Surat kepada Tahun 6


::the 2010 six-ers::

Risau.

4 days to go till UPSR . Macam tak percaya tahun 2010 sebegitu pantas.

Syahdu juga. Ada kebarangkalian tahun ini adalah tahun terakhir saya memegang kelas Sains Tahun 6 di sini. tahun terakhir saya di sini. Wallahuaqlam.

Lama saya fikir apa yang saya nak cakap mengenai kelas ini sebagai motivasi, dan juga sebagai penghargaan kerana memberikan satu lagi pengalaman baru kepada saya?

” Dear  Nawawie, Naimmatul, Hanirah, Saidatul, Syairah Tasat, Syairah Tambin, Amanina, Nazura, Lailatul, Zainol, Hadi, Syafiqah, Badirah, Amirah, Iqmal, Nazrin, Mutalib, Farah dan Syafiqah…

::crunch time, guys. thanx cg nasuha for the diagram:)::

Tahniah dulu cikgu ucapkan kerana berjaya sampai pada tahap ini. Kamu semua telah berjaya menyahut cabaran cikgu untuk bersaing lebih jauh daripada apa yang kamu dapat buat.

Secara jujurnya, pada awal-awal tahun, cikgu teramatnya risau dengan kelas kamu. dengan peratus kegagalan yang tinggi, dan kelakuan peribadi yang caca merba..cikgu tahu kamu semua bakal menjadi kelas tercabar tahun 6 yang pernah cikgu pegang. Tapi kamu semua mesti sudah tahu cikgu sukakan cabaran kan?

::study smart,play smart ok?::

Cikgu ingat lagi ngomelan cikgu kepada Madame J, ” i seriusly don’t know (the outcomes of) this class. this class is not like last year’s..”. Kamu tahu apa dia cakap? ” Every year you say like that..”. Setiap tahun cikgu akan mengomel sedemikian, dan setiap tahun kelas itu akan menunjukkan prestasi lebih baik berbanding tahun lepas. Mungkin itu adalah trend sekolah ini. Late bloomers..atau seperti cikgu selalu guraukan, “kamu semua pandai, tapi malas saja..”

::the kids still blur with the variables::

Cikgu minta maaf jika cara cikgu mendisiplinkan kamu agak ekstrim. i have to be cruel to be kind. Suruh kamu masukkan kedua-dua belah tangan ke dalam kasut dan angkat kedua-dua belah tangan tinggi-tinggi kalau tak bawak buku, di luar kelas supaya semua orang nampak..pun kamu sendiri sedar kamu semua masih tak makan saman. Tapi lepas saja cikgu paksa yang ‘memejal’ (degil) tegar tu gigit kasut kawan kamu ..semua orang dah bawak buku dan siap kerja rumah kan?

Seperti cikgu cakap, kalau cikgu tak sayang kepada kamu, cikgu biar kamu tak bawak apa buku langsung ke sekolah pun tak apa. tak datang kelas tambahan pun tak apa. tapi cikgu sayang. cikgu peduli..sebab tu cikgu tunggu depan pintu kelas dengan rotan bila kamu lambat dan denda bila kamu tak ikut arahan. because i care and i love all of you.

::geng gauk(nakal) settling down in study mood. i like::

Alhamdulillah, pada saat-saat terakhir, kamu semua berjaya pull yourself together to settle down for the exam. Geng-geng yang gauk pun sudah mula nampak ada perubahan. Kerja rumah pun walaupun ada beberapa kekangan, tapi yang penting adalah kamu buat. dan kamu cuba. Kesemua penat lelah cikgu terubat bila cikgu tengok kamu bersungguh-sungguh buat kerja dan menjawab.

::mutalib semakin rajin dan berjaya..Alhamdulillah::

Cikgu paling seronok tengok kamu yang selalu nampak malas, dan lemah dalam pelajaran, semakin rajin dan berusaha. Jangan putus asa. Masa sentiasa ada untuk kamu..selagi belum peperiksaan.

I am here for you if you need me.

::i told them to ketawa instead of smile. great shot:

Cikgu harap kamu berusaha sebaik mungkin pada hari UPSR nanti. Cikgu serta yang lain akan mendoakan kamu semua supaya mendapat kejayaan yang terbaik untuk diri sendiri dan sekolah. Tapi ingat, doa perlu disertakan dengan ikhtiar.

ALLAH tidak akan membantu hamba-Nya yang tidak membantu diri sendiri.

:: there's a reason why i like kids. they are co-operative::

Cikgu juga harapkan kamu dapat memberi suatu kejayaan yang terbaik sebagai hadiah perpisahan, dan juga hadiah pencapaian peribadi cikgu sepanjang cikgu di sekolah kamu. Dan cikgu harap kamu ingat semua kenangan kita bersama, kerana dalam kelas Sains cikgu, bukan sahaja kita study hard kan?

We also play hard, rite?.:)

::Good Luck, kids:) i pray for your success. Amin::

Fisabilillah, year 6. Semoga ALLAH memberi ketenangan dan keterangan hati kepada kamu dalam saat-saat genting ini, dan semoga Dia memberikan kejayaan yang setimpal dengan usaha kamu selama ini. Ya ALLAH, berkatilah anak murid aku ini dan berikanlah mereka semangat dan daya juang. Amin.

Love,

Cikgu

4 thoughts on “Surat kepada Tahun 6

  1. Splendid!Great!Good Job! And all the praises for you…wah mmg touching la bila baca blog nie…kalo saya jd bdk2 thn 6 tu…mesti menangis teresak2…paling seha suka statement, “I have to be cruel, to be kind.” Then, “….tapi cikgu sayang. cikgu peduli..sebab tu cikgu tunggu depan pintu kelas dengan rotan.” Dat’s very sweet statement of you..rely. Btw, cner buat signature tu?cantiklah..hehe..

    • thank u:)

      i also shed some tears while reading back. and some of the statements are some of the bebelan yang selalu diulang-ulang dalam kelas.

      dan ya, sekarang mungkin i am the most fierce teacher there. but i don’t care because what matters most is the the student.

      cruel to be kind: at times they need to learn the hard way; tak makan saman.

      signature–> klik at my signature at my left sidebar.then u will know😉

  2. liss, syahdunyer.
    kalau diorg baca tulisan hang ni mesti bertambah semangat depa nak exam.
    wish all you & ur student the best of luck for 2010 UPSR.

    mana tahu lepas ni dapat pindah semenanjung, mesti mereka akan kenang hang sampai bila2;)

    p/s: tetiba semangat nak tukar profesion:p

    • oh. hmm.

      mood syahdu belaka.
      i thought of reading it to them. but overall, apa yang ditulis adalah ngomelan sepanjang tahun aku kat depa.
      who knows, maybe if i have the time to read it to them before the exam next week.

      tak ingat pun takpa, asal depa berjaya lepas ni pun aku cukup bersyukur. kenang aku sampai bila2 tu satu BONUS bagi aku..

      p/s: if you love what you do, it will show and feel in the heart. no matter what the profession is. follow your heart beb.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: