inspirasi musafir Ramadhan


Dalam minda ini ada dua blog yang sepatutnya dimurnikan. dan telah ada dua sesi photoshoot untuk pemurniaan blog itu. Insyaallah, jika tiada aral.

::teaser blog 1: kisah year 3 lagi (n76)::

::teaser blog 2: kisah year 6 (ni pic 2009)::

akan tetapi, September datang secara mengejut. Rupanya tiba masa lagi untuk saya bermusafir pulang ke kampung halaman. Persiapan demi persiapan saya lakukan untuk Syawal kali ini. Dan juga persiapan demi persiapan untuk para pelajar sempena cuti berhampiran UPSR ini, yang saya agak lama tidak akan ada di sekolah.

ini bukanlah satu nukilan blog yang menginspirasi. tetapi blog yang terinpirasi daripada sokongan teman-taulan dan juga kenalan di atas penulisan saya yang tak seberapa ini. terima kasih.

tadi saya ada terima emel trackback dari blog Friendster yang lama saya, “Life in Pictures”(http://nurlisaahmadzaki.blog.friendster.com/2009/02/life-in-pictures/#comments ). kali pertama dalam sejarah saya menulis blog mendapat trackback.  secara jujurnya, saya sendiri tak tahu apa itu trackback. atau RSS. atau whateves.

Blog saya itu sendiri , yang bertarikh Februari 2009,saya rasakan juvana. tiada intipati, mungkin hanya untuk mengisi masa lapang dan tiada hala tuju atau idea kukuh. Maka apabila dibaca kembali, hairan juga mendapat komen tersebut:

” I saw this really great post today. I really love your blog and it’s obvious that you put a lot of hard work into it! Keep up the good work and back to writing! You’ve got me hooked now!…”

Pada mulanya saya agak terharu dengan komen yang diberi..akan tetapi apabila diolah semula terasa seperti ia seperti ‘generated comment’ yang di letak pada blog saya sekadar untuk pengiklanan. Akan tetapi, setiap awan ada garisan peraknya; every cloud has it’s silver lining. kerana ia secara tak langsung membawa salah satu quote yang dekat di hati

Daripada novel ‘Atonement’ hasil Ian McEwan, juga dihasilkan filem lakonan Keira Knightly dan John McAvoy.Quote Briony Tallis,antara watak utama, si cilik berjiwa sastera  (yang saya alihbahasa sendiri dari bahasa inggeris):

::kisah Briony yang berimaginasi tinggi::

“..imaginasi itu sendiri adalah punca kepada rahsia-rahsia… berkias-kias dalam perkataan adalah terlalu menjurus, terlalu mendedahkan diri, terlalu malu untuk memberitahu orang lain. walaupun  menulis ‘dia kata..’ dan ’selepas itu..pendedahan diri tidak dapat dielakkan pada saat (penulis ) menulis mengenai kelemahan watak,pembaca akan menspekulasi sama ada (penulis) sedang menulis mengenai diri sendiri…’

Dalam. Sungguh dalam.

Semoga musafir saya ini juga mencetus inspirasi untuk memurnikan blog-blog tersebut.  Semoga saya dan musafir-musafir Ramadhan lain selamat sampai ke kampung halaman masing-masing. Amin.

Tak sabar! Em🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: