekadar gastrik. ” Saya bagi kamu arang aa..bukan arang barbeque a..untuk makan..”. Medicinal Charcoal.bertujuan tuntuk membuang toksik dalam badan. Dia memeriksa suhu badan, 36.7darjahC normal, dan tekanan darah, juga normal, Alhamdulillah. Jika saya mengalami demam dan keabnormalan tekanan darah, mungkin keracunan yang lebih serius.

 

::oh. sedapnya. breakfast di Mega Hotel, Miri. (tears)::

 

Dr. T tegas. “Jangan makan apa-apa bergoreng a. Makan makanan rebus saja, bersup, oats ka or roti.” Aduh.  Amaran yang sama salah seorang pakar perubatan lain sebelum ini pernah menasihati saya, tapi saya buat endah tak endah. “Dan jangan keluar mana-mana, duduk rumah saja. Sebab kamu cepat letih. Rehat aa.” Saya melihat perancangan hujung minggu saya itu seperti terpaksa dilemparkan ke luar tingkap.

Pengajaran diri saya di bawah topik ‘Ingat 5 Perkara, Sebelum 5 Perkara’: “Ingat Sihat Sebelum Sakit”. Pada malam itu yang saya agak menderita sakit, terngiang-ngiang..“is it worth it if i was stick thin, but always in pain? rather than a bit plump but good in health?”. I learn my lesson very well. Mak saya mengomel “dah la kuruih, sakit ni pulak, lagi la kuruih..”.  “Jadi lidi la ma..”, saya balas dalam tawa, tapi terasa juga susut sedikit.

Pagi tadi, Mama, the best ever motivator and influencer of good moral value in my life, telefon untuk bertanya khabar dan memberitahu berita (kerana dia tahu saya jarang menonton berita) mengenai beberapa orang pelombong tembaga di Chile yang terperangkap selama lebih 30 hari di lombong tertimbus, baru dijumpai baru-baru ini hidup. ” Depa survive makan sesudu ja sardin dalam tin setiap hari selama sebulan tu..pikiag balik kita yang kat atas ni (tak tertimbus) kena bersyukur la ada cukup makanan nak hidup, kan? Hmm..”. Thanks Ma for the wake-up call.

 

::doakan cukup sihat supaya boleh capture moments like this lagi..(n76).::

 

Sampai sekarang saya masih tak tahu punca dari mana saya keracunan, tapi itu bukanlah isu. This is ALLAH’s way as a wake-up call for me to take a break from all the stressful things in my life, and take stock of what matters, and just rest.

Alhamdulillah, walaupun masih lagi terasa lemah (dan lapar untuk makanan sebenar), saya terasa ketenangan di dalam kerehatan saya sewaktu perintah berkurung ini.

Tolong doakan saya cepat sembuh dan kembali ke kecergasan awal. Tapi not to soon. Just in the right time.

No rush.🙂 Amin.

8 thoughts on “perintah berkurung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: