::awan-awangan::


::clouds on my balcony (n76)::

bilik saya sekarang ada balcony. kadang-kadang rasa hendak letak porch furnitures..boleh lepak situ pagi-pagi dan petang-petang. bila gamaknya itu akan berlaku? kadang-kadang rasa mitos sahaja…

::lelucon Barat mengenai surga yang lebih efisyen tenaga::

ada perumpamaan dalam bahasa inggeris, kalau seseorang itu nampak terlalu gembira dan terawang-awangan, we say that ‘she is on cloud 9’. dalam kartun-kartun Barat sering dilukis, malaikat-malaikat mereka yang berupa manusia berpakaian putih, dan bersayap digambarkan berehat dan berjenaka sambil bermain ‘harp’ di atas awan-awan yang diandaikan ‘awan ke sembilan’ ini, juga kadang-kadang diandaikan seperti syurga.

::i hate feeling gloomy::

dan di sebaliknya, apabila seseorang itu bermuram durja (gloomy), atau ada terpancar di riak mukanya satu keredupan yang berpanjangan, digambarkan pulak dengan ayat ‘there is like this black cloud hanging over her’.

Tak menghairankan kenapa mereka asyik dengan awan-awan ini sehingga dijadikan perumpamaan untuk perasaan. kerana bagi saya sendiri, melihat awan itu adalah suatu pengalaman yang menimbulkan pelbagai perasaan. Lebih-lebih lagi apabila saya diposting ke sini.

::pemandangan pagi 17 Ramadhan dari tamu Limbang::

what is it about Limbang and it’s cloud? moreover it’s sky? what is it about them?

::burung pun berehat sambil lihat langit::

kenapa saya selalu tertarik untuk sentiasa mendongak ke atas?

kenapa awan di Limbang ini sungguh ekspresif? tatkala pagi, tengahari mahupun senja?

::petang yang pada mulanya 'deceptive'::

kejadian awan itu sendiri merupakan satu keajaiban. merupakan satu perubahan bentuk air sewaktu proses penyejatan di Bumi, naik ke langit dalam proses kitar air, dari bentuk cecair ke bentuk wap air. kejadian awan, hujan dan kemenjadian ais-ais di kutub utara serta selatan merupakan kuasa ALLAH untuk menyeimbangkan jumlah kadar air di Bumi. jumlah air di bumi tidak pernah berkurang, dan tidak pernah bertambah..dan ini adalah fakta alam oleh ketentuan-Nya.

::senja 16 Ramadhan..biru, jingga langitku dari balcony rumah::

senja baru-baru ini, 16 Ramadhan, saya jenguk keluar dari tingkap bilik sewaktu senja. Langit menjingga. Subhanallah. Cantiknya langit dengan tarian awan-awan bersusun hendak kembali ke ufuk petang itu.Terpaku. Terus klik, klik.

::Senja 16 Ramadhan. Dari balcony bilik::

::Senja 16 Ramadhan. Pandangan sisi dari balcony bilik::

Bulan juga menjengukkan diri bagai meraikan pertengahan Ramadhan. Seperti mengiyakan kata-kata Uztaz Hasrizal , “Separuh Masa Piala Takwa sudah bermula, wahai muslimin-muslimat!”

::Malam 16(or 17?) Ramadhan. 1st night shot. sedikit comot. serem juge::

Dalam rentetan mencari inpirasi tadi, kebetulan saya baru menghabiskan surah Ar-Rum, terjumpa saya tafsiran ayat 48 dan 49 berbunyi:

(48)Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;

(49) Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum diturunkan hujan kepada mereka, adalah orang-orang yang telah berputus asa.

::Pagi 17 Ramadhan.6.30 am. Kg Seberang Kedai. pagi yang nyaman:)::

Nasihat kepada diri sendiri : Jangan putus asa dengan rahmat-Nya.  Kerana rahmat-Nya ada di mana-mana. Cuma kadang-kadang kita terlupa di mana untuk melihat.

Kadang-kadang cuma perlu dongak ke atas🙂.

Wallahuaqlam.

(Doa pertengahan Ramadhan saya: Ya ALLAH, dipermudahkanlah dan dipercepatkanlah perkara-perkara yang baik, dan dijauhkan dan dihindarkan perkara yang buruk, maka berikanlah ketenangan dan keredhaan aku terhadap ketentuan-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Dan Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa. Amin Ya Rabbal Alamin)

5 thoughts on “::awan-awangan::

    • nas: i hope you will not feel so down so much ok?:) ya, semoga Allah permudahkan semua urusan kita, Amin.

      shamz: kdg2 kita perlu lihat ke atas, dalam usaha menundukkan diri. Insyallah, bumi dipijak tidak dilupai. btw, nampak macam lisa ni makin lupa bumi ker?:)

    • cik eton:

      sayang seribu kali sayang. kerana langitlah antara view paling cantik.

      maybe sebab dah ada isteri yang pandai masak, who needs a blog anyway kan? (winks)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: