rindu/sayang


::Mr. Amir Sukry Nazreen::

“cikgu!”

saya menoleh ke arah Amir Sukry Nazreen, dalam kesibukan pagi kelmarin tadi hendak memberi kata akhir kepada kumpulan Reading Programme for Year 1 di perhimpunan pagi tadi. Perlu pastikan mereka membaca buku ‘Red and Yellow and Blue”.

“Cikgu cakap cikgu kursus sehari ngannya? (sahaja) “. menjuih, mata membulat, seperti menuduh saya melakukan satu kesalahan besar.

“Eh, ya ka? Cikgu membagi tau, seminggu ngannya”  Saya tersenyum di bibir, dan membunga senyum di hati. Sambil berfikir secara spesifik, info tepat yang saya sampaikan Jumaat lepas..flashback saya di meja guru mmberitahu yang saya kursus minggu hadapan..tapi tak dapat ingat balik intipati pemberitahuan saya.

“Kenapa, kamu semua rindu cikgu ka?” ..usik saya manja, dengan kerlingan mata ke arah Amir Sukry Nazreen. Dia tersengih dengan giginya yang jarang-jarang.. “Ouk cikguk, kami se-mu-wa rindu!”..sambut Diana dan lain-lain.

::ketika aksi Poem 'Jumping Jack' - priceless::

Saya kalau boleh, tak mahu ada favourite di dalam kelas, tapi setiap murid dalam Year One ini adalah unik.  Dengan Amir Sukry Nazreen, you just can see the childish adoration and love from his eyes. And it is very hard not to adore and love him back. And with a name like that, i just feel it needs to be called out in full.

Sebelum ini, Shakrolrizal pernah melapor “”cikgu, cikgu..Amir Shukry Nazreen cakap dia sayang cikgu..” saya tersengih dan berhenti menanda buku ketika tiba-tiba Shakrolrizal datang ke meja. “Banar ka?” Amir Sukry Nazreen tersengih malu, mengangguk.

Children are so darn honest and adorable.

Seminggu sudah saya tidak ke sekolah gara-gara kursus Profisiensi English itu. Saya pun rindu sekolah.

::pelangi di hujung ufuk (n76)::

Rindu melihat ketenangan air sungai Limbang pagi-pagi dan langit pagi memecahkan subuh tatkala menunggu di tamu.

::Boss Perahu Penambang kami, si Imran (n76)::

Rindu menghirup udara segar ketika menaiki perahu menyusuri sungai, dengan bayu pagi sejuk melimpas di muka, walaupun memang sejuk benar.

::View dari hujung pickup. pagi. Salam Kemerdekaan, semua::

Rindu menjengah dari hood sweater hot pink saya yang lusuh sudah, menjengah melihat pemandangan hijau kiri dan kanan, atas awan keluar beratur mengambil tempat, dan bawah jalan tar berlopak-lubang di sana sini. Sakit badan, terhentak-hentak dalam pick-up selama 15 minit, tapi rindu juga.

::Subhanallah. Langit cantik biru. View dari keta ke hujung jalan::

Rindu sekolah. Rindu suasana yang dihadiahkan bersamanya.

::Macro shot : Cik Siput. Melintas sewaktu ke kelas..::

Rindu murid-murid. Sayang juga sebenarnya.  Bagaimana agaknya…emm.

::where has the days gone?::

Terdetik nak selitkan doa kasih sayang dari Surah Yusuf ayat 4, yang juga indah terjemahannya.

“(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku” ”

Bukankah mimpi itu sungguh indah. Saya aminkan doa dalam hati ini , beserta doa itu.

Amin Ya Rabbal Alamin.🙂

4 thoughts on “rindu/sayang

  1. dat boy is so cute…….hmm i like this one…the best part of this blog is…”gambar cik siput” it’s so cute too….thumbs up for u to capture a moment like dat….^_^

    • amir sukry nazreen memang cheeky boy. he knows he’s bright and cute, kinda egoist. ha ha suka menarik perhatian orang.

      encik siput tu, kak lisa turun2 tangga bilik guru, dia dok panjat tebing tu, terus kak lisa patah balik ambil g11 turun amik gamba..ha ha ha..priceless..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: