::Projek Kad Raya::


hari itu, saya kalut, kepala kusut dan buntu. hari terakhir saya ada di sekolah sebelum pulang ke kampung halaman untuk Syawal mulia. Nak masuk kelas Y3 pun saya kaget hendak buat apa…

pagi itu , saya berdoa supaya diberi ketenangan hati dan petunjuk untuk hari ini, dan juga seterusnya.

::terharu. dan katun-katun tersebut mengingatkan saya kepada..he he he::

Allah hantar jawapan kepada saya daripada anak murid saya sendiri.

Dan pada hari itu, cetusan daripada kad raya yang saya terima daripada Hadi, saya ingat kembali tradisi saya bersama setiap kelas sebelum apa-apa perayaan penting. Saya beri kertas putih dan magic markers dan yang selebihnya terpulang kepada mereka untuk merekacipta kad masing-masing. Saya percaya imaginasi mereka akan membantu.

::hadi(lukis): 'aku ada sudah kad raya banar2. tapi aku mau ditambahi'. kids::

lama sudah saya tidak menerima kad raya snailmail ini. semasa saya memandu baru-baru ini, terdapat pesanan komuniti Traxx.fm mengingatkan supaya kita semua kembali nostalgik dan evergreen, dan memulakan kembali tradisi menghantar kad raya.

::4 Abdul kerja sepakat membawa berkat::

dalam dunia yang berusaha untuk bebas-kertas (paper-free) dan tanpa sempadan (borderless), ada juga tradisi yang semakin dilupakan. sebagai salah seorang pecinta sejati kepada penulisan, saya rindu juga menerima kad raya snailmail.  saya merupakan antara jaguh penulis surat dan kad; kad raya, kad hari jadi, kad semua jenis perayaan yang kawan-kawan saya di Convent dulu rayakan.

::bab-bab seni memang laju kelas ni. em::

cuma sejakduamenjak kebelakangan separuh dekad ini, penularan penggunaan SMS dan MMS telah memberi kesan kepada tradisi saya ini untuk menyampaikan ucapan dan doa kepada rakan taulan dan saudara mara.Tiada sudah gerai-gerai menjual kad raya yang mencendawan di celah-celah bazaar Ramadhan. Tiada sudah pembelian setem secara berpukal. Tiada sudah ngomelan “cukupkah 3o sen setem nak sampai Johor?”. Tiada sudah menunggu posmen di depan pintu rumah untuk menunggu pembalasan kad raya dari orang yang dikirim.Tiada sudah ‘pertandingan’ antara adik beradik atau kawan-kawan mengenai ‘siapa yang dapat paling banyak dapat kad raya?’.

::rainbows of colours,oh yee::

Tiada sudah pokok kad raya yang selalu ada menghiasi sudut rumah tatkala Aidilfitri menjelma. Trend terkini adalah tag-menge’tag’ dalam Facebook.

Where had the joy of sending and receiving greeting cards nowadays gone? I missed that. And I am guilty of the offence too.

::Yusmi(left)& Jack(right):walaupun kureng skit baca&tulis, but amazing drawings. huh::

kadang-kadang saya bersyukur kanak-kanak di sini masih innocence in a way, di mana mereka masih boleh bertanya “Facebook, teacher? apa tuk?”. dan saya kagum dalam arus kemodenan dan komputer dan telefon bimbit, masih ada kanak-kanak bersungguh-sungguh membuat kad hari raya sendiri. Seperti Izzat, yang mempunyai masalah membaca dan menulis, bersunguh-sungguh menyalin perkataan  dari papan hitam untuk kadnya buat guru-guru tersayang.

::at times, izzat is adorable like this::

Izzat menyiapkan 3 kad, walaupun menerima bantuan dari Fitri, murid bijak kelas. tapi walaupun. ( terngiang-ngiang perkataan..”cikguk? aku mau satu lagik (kertas)..”. twice. kertas draf blog ini yang saya tulis dengan pensel pun saya serah kepada dia)

Salam Aidilfitri semua. Maaf Zahir Batin. Semoga Syawal kali ini, kita buang yang keruh, dan ambillah yang jernih pada langkah-langkah hadapan.

::duta tak rasmi SKG:)::

Pecah kaca. pecah gelas. lepas baca. harap balas.🙂


6 thoughts on “::Projek Kad Raya::

  1. kad raya..bru kelmarin sya dan kawan-kawan bercakap pasal kad raya…..hihihi…betapa org sudah semakin meminggirkan kad raya..hmmm

    • welcome back mr nikon🙂

      ya..saya pun tadi singgah Popular, sudut yang menjual kad raya masih berlambak,tiada langsung orang sedang browse di situ..

      harap tradisi ini tak hilang..cause i would love my children to love writing too..kan?

      • org browse e-card je skarang ni..hihi
        klu dlu berusahalah juga utk dpt banyak kad raya utk lekat kat dinding..gantung sana-sini…wat 2 say..things has change

  2. mohq:

    em. the wave of modernity have swept away our very own well-loved traditional habits..

    maybe next time, i will revive this tradition among my schoolkids. my high school used to do this gift-giving tradition between classes,masa Valentine (ok, so it was Convent) or “Dedication/Request”..di mana kita buy this few RM chocs (hersyes) and the comittee members akan tolong hantar class by class to the person intended.

    can exchange it with kad raya kan? emm..nice. he he.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: