::kulitku coklat::


::check balik..yes, kulitku memang coklat dulu::

Selama saya sedar, memang saya berkulit coklat. sawo matang.

Atau lebih politically correct, colour-challenged.

Semakin-makin lagi gelap sejak mula belajar macro-photography. Keaktifan saya juga menyumbangkan kepada perkara ini. Kawan saya, juga kawan kepada kawan saya ada menyebut, yang kawan saya lagi satu berkata ” Lisa dulu kulit cerah skit, sekarang aku tengok dah gelap..”. tertawa kecil saya. Saya akui.

Hanya dalam tahun ini saya rasa disebabkan warna kulit saya, saya telah diprejudis. Sebelum ini, ia adalah mengenai berat badan saya yang chubby. Saya telahpun berjaya mengubah perkara tersebut. Berat badan itu adalah sesuatu perkara yang boleh dikawal..jadi saya akui saya memang chubby dahulu.

Tetapi untuk prejudis terhadap sesuatu perkara yang dari azali dan tidak boleh diubah, saya sendiri tidak terkata macamna hendak menanganinya. Memanggil seseorang dengan nama satu bangsa yang dikelompokkan dengan warna kulit tersebut, ataupun memulaukan/pilih kasih disebabkan warna kulit seseorang..bukankah itu racist? bukankah itu bersifat perkauman?

Dalam kursus English baru-baru ini, diselitkan sebuah teks ucapan terkenal dari Martin Luther King Jr. untuk tatapan dan telitian kami yang bakal merekacipta ucapan sendiri untuk ‘Hari Pameran Sedunia’ kami. Teks ucapan tersebut bertajuk  “I have a dream..”. Beliau adalah seorang imam Baptist yang terkenal dalam memperjuangkan hak asasi orang kulit hitam Amerika, seorang aktivis politik yang terkenal, dan telah menerima Hadiah Nobel untuk Keamanan (Nobel Peace Prize). Ucapan itu sendiri adalah mengagumkan dari segi gaya dan pengaruhnya, tetapi yang menarik dan dekat di jiwa adalah intipadi ucapan itu sendiri, disampaikan dalam tahun 1963. Ucapan beliau secara keseluruhannya, adalah memperjuangkan hak orang kulit hitam yang tertindas dan disegregasikan di Amerika di waktu itu.

Quote :” I have a dream that my four little children will one day live in a nation where they will not be judged by the color of their skin but by the content of their character.” ( saya impikan yang suatu hari nanti anak-anak saya hidup dalam satu negara yang di mana mereka tidak diadili berdasarkan warna kulit mereka, tetapi berdasarkan nilai dalaman diri mereka).

Dalam keseluruhan teks ucapan beliau yang saya sangat-sangat suka, quote di atas adalah emas.

::bersama adikku. comot dan coklat sisters (2007 i think)::

Oleh kerana situasi prejudis ini, kadang-kadang menyebabkan saya rendah diri sangat sangat. Puas hati dengar perkataan dari adik saya yang cakap terus dan jujur ,  “bigot gila dia tu”. Dan prejudis itu juga datang dari seseorang (yang bukan ahli keluarga saya, Alhamdulillah) yang sepatutnya membawa nilai-nilai kekeluargaan yang baik dan menjadi contoh kepada keluarga sendiri, memang menyedihkan. kerana anak sendiri, cucu dan seterusnya keturunan sendiri akan mewarisi sifat prejudis itu. Dari sesuatu segi yang saya lebih baik tidak bicarakan di sini,  prejudis tersebut juga bersifat hipokrit.

Quote pedas tapi tepat dari blogger Najwan Halimi (http://www.najwanhalimi.com/2007/12/iblis-dan-semangat-perkauman.html) dalam post beliau bertajuk ” Iblis dan Semangat perkauman”, bertarikh Disember 15, 2007;

“Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”, lalu mereka sujud kecuali Iblis. Dia berkata: “Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?”
Dia (Iblis) berkata: “Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.”
Tuhan berfirman: “Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.”
(Surah Al-Israa’: 61-63)”

“Jika anda mahu menjadi rasis dan taksub dengan bangsa anda, berwaspadalah kerana Iblis disingkir dari syurga dan bakal dihumban ke neraka disebabkan keangkuhannya dan ketaksuban terhadap unsur kejadiannya (baca: bangsanya) sendiri.”

Maaf kerana berkata-kata kasar di bulan mulia ini. Cerita saya mempunyai niat ” yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan tauladan”.

Tetapi pada akhir cerita itu,  sebenarnya ada kebaikan yang amat sangat di sebalik keprejudisan warna kulit saya. dan saya amat bersyukur kepada-Nya. ALLAH Maha Mengetahui manakala saya tidak tahu. Dan sekarang saya lebih lebih tahu dan sedar.

“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” – (Surah Al-Baqarah: Ayat 216)

I am chocolate. And i am proud of it, Insyallah🙂.


15 thoughts on “::kulitku coklat::

  1. Splendid!!!U did it very well….a good simile of the a colour…i like it when u describe urself as “a chocolate” which is we know chocolate is a very sweet and lovable thing..me myself loves chocolate…chocolate a.k.a hitam manis….ada lagu utk k.lisa: “hitam manis, hitam manis..yg hitam manis, pandang xjemu,pandang xjemu….” ^_^

    • coklat rasanya tepat. nak kata hitam, takla sangat, tapi memang bukan fair atau cerah atau putih.

      i always envy the whites (skin colour) and wished at times i have fairer skin.

      tapi sbnrnya Dia lebih Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. cuma sama ada lambat atau cepat kita sedar perkara itu.:)

      • alamak…..soryla kalo lagu seha bagi tu xkena…..just to cheer u up though…huhu….

  2. Ye lah… ‘chocolate’ macam coklat lemak manis disukai ramai. Dark chocolate lagi sedap dari white chocolate sbb white choc rasa macam susu pekat je. Semua terletak pada hati. Walau macamanapun warna kulit, baju yang dipakai, semua itu adalah ‘first impression’ & butalah orang itu kalau masih lagi carry first impression tu walaupun dah kenal seseorang itu lebih dalam.

    • mr true color.

      ya, that line of comparison, i like. about the white dark chocolate.
      quote ; “butalah orang itu kalau masih lagi carry first impression tu walaupun dah kenal seseorang itu lebih dalam”.
      kadang-kadang yang masalahnya adalah tak kenal, tapi sudah judgemental. yang sudah kenal pula..masih terikut dengan aliran yang tak kenal..which is the case macam orang tak tetap pendirian.

      ya. semua terletak pada hati.

  3. i envy org kulit putih gak..tapi putih tue bonus shaja..klau putih tapi hati gelap pon x guna..syukur dengan apa yang diberi oleh Nya..
    p/s : k lisa x chubby pon la..

    • quote i like: kalau putih tapi hati gelap pun tak guna. i quote: lagi teruk, kulit gelap, hati pun gelap..🙂 tu tak boleh nak cakap apa.
      ya patut bersyukur dari kegelapan kulitku ini, ada hikmahnya.

      p/s: i was chubby. but now i already svelte😉

    • memang tokey choc akan kata macam tu🙂

      ‘was chubby?’ i try my best la..Wallahuaqlam whether can be applied to other persons..bukanla kurus sangat pun sekarang besa2 je.

      this is what i do, besides the reason in my past blog “doa, mimpi, guruh dan pelangi” masa kat frenster dulu..
      1. makan buah sebelum makan utama –> Sunnah Rasullullah SAW dan juga apa yang dipraktikkan oleh hanis zalikha
      2. makan nasi dengan sayur fresh, or makan ulam2 (tak dimasak or goreng etc), banyakkan sayur
      3. dinner sebelum maghrib, sebab apabila malam, metabolisme badan dah turun..so less calories burnt (malam tak makan)
      4. drink a lot of water
      5. breakfast like a king, lunch like prince, dinner like a pauper –> makan paling banyak untuk sarapan and lessen as it goes along.
      6. get moving, a lot! (if ada time exercise la..for me..he he..i just move around a lot)

      rasanya yg tu what i did..panjang pulak tipsnya he he..btw, im still not supermodel skinny okay..just svelte. so harap ni membantu:)

  4. teringat 1st year kat Fukui, Jepun…classmates datang dan cakap,jealous cause I have “tanned skin” hehehe…mmg time tu tgh popular rupanya…satu lagi petua nak susut berat…musafir lama2!…dah turun 4 kg in 10 days…hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: