:: Top 5 Kesyukuranku Hit List::


::teratai layu di tasik mas :)::

Kawan saya, juga salah sorang sifu fotografi, Mr. Nikon mengingatkan saya mengenai bulan Oktober ini, iaitu bulan Fotografi di saluran National Geographic. Memandangkan hidup saya yang ketiadaan Astro, maka tadi untuk  “meningkatkan dan menambahkan ilmu keprofesionalan” saya, in between classes saya bertenggek di depan Astro Kampus untuk “mentelaah” kehebatan jurugambar-jurugambar NatGeo. Tapi rupanya, rancangan yang berkaitan adalah pada waktu malam. Maka saya mengubah ke saluran ke 3 kegemaranku (selepas Discovery Ch.) iaitu History Channel.

Kebetulan rancangan bertajuk Ritual Killings (Pembunuhan secara Ritual). Menarik secara insaf jugak tengok ke-atrocities-an manusia sepanjang zaman. Ada satu kisah mengenai genocide-mass killing penduduk-penduduk Kemboja semasa pemerintahan rejim Pol-Pot (quote: “hanya mahu 2 juta penduduk..yang ada 8 juta”…).  Seorang lelaki yang pada waktu kecilnya ditahan sebagai buruh di kem genosid itu, telah dilatih untuk main seruling kepada orang-orang yang bakal dibunuh, supaya jeritan mereka tidak didengari oleh orang lain.” Kalau saya menunjukkan emosi ketika askar-askar Pol Pot mengapak mangsa-mangsa dan ditolak masuk ke dalam lubang, saya sendiri akan menjadi mangsa. Jadi saya perlu menahan emosi dan membutakan hati, walaupun mata saya hendak menangis. Sampai sekarang, saya masih tak boleh tersenyum dan trauma..”.

 

::the struggle for the weak to survive::

 

Saya insaf. Selalu hati ini teringat perkara-perkara yang tiada, selalu bergundah-gulana. Sedangkan lelaki tadi sekarang memulakan program Kesenian Tradisi Kemboja di Amerika, setelah diselamatkan oleh sukarelawan di sempadan Vietnam-Kemboja sewaktu akhir rejim tersebut. walaupun dia masih trauma.

Maka saya mulakan langkah kesyukuran saya, untuk Alhamdulillah di atas perkara-perkara yang saya bersyukur dalam hidup saya, dalam tiada tertib tertentu, dan off the top of my head;

1. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang memahami dan menyayangi saya; Mama yang sentiasa menyokong apa saja saya buat (within reasons), dan sentiasa ada di situ apabila saya ada dalam kesusahan dan kesedihan tanpa bertanya banyak soalan, adik yang selalu memberi nasihat ikhlas walaupun tajam, kerana kadang-kadang saya sentimental, dan memberi bantuan tanpa mengira masa dan waktu, dan abang  yang  ‘calm and collected’ memantau keselesaan dan keadaan saya dari jauh. Family moulds us into what we are today..and because of my family, i am who i am today,under His guidance. Bless all of u. Amin🙂

 

::standard gambar goofy keluarga..ngee :)::

 

2. Saya bersyukur saya ada kawan-kawan yang setia dan baik, seperti guardian angel. Kawan-kawan terapat saya, tanpa saya perlu sebut nama kerana mereka sudah tahu siapa mereka, seperti benteng yang perkasa dan tegar. Sering menghulurkan tangan kepada saya tatlala saya kerap jatuh, membersihkan kecomotan muka dan pakaian saya dari sisa-sisa kesedihan dan mendengar ratapan dan ngomelan yang mengiringi air mata yang jatuh. Lagi dan lagi. Tetapi mereka tetap memeluk saya dan berkata ” It’s ok, Lisa. I am here for you no matter what. Don’t worry.”. May ALLAH bless all of u who had stood by my hardest time.

 

::old friends like, myBFF since forever, Hani :)::

 

 

::new friends, like Miss Le' Petite but with a big heart, Seha :)::

 

3. Saya bersyukur kerana saya cintakan kerja saya. Saya suka mengajar  dan menginspirasi kanak-kanak. Saya suka mengajar di sebuah sekolah yang di dalam alamsemulajadi yang cantik, setiap pagi disambut oleh teratai putih di tepi jambatan gerbang, dan balik dilambai pulang oleh teratai ungu. Pagi  dan petang dapat melihat kebiruan langit dan kehijauan alam (dan tak lupa kecoklatan air sungai).

 

::i just gave them the flashcard. then they teach among themselves. clever huh?::

 

 

::teratai yang menyambutku ke sekolah pada waktu pagi::

 

4. Saya bersyukur kerana saya ada G11 saya untuk di bawa kemana-mana, untuk merakam saat-saat indah umur ini bersama kanak-kanak yang nanti akan menjadi pemimpin masa hadapan, merakam flora dan fauna di sekeliling saya, dan merakam memori-memori untuk tatapan masa hadapan. dan saya suka blogging. kerana di sinilah hampir kesemuanya dimurnikan dari hati dan jiwa, dalam bentuk gambar dan tulisan.

 

::untuk PJK, permainan tradisional:congkak, korek lubang di tanah bawah asrama. kekal sampai sekarang::

 

 

::sweet. momen klasik bersama kelas tergauk dan guru kelasnya::

 

5. Saya bersyukur kerana telah ditentukan oleh-Nya, pilihan-pilihan hidup saya adalah sesuatu yang saya tidak pernah sesali, dan ia tidak menghantui hidup saya, Insyallah. Bersyukur yang apa yang telah dikecapi dan tidak dikecapi, adalah sebenarnya yang terbaik, jika tidak, mungkin hidup saya teruk atau terseksa olehnya. Alhamdulillah.

 

::hidup baik. kawan baik.makan baik, insyallah::

 

“Terimalah semua yang ALLAH beri padamu dan jadilah kamu termasuk dalam orang yang bersyukur”-Surah Al-Araf, ayat 144.

Syuqron. Allahumma inni a’ u’ zubika minnal hammi wal hazani…Amin.


4 thoughts on “:: Top 5 Kesyukuranku Hit List::

    • mr JP,

      jika anda ‘perasan’ (noticed), ada banyak lagi gambar org lain di blog ini.

      mungkin kerana anda menantikan kehadiran gambar sendiri di selitkan di sini?:)

      he he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: