::the fairytale project::


::Dua di depan terrorizer Y3, Yusmi dan Izzat. "Angels"::

Year 3.

Kali pertama saya akan menulis mengenai mereka. Sebelum ini sekadar hanya coretan-coretan sisipan. tetapi rasanya kebijakkan dalam kenakalan yang amat mereka patut dianggap sebagai satu penulisan yang berbaloi. Cabaran yang pada awal tahun ini saya sahut.

::Fairytale Project: Salwani&Iffah - The Secret Friend::

Gerun sebenarnya hendak mengajar subjek English pun sudah satu. Gerun hendak menangani kelas tergauk (ternakal) di sini pun juga satu. Tahun ini tanggal saya memegang lebih kelas English dan hanya satu kelas Sains. tersentak juga pada mulanya. Rasa hendak mengeluh dan mengelat. Sepanjang-panjang 8 bulan saya mengajar kelas ini, memang saya belajar erti kesabaran. dan juga jangan putus asa dalam eksperimentasi dan kepelbagaian, di mana saya jadikan kelas ini  sebagai ‘makmal’ kepada projek-projek English saya. Saya cuba-jaya: cuba dan berjaya–>ok; cuba dan tak berjaya–> no go.

::Fairytale Project : Nabil (topi) - Cinderella, Aizreen - The Four Getters and Arf::

Juga saya belajar class control. 18 orang (+1 baru ini; Jack) ; 2 orang masalah pembelajaran, dan selebihnya mungkin terlalu bijak jika diberi kaedah ‘chalk and talk’. Adoi.  setiap kali tiba hari Isnin, saya perlu fikirkan aktviti sepanjang minggu untuk memenuhi 8 masa yang setiapnya 1/2 jam. Kenapa? kerana kebanyakan dari mereka cepat menghabiskan kerja, dan apabila itu; mereka mula bosan dan mula nakal. Kisah saya menghukum mereka agak menjadi perbualan warga sekolah. Malu juga, tapi terpaksa.

::Fairytale Project : Farhan&Asnidah - Hide Red Ted::

itu saya faham sekarang setelah 8 bulan mengajar kelas ini; budak bijak dan aktif akan cepat bosan bila diberi kerja mudah yang senang dan cepat siap. tapi kebaikan dari murid-murid yang bijak dan aktif ini, mereka tidak malu memberikan kritikan dan komen membina : “cikgu, kelas kami nada dihias macam kelas Tahun 1, mana tahkan kami manang pertandingan kelas tercantik..” (cikgu, kelas kami tak dihias macam kelas tahun 1, manamana nak menang…”) ujar Salwani. “ouk, cikguk, nada semangatkan belajar..” sambung Hadi. Amboi.

::Fairytale Project : Yatim - Little Red Dragon::

Ok. Jadi saya jadikan alasan itu untuk melakukan beberapa projek English, sekaligus mengisi masa lapang selepas habis aktiviti P&P, sekaligus class control, skaligus menghias kelas; 3 in 1.  Disebabkan rata-rata saya amati kelas ini ramai yang pandai dan suka melukis, dan cerdas mewarna,  bulan lepas ( kesinambungan dari Projek Transport) saya telah memberikan tugasan Projek Fairytale kepada mereka:

::Fairytale Project : Hadi&Baduzzaman - the Cooking Pot::

1. Dua orang akan mendapat buku cerita yang sama, setiap orang akan baca dan pilih m/s yang berlainan untuk dilukis di atas kertas A4.

2. Pasangan yang siap dalam masa yang diberi, akan diambil gambar, dan digantung hasilnya di dalam kelas.

::Fairytale Project: (bawah) Fitri - Tom Thumb::

Dan gambar-gambar di atas dan di bawah adalah testimonial kepada kecerdasan psikomotor kanak-kanak Year 3 ini.🙂.Saya bangga dengan hasil mereka-mereka yang berjaya siapkan projek ini dalam satu minggu lebih.

::the completers - 1::

::the completers -2::

::the completers -3::

Tahniah Year 3. Alhamdulillah. Sudah tergantung hasil kerja kamu di dalam kelas.

Kepada kita-kita semua; enjoy the pictures as i did when i looked back today.:)

2 thoughts on “::the fairytale project::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: